Yok! Ramai-ramai Dengar Keronchong


“Tersebut-lah kesah Sang Kancil beramai-ramai mengadap as-Sultan Fir’aun… Fir’aun tak pakai “Sultan” lah bodo*!”

Apa khabar tuan2, puan2, adik2, abang2 dan kakak2 sa-kalian? Pa’chik memang suka sangat menonton pilem-pilem P Ramlee. Tak jemu-jemu. Seronok sunggoh!

Tapi hari ini kita bukan mahu bicara soal P Ramlee, tapi kita nak bersantai mendengar lagu-lagu keronchong tak kira-lah keronchong asli, stambul, morisko mahu-pon keronchong yang sudah “dikahwinkan” dengan muzik pop, jazz dan lain2. Muzik keronchong merupakan muzik warisan nusantara. Muzik ini adalah percantuman antara muzik Fado dari Banggali Puteh Portugis dan muzik Melayu Nusantara yang akhir-nya melahirkan muzik baru yang di-namakan Keronchong. Nak tahu lebeh lanjot, sila-kan tanya ka-pada sahabat Pa’chik iaitu Mister Google. Hehehe.

Ramai penyanyi2 dari Malaysia dan Singapura yang telah menyanyikan lagu2 keronchong. Antara mereka yang telah menyanyikan lagu keronchong dengan begitu baik sekali ialah allahyarham Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, allahyarham Datin Rafeah Buang, Dato’ Yusni Hamid, Biduanita Kartina Dahari dan ramai lagi. Manakala generasi muda yang sangat hebat nyanyian keronchongnya di Tanah Melayu ini sekarang ialah adek Jamilah Abu Bakar.

Indonesia memang lubok lagu-2 keronchong kerana ia benar-benar menyerap hingga ke akar umbi. Penggemar lagu-lagu ini sangat “ruamei” sekali di sana. Penyanyi2 mereka juga sangat banyak begitu juga lagu-lagunya. Lagu Bengawan Solo yang terkenal itu dicipta oleh Bapak Gesang Martohartono (bukan bapa pa’chik, jangan keliru ya) yang merupakan ikon atau maestro muzik keronchong Indonesia. Di Indonesia, mereka biasanya menyanyikan lagu keronchong dalam Bahasa Melayu (Indonesia) atau dalam bahasa Jawa.

Berikut pa’chik senaraikan lagu2 keronchong pilihan pa’chik. Selamat hari raya mendengar!

  1. Sayang Disayang – Rafeah Buang
  2. Jangan Ditanya – Kartina Dahari
  3. Empang Pechah – Yusni Hamid
  4. Keronchong Kuala Lumpor – P Ramlee
  5. Singapura Waktu Malam – Saloma
  6. Alunan Biola – Mariam Ahmad
  7. Keroncong Hujan (Mukhsin) – Adibah Noor
  8. Aku dan Dia – Jamilah Abu Bakar
  9. Bengawan Solo – Gesang
  10. Stambul Chacha – Oslan Hussein
  11. Dibawah Sinar Bulan Purnama – Sundari Soekotjo
  12. Walang Kekek – Waldjinah
  13. Rek Ayo Rek – Mus Mulyadi
  14. Kronchong Pertemuan – Koes Plus
Advertisements

Lagu Jepon P Ramlee – Lagu Tikar Terbang Laksamana Do Re Mi


Lama tak menulis ceritera baharu di blog ini. Sampai ada orang “sound” pa’chik suroh tulis lah apa-apa yang patot. Maka pa’chik pon tulis lah ni ya. Semoga terhibor hendaknya.

Pernah dengor lagu “Miyo Tokai No Sora Akete” yang Laksamana Do Re Mi nyanyi masa naik tikar terbang tu? Itu lagu pada rangkap pertamanya dalam bahasa Jepon. Lepas tu baru pakai bahasa Melayu pada rangkap seterosnya. Lagu tu asyik rancak mendengarnya. Rentaknya macham “rentak lagu tentera”, rentak “march” orang puteh kata.

Arwah P Ramlee tu dulu pernah melalui zaman Jepon. Siapa-siapa yang pernah hidop waktu perintah Jepon dulu tau lah lagu itu. Itu kira macham lagu kebangsaan Jepon la. Biasa dulu orang panggil Jepon ni Nippon. Sebenarnya kalau dengar betol-betol bunyinya “Nippong”. Macang orang Ganu dan Bugis, belakang dia suka tambah huruf “nga” atau rumi panggil huruf “g”. Waktu zaman tu siapa-siapa yang bekerja atau sring berurusang dengang Jopung wajik kene tau nyanyi lagu tuh, kalo dak hapa, mampuih mu kena potong kepara tak pung minung air sabung. Uih ganah Jepung nih. Makang penampor Jepung slalu doh. Kalu stakat kene maki “Bagero” tu kire paling lombut la tuh. Eh, guano buleh terspeaking Ganu nih?  Baca baki entri ini »