Irama 60an: A Ramlie (Bahagian 2)


Olih kerana sambutan ter-hadap lagu-lagu allah-yarham A Ramlie sangat hebat dari kalangan peminat muzik pop-yeh-yeh yang singgah di blog ini, maka dengan sukachita-nya saya sedia-kan lagu-lagu allah-yarham sa-banyak 20 (dua puloh sahaja) buah lagu dalam format mp3 untok hiboran nostalgia anda, para peminat setia A Ramlie. Hampir ka-semua lagu ada-lah ehsan Enche’ Sesumpah. Baca baki entri ini »

Tombo Ati (Ubat Hati) Berasal Dari Wali Songo


Salah seorang Wali Sembilan (Wali Songo) di Tanah Jawa yang bernama Sunan Bonang telah menciptakan syair atau tembang yang diberi judul “Tombo Ati” atau dalam bahasa Melayunya bermaksud “Ubat Hati”. Sunan Bonang atau nama sebenarnya Makhdum Ibrahim juga merupakan anak dari Sunan Ampel yang nama sebenarnya ialah Raden Rahmat. Sunan Ampel sendiri adalah anak dari Sunan Gresik (Maulana Malik Ibrahim) yang merupakan Wali Songo yang pertama. Baca baki entri ini »

Ini Bukan Demokrasi Kita


Beginikah demokrasi yang kita idam-idamkan? Inikah demokrasi yang kita agung-agungkan? Apa guna demokrasi tanpa keamanan! Apa guna demokrasi tanpa keadilan! Baca baki entri ini »

Pendekar Bujang Lapok – Mambang


Tertekan/stress dengan kenaikan harga minyak? Tension sebab banyak masalah/problem? Saya ada solusi untuk release tension sekejap.

Anda pernah menonton filem Pendekar Bujang Lapok yang terkenal itu? Filem yang mana P Ramlee menjadi hero utama dibantu oleh S Samsuddin dan Aziz Sattar. Manakala heroinnya pula ialah Roseyatimah. Filem tu memang best dan kelakar habis. Antara segmen yang lucu ialah segmen “Mambang”, iaitu ketika mereka belajar isim/mentera silat. Tontonilah sedutan dari filem tersebut di bawah; Baca baki entri ini »

Broery Marantika VS Sharifah Aini (Hapuslah Air Matamu)


broery78.jpg sharifahaini03.jpg

Lagu Hapuslah Air Mata Mu yang popular pada pertengahan 1970an itu sebenarnya mempunyai 2 versi, pertama nyanyian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini dan kedua adalah nyanyian penyanyi tersohor asal Ambon, Indonesia mendiang Broery Marantika @ Pesolima. Lagu tersebut begitu hits hingga dijadikan judul filem Hapuslah Air Matamu yang mengetengahkan Sharifah Aini dan Latif Ibrahim sebagai pelakon utamanya manakala mendiang Broery menjadi pelakon pembantu. Filem terbitan Sabah Film Production itu diarahkan oleh M Amin dan telah ditayangkan pada 1976. Sharifah Aini telah memenangi Anugerah Aktres Terbaik menerusi filem ini di Festival Filem Asia Pasifik 1977.

Pada saya kedua-dua versi lagu tersebut adalah menarik, menghiburkan dan sangat enak didengar. Begitu mengasyikkan dan membelai jiwa. Namun saya lebih tertarik kepada kemerduan dan lenggok alunan suara Sharifah Aini. Ianya sangat istimewa dan tiada penyanyi wanita lain yang dapat membawakan lagu ini sebaiknya! Baca baki entri ini »

Jamal Abdillah, Raja Pop Malaysia


jamalrajapop.jpg

Sudah lebih 20 tahun (sejak 1979) Jamal Abdillah memperhambakan diri dalam bidang seni. Biarpun jejak beliau ada meninggalkan kontroversi, namun nama beliau tetap utuh sebagai penyanyi lelaki terbaik dan terunggul yang pernah lahir di persada seni negara. Kelunakan “vokal emas” beliau yang mampu mengalunkan pelbagai genre lagu baik balada, pop mahupun tradisional meletakkan nama beliau abadi dalam sejarah seni dan budaya tanahair buat selama-selamanya. Baca baki entri ini »

Irama 60an: Sandra Reemer (Kopi Susu & Nona Zaman Sekarang)


kopisusuepcover.jpg

Tahukah anda siapa penyanyi lagu Kopi Susu dan Nona Zaman Sekarang yang popular dalam dekad awal 1960an? Penyanyi tersebut adalah Sandra Reemer, seorang Belanda kelahiran Bandung, Indonesia. Nama sebenar beliau ialah Barbara Alexandra Reemer. Semasa beliau menyanyikan lagu-lagu tersebut, beliau masih lagi kanak-kanak atau awal usia remaja lagi. Lagu Kopi Susu, Nona Zaman Sekarang serta Al Di La pernah top di Indonesia, Singapura dan Malaysia pada ketika itu. Baca baki entri ini »