Berita Terkini


Saya minta maaf banyak2 sebab lama tak update blog ni. Komen pun banyak tak terjawab. Sebenarnya saya sangat sibuk… betul2 punya sibuk! Bukan saya saja nak sibuk2, tapi sibuk yang nak saya jadi sibuk. Jadi terpaksalah saya menjadi sibuk walau saya bukan seorang penyibuk!

Dalam masa kebelakangan ni macam2 peristiwa menarik-tertarik berlaku. Tapi tak sempat nak tulis. Akibatnya PR (Page Ranking – Google) jadi jatuh dari 5 ke 4. Suka-suki dia jer turunkan ranking saya tanpa minta izin dulu. Apa dia ingat dia siapa? Doktor? Lawyer? Majistret?

Kepada para pengunjung dan pemberi komen di weblog ini, terima kasih, salam sejahtera dan vanakkam saya ucapkan kerana sudi melawat weblog ntah hapa hapa ini. Banyak-banyakkan bersabar ya. Kalau agak2 otak dah panas, kepala tensen… relax… minum air dulu… makan biskut. Jangan marah2 nanti cepat tua. Kalau cepat tua, badan jadi tak kuat. Terpaksalah kena minum jamu kuat, ubat kuat dan benda2 penguat untuk jadi kuat balik. Siapa yg susah? Mereka dan keluarga mereka juga yg susah…

Sampai jumpa lagi, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… ahlan wasahlan… kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman… tataaaa…

Dikirim dalam Membebel. 4 Comments »

4 Respons to “Berita Terkini”

  1. callister Says:

    haha..ubt kuat sume ek.
    sy nak gak ubt kuat. ubt kuat belajar ada x?

  2. Nasron al-Jauhari Says:

    Encik Callister yg dihormati,

    Ubat kuat belajar saya tak ada. Tapi ubat kuat… em em em saya ada! Hehehe.

  3. tarings Says:

    Tuan Nasron,

    Memandangkan tuan sangat sibuk, tak jadilah saya nak ajak minum2 di Larkin Perdana. Hehehe…

    Tapi kalau tuan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan terbelok ke arah Larkin, apa salahnya jika singgah untuk secawan nescafe tarik. 45 minit je pun paling2.

    Provokasi hari Ahad….hehehe

    taring

    Nasron jawab;

    Brader Taring,

    Kawan ingat nak singgah kat tempat awak, kawan punya la tunggu punya tunggu awak punya sms. Sampai berjanggut la ni pun. Kawan tak nak terjah, takut awak tengah sibuk kira duit. Maklumler, awak tu asyik kira duit juta2. Hari2 kira duit, pagi petang siang malam – tak boleh tidur. Kawan takut nanti kawan dituduh ngendeng2 pulak. Huhuhu.

    Minggu depan boleh? Awak sms kawan la. Insya’allah, kawan anytime boleh melencong ke sana. Kawan tunggu ya…

  4. !x0r@ Says:

    Okay,maaf diterima. hehehe. Janji pakcik tak delete blog ni dah la. Update ke tak, tu belakang kira.

    p/s-Callister tu perempuan.. hee..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: