Irama 60an: A Ramlie (Bahagian 2)


Olih kerana sambutan ter-hadap lagu-lagu allah-yarham A Ramlie sangat hebat dari kalangan peminat muzik pop-yeh-yeh yang singgah di blog ini, maka dengan sukachita-nya saya sedia-kan lagu-lagu allah-yarham sa-banyak 20 (dua puloh sahaja) buah lagu dalam format mp3 untok hiboran nostalgia anda, para peminat setia A Ramlie. Hampir ka-semua lagu ada-lah ehsan Enche’ Sesumpah. Baca baki entri ini »

Irama 60an: A Ramlie Dalam Kenangan


a-ramlie.jpg

25 Ogos 1948 di Jalan Tegas, Kampung Batak, daerah Kaki Bukit, Singapura – lahirlah seorang anak lelaki kepada almarhum Ahmad Masid dan Asmah Raden Ismail diberi nama Ramli. Tiada siapa yang menyangka anak kelima dari keluarga besar seramai 19 orang cahaya mata itu akan menjadi sebutir bintang yang kian menggilap untuk tempoh empat dekad berturut-turut. Baca baki entri ini »

Irama 60an: Kassim Selamat & The Swallows


the-swallows-1967.jpg

Apakah lagu berbahasa Bawean yang paling terkenal sekali? Tentu saja lagu La Aube / La O Be yang dinyanyikan oleh Kassim Selamat, penyanyi kugiran The Swallows pada era 60an.

Video klip di bawah diambil pada Konsert Masih Ada Yang Sayang – A Ramlie pada tahun 1996 yang mana Kassim Selamat menyanyikan lagu La Aube secara miming (sebab dah uzur-tua) dengan latar belakang lagu nyanyian asal (Original Version). Baca baki entri ini »

Irama 60an: Mike Ibrahim & The Nite Walkers


mike-ibrahim-the-nite-walker-01.jpg mike-ibrahim-the-nite-walker-02.jpg mike-ibrahim-the-nite-walker-03.jpg

mike-ibrahim-the-nite-walker-04.jpg mike-ibrahim-the-nite-walker-05.jpg

Lagu-lagu yang dibawakan oleh Mike Ibrahim & The Nite Walkers memang mempunyai kelainannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan lagu-lagu Pop Yeh Yeh yang lain. Sebabnya ialah unsur lagu permainan kanak-kanak seperti pada lagu Chok Chok Kendong dan lagu Bang Selebu. Iramanya yang rancak memang sangat menyeronokkan dan mewujudkan “suasana gembira”. Baca baki entri ini »