Irama 60an: A Ramlie (Bahagian 2)


Olih kerana sambutan ter-hadap lagu-lagu allah-yarham A Ramlie sangat hebat dari kalangan peminat muzik pop-yeh-yeh yang singgah di blog ini, maka dengan sukachita-nya saya sedia-kan lagu-lagu allah-yarham sa-banyak 20 (dua puloh sahaja) buah lagu dalam format mp3 untok hiboran nostalgia anda, para peminat setia A Ramlie. Hampir ka-semua lagu ada-lah ehsan Enche’ Sesumpah. Baca baki entri ini »

Ini Bukan Demokrasi Kita


Beginikah demokrasi yang kita idam-idamkan? Inikah demokrasi yang kita agung-agungkan? Apa guna demokrasi tanpa keamanan! Apa guna demokrasi tanpa keadilan! Baca baki entri ini »

Rock Part 1: 20 Lagu Rock Kapak Yang Best 1985~1990 (Link Terbaru di 4shared)


Search, Wings, Bumiputra Rockers, Rusty Blade, Gersang, Black Rose, Lefthanded, Febians, Junction dan May.

black-rose-black-rose-90-1990.jpg bpr-kelab-jiwa-luka-1989.jpg febians-febians-88-1988.jpg gersang-gersang-88-1988.jpg juntion-arah-88-1988.jpg lefthanded-keadilan-86-1986.jpg may-dilema-88-1988.jpg rusty-blade-rintangan-hidup-dunia-87-1987-lineup.jpg search-cinta-buatan-malaysia-85-1985.jpg wings-belenggu-irama-karaoke-06-2006.jpg lefthanded-seruan-87-1987-lineup.jpg gersang-takdir-88-1988.jpg

Sila klik gambar untuk besarkannya.

Sebelum dengar lagu2 ni, tolong korek dan bersihkan telinga dulu. Buang segala tahi dan kekotoran dalam telinga agar anda dapat mendengar lagu2 ini dengan sempoi dan puas.

Kalau dapat layan lagu2 ni sorang2 dalam kereta dengan muzik yang kuat… perghhhh best wa cakap luuu! Teringat masa muda2 dulu… hahaha… sekarang aku dah tua… huhuhu.

Tak nak cakap banyak, ni la lagu2 best tu. Apa lagi, let’s rock bebeh…

Sila klik untuk dengar atau download.

[Aku kesian la kat korang yang susah2 nak download tapi tak dapat sebab “user bandwith over quota”. Maka sebab itu aku dah tukar semua link download ke Savefile.com yang unlimited! Happy download bro! – 20/11/2008 10:43 pm]

[SORRYLAH KAWAN2… SAVEFILE.COM DAH TUTUP, MUFLISIN… TAHUN 2009 KOT… AKU TAHU RAMAI NAK DOWNLOAD TAK DAPAT… NI AKU BERI LINK BARU DI 4SHARED.COM… KORANG BOLEH DOWNLOAD DENGAN FOLDER2 DIA SEKALIGUS SERENTAK! LINK DAN PASSWORD AKU TULIS KAT BAWAH – 27/06/2010 08.27 pm]


  1. Black Rose – Cinta Abadi (1990)
  2. Black Rose – Simfoni 14/2 (1990)
  3. Bumiputra Rocker – Aku Hanya Serangga (1988)
  4. Bumiputra Rocker – Dendam Cinta Seusia Dunia (1989)
  5. Febians – Demi Cinta Ini (1989)
  6. Febians – Untuk Mu Sayang (1988)
  7. Gersang – Masih Aku Terasa (1988)
  8. Gersang – Sunyi (1988)
  9. Junction – Akan Ku Kenang (1988)
  10. Junction – Demi Cinta Setia (1988)
  11. Lefthanded – Debunga Wangi (1986)
  12. Lefthanded – Maya Persada (1988)
  13. May – Cinta Mu Mekar Di Hati (1989)
  14. May – Sendiri (1989)
  15. Rusty Blade – Pertama Dan Terakhir (1989)
  16. Rusty Blade – Tiada Lagi Aku (1987)
  17. Search – Gelora Cinta Ku (1985)
  18. Search – Isi Atau Kulit (1985)
  19. Wings – Misteri Mimpi Syakila (1989)
  20. Wings – Sejati (1990)

