Dengar & Download Mp3 Al-Qur’an (Percuma/Free)


al-quran.jpg

Bawak-bawaklah bertaubat, jangan nak asyik “tau buat” jer! Barangsiapa yang ingin berusaha mentaubatkan dirinya, maka eloklah berbuat ibadah terutamanya yang wajib, diikuti yang sunat serta tinggalkan segala laranganNya. Barulah rahmat Allah datang menjenguk dan cahaya hidayah masuk dalam hati. Betul tak?

Untuk menuju ke arah menjadi insan yang baik, lebih tepatnya muslim yang beriman dan beramal soleh, maka dengan ini saya sediakan file mp3 ayat-ayat al-Qur’an lengkap 30 juzuk iaitu 114 surah semuanya. Anda boleh gunakannya untuk belajar, memperbaiki bacaan, menghafalnya atau sebagainya. Mudah-mudahan ianya membantu. Semoga saya dan tuan/puan/saudara/saudari akan beroleh manfaat di dunia dan juga di akhirat. Amiiin! Insya’allah. Baca baki entri ini »

Add-Ins Ayat Al-Qur’an untuk MsWord


Ni saya try software baru untuk copy ayat Qur’an kat MsWord. Bagus jugak software ni sebab ada terjemahan sekali. Namun begitu kena hati2 menggunakannya sebab boleh buat komputer jadi hang kalau terus masukkan ayat tu banyak2. Slow-slow la. Jangan gopoh-gopoh. Dan lepas insert ayat Qur’an tu, kenalah semak balik. Manalah tau program dia ada salah. Kang dosa pulak sebab menyebarkan ayat Qur’an tak betul. Ni saya bagi demo try test kat korang. Siap ada tafsir lagi. Tapi ada kelemahan juga benda ni. Saya cuba publish kat blog ni ayat2 al-Qur’an dia tapi susunan jadi berteraburlah. Kalau di MsWord dia OK jer. Mungkin tak sesuai ngan wordpress kot. Tapi no problem, no hal punya lah. Kalau nak publish kat weblog, kita boleh jadikan dia file JPEG. Jadi macam gambarlah. Caranya ialah kita gunakan kemudahan CLICK di MsOneNote. Best wooo! Cuba try test, mesti boleh! Baca baki entri ini »