Islam: Kemantapan Iman Saidina Bilal RA


Sebagai seorang yang telah bersyahadah dengan yakin dan ikhlas, kita telah menjadi seorang Islam. Kita telah beriman kepada Allah dan rasulNya. Namun seberapa mantapkah iman kita? Tentu saja bukan kita yang layak menilainya melainkan Allah SWT saja yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.

bilal-01.jpg

Saidina Bilal RA sewaktu mengaku Allah itu tuhannya dan Muhammad itu pesuruhNya telah sedar dan mengerti kesan yang bakal diterimanya terhadap pengakuan itu. Beliau tahu bahawa Allah SWT akan menguji imannya. Apakah imannya itu benar-benar teguh seperti gunung, atau seperti debu yang terbang apabila ditiup angin. Baca baki entri ini »

Advertisements

Islam: Bahaya Takrifan Kejayaan Yang Sesat


Bayan / kuliah subuh pagi tadi memang sangat menarik, ringkas, padat dan memberi kesan. Penceramah menceritakan tentang banyak perkara-perkara asas kehidupan sebagai muslim. Tapi atas kelemahan diri ini, tak dapatlah nak mengingat kesemuanya. Antara kupasan menarik ialah tentang perkara ini;

“Allah telah meletakkan kejayaan manusia itu adalah di dalam agama (Islam). Tiada kejayaan selain dari itu.” Baca baki entri ini »

Jadi Imam Majlis “Bidan Terjun” di Majlis Kenduri Yasin & Tahlil Arwah


Semalam aku ke masjid untuk solat Maghrib dan Isyak. Aku memang biasanya tak balik ke rumah lepas Maghrib. Kebetulan malam tadi ada kuliah, jadi aku seperti biasa lepak dengan Pak Ali di tepi astaka nun jauh dekat pagar masjid “mengasapkan diri” sambil dengar kuliah Feqah bab najis sebagai ubat dari Ustaz Adam.

masjid-gambar-hiasan.jpg

Lepas solat Maghrib, Imam Zainol ada membuat pengumuman. Ada kenduri yasin dan tahlil arwah di lima buah rumah. Maklumlah, Taman Kota Masai ni besar. Macam biasa, imam dengan bilal akan membahagi-bahagikan tugas. Aku dan Pak Ali dah tahu dulu tentang kenduri yang diadakan berdekatan dengan rumah kami. Sebab semalam tuan rumah telah datang sendiri menjemput kami.

Baca baki entri ini »