Software Percuma Convert DVD, VCD, SVCD, WMA, WMV, ASF, RM, RA & RMVB ke MP3


Beberapa hari lepas saya telah mencari satu software untuk convert vcd karaoke lagu Ahmad Jais dan lagu berbahasa Mandarin penyanyi Xie Lei (akhir tahun 70an / awal 80an) ke mp3. Sebabnya ialah saya nak masukkan lagu tu ke USB Stick untuk dimainkan menggunakan FM Modulator di kereta. Maklumlah, tak mampu nak beli CD Player kat kereta. Jadi, alternatif yang paling murah ialah dengan menggunakan FM Modulator. Non-stop 1,000 lagu, ahaks!

Nak dipendekkan cerita, oleh kerana saya dapat “benda” tu free, jadi saya nak berkongsi-kongsilah dengan para pengunjung blog saya yang tercinta ini. Saya dah uji-cuba-try-test, memang best! Simple, senang dan cepat. Budak sekolah pun tahu guna dan yang penting sekali ia tidak membuatkan komputer anda hang, crash atau jam. Kalau bermasalah juga, silalah beli komputer baru, macam saya ni. Hahaha… saja nak eksen!

dvd-mp3-ripper_400x279

Ada juga software yang boleh convert format WMA ke MP3 dan format RM ke MP3, sudah tentu ianya percuma! Saya tak tamak, tapi semuanya saya download. Benda free… rugi tak download sebelum nanti dia cancel freeware jadi shareware atau trial. Baik anda cepat-cepat download!

Sila klik link di bawah untuk membawa anda ke laman web berkaitan bagi download software yang dimaksudkan.

Walau apa pun, risiko anda tanggung sendiri ya. Tiada dakwa-dakwi di dunia mahupun di akhirat!

Selamat mencuba!

PERINGATAN PENTING
Lagu-lagu mp3 yang dimuat turun/download hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album asli/original artis berkenaan bagi menyokong artis tersebut dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak. Cetak rompak adalah satu jenayah.

11 Respons to “Software Percuma Convert DVD, VCD, SVCD, WMA, WMV, ASF, RM, RA & RMVB ke MP3”

  1. mrazifs Says:

    kalau lagu-lagu daripada vcd karaoke pun boleh guna software ni ke? dah cuba mencari tapi xjumpa2 la.

  2. rozaedy_ind@Email.com Says:

    terima kasih karna telah menyediakan laman ini

  3. syah Says:

    utk hnset pny x der ke

  4. deen Says:

    terima kasih, saya dah cuba dapat buat dvd ke mp3

  5. min Says:

    Salam, saya nak tanya, untuk Free Jodix Free WMA to MP3 Converter ni, file mp3 tu buleh run pada cd mp3 player kereta ke? sebab sebelum ni saya pernah guna sofware lain tapi bila masuk pada player kereta tak boleh bunyi.

    Ingin penjelasan terima kasih.

  6. ahmad joee Says:

    Bila saya down load Tombo Ati video clip File nya download di Real Player. Apa sofware yg boleh covert dari Real Player file kepada VCD,DVD atau SVCD. Kereta saya cuma ada DVD player

    Terima Kasih

  7. aBe Says:

    muat turun E-book yang menerangkan secara terperinci mengenai PC anda, software terkini dan driver untuk semua jenama komputer… muat turun secara percuma disini……

    http://y.ahoo.it/vypLdq

  8. mat kilau Says:

    Sahabat kita ni memang cekap cari pahala, macam2 dia bagi percuma …….cuma sebagai peringatan sesama Islam ni, gunalah untuk manfaat Islam supaya pahala boleh dibawa hingga akhirat……..

  9. Muhd Redza Ahmad Says:

    Salam…terima kasih…Macam mana pulak kalau kita nak convert VCD ke WMA? Minta tolong…Tksh

  10. salam Says:

    salam…en nasron

    1. kalu nk convert ‘quick time movie’ camne ye….dulu file ni sy bk guna real player…tp skrang x dpt, x tau apa probnye…so sy nk buka guna winamp ke media player ke…etc

    2. file video apa y plg ringan + x beratkan pc


Tinggalkan Jawapan kepada aBe Batal balasan