Irama 60an: A Ramlie (Bahagian 2)


Olih kerana sambutan ter-hadap lagu-lagu allah-yarham A Ramlie sangat hebat dari kalangan peminat muzik pop-yeh-yeh yang singgah di blog ini, maka dengan sukachita-nya saya sedia-kan lagu-lagu allah-yarham sa-banyak 20 (dua puloh sahaja) buah lagu dalam format mp3 untok hiboran nostalgia anda, para peminat setia A Ramlie. Hampir ka-semua lagu ada-lah ehsan Enche’ Sesumpah. Baca baki entri ini »

Ini Bukan Demokrasi Kita


Beginikah demokrasi yang kita idam-idamkan? Inikah demokrasi yang kita agung-agungkan? Apa guna demokrasi tanpa keamanan! Apa guna demokrasi tanpa keadilan! Baca baki entri ini »

Jamal Abdillah, Raja Pop Malaysia


jamalrajapop.jpg

Sudah lebih 20 tahun (sejak 1979) Jamal Abdillah memperhambakan diri dalam bidang seni. Biarpun jejak beliau ada meninggalkan kontroversi, namun nama beliau tetap utuh sebagai penyanyi lelaki terbaik dan terunggul yang pernah lahir di persada seni negara. Kelunakan “vokal emas” beliau yang mampu mengalunkan pelbagai genre lagu baik balada, pop mahupun tradisional meletakkan nama beliau abadi dalam sejarah seni dan budaya tanahair buat selama-selamanya. Baca baki entri ini »

Irama 60an: A Ramlie Dalam Kenangan


a-ramlie.jpg

25 Ogos 1948 di Jalan Tegas, Kampung Batak, daerah Kaki Bukit, Singapura – lahirlah seorang anak lelaki kepada almarhum Ahmad Masid dan Asmah Raden Ismail diberi nama Ramli. Tiada siapa yang menyangka anak kelima dari keluarga besar seramai 19 orang cahaya mata itu akan menjadi sebutir bintang yang kian menggilap untuk tempoh empat dekad berturut-turut. Baca baki entri ini »

Irama 80an: Sohaimi Mior Hassan (Epilog Cinta Dari Bromley)


Lagu-lagu Sohaimi kebanyakannya dicipta sendiri. Selain dari mempunyai suara jantan hingga digelar “Broery Marantika Malaysia”, dia juga mempunyai kebolehan mencipta lagu yang hebat dan lirik yang puitis. Lagu Epilog Cinta Dari Bromley katanya merupakan sebuah lagu yang berdasarkan pengalaman peribadi seorang kawannya ketika menuntut di United Kingdom. Memang benar, nama jalan Bromley itu benar-benar wujud di sana! Sohaimi memang seorang yang berpelajaran tinggi. Beliau pernah belajar di United Kingdom dan juga Jerman dalam bidang kejuruteraan. Baca baki entri ini »