SILA DOWNLOAD DI SINI : Rock Kapak 1 PASSWORD : solatituwajib

Nota: Artikel ini mengandungi bahan yang didapatkan dari YouTube, Melayu MP3 & Rock Kapak dan pelbagai sumber lain. Terima kasih kepada mereka yang telah menjadi rujukan dan sumber dalam menerbitkan artikel ini.

PERINGATAN PENTING
Lagu-lagu mp3 yang dimuat turun/download hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album asli/original artis berkenaan bagi menyokong artis tersebut dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak. Cetak rompak adalah satu jenayah!

Berikut disenaraikan artikel lain yang mempunyai persamaan dengan artikel di atas dan mungkin menarik minat anda untuk membacanya.

Broery Marantika VS Sharifah Aini (Hapuslah Air Matamu)


broery78.jpg sharifahaini03.jpg

Lagu Hapuslah Air Mata Mu yang popular pada pertengahan 1970an itu sebenarnya mempunyai 2 versi, pertama nyanyian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini dan kedua adalah nyanyian penyanyi tersohor asal Ambon, Indonesia mendiang Broery Marantika @ Pesolima. Lagu tersebut begitu hits hingga dijadikan judul filem Hapuslah Air Matamu yang mengetengahkan Sharifah Aini dan Latif Ibrahim sebagai pelakon utamanya manakala mendiang Broery menjadi pelakon pembantu. Filem terbitan Sabah Film Production itu diarahkan oleh M Amin dan telah ditayangkan pada 1976. Sharifah Aini telah memenangi Anugerah Aktres Terbaik menerusi filem ini di Festival Filem Asia Pasifik 1977.

Pada saya kedua-dua versi lagu tersebut adalah menarik, menghiburkan dan sangat enak didengar. Begitu mengasyikkan dan membelai jiwa. Namun saya lebih tertarik kepada kemerduan dan lenggok alunan suara Sharifah Aini. Ianya sangat istimewa dan tiada penyanyi wanita lain yang dapat membawakan lagu ini sebaiknya! Baca baki entri ini »

Jamal Abdillah, Raja Pop Malaysia


jamalrajapop.jpg

Sudah lebih 20 tahun (sejak 1979) Jamal Abdillah memperhambakan diri dalam bidang seni. Biarpun jejak beliau ada meninggalkan kontroversi, namun nama beliau tetap utuh sebagai penyanyi lelaki terbaik dan terunggul yang pernah lahir di persada seni negara. Kelunakan “vokal emas” beliau yang mampu mengalunkan pelbagai genre lagu baik balada, pop mahupun tradisional meletakkan nama beliau abadi dalam sejarah seni dan budaya tanahair buat selama-selamanya. Baca baki entri ini »

Irama 60an: Sandra Reemer (Kopi Susu & Nona Zaman Sekarang)


kopisusuepcover.jpg

Tahukah anda siapa penyanyi lagu Kopi Susu dan Nona Zaman Sekarang yang popular dalam dekad awal 1960an? Penyanyi tersebut adalah Sandra Reemer, seorang Belanda kelahiran Bandung, Indonesia. Nama sebenar beliau ialah Barbara Alexandra Reemer. Semasa beliau menyanyikan lagu-lagu tersebut, beliau masih lagi kanak-kanak atau awal usia remaja lagi. Lagu Kopi Susu, Nona Zaman Sekarang serta Al Di La pernah top di Indonesia, Singapura dan Malaysia pada ketika itu. Baca baki entri ini »

Irama 60an: Elly Kasim (Ayam Den Lapeh)


elly-kasim.jpg

Pada akhir dekad 60an, selain dari lagu-lagu popular berbahasa Bawean seperti La Obe dan Ngalompak Ago Go, ada juga lagu berbahasa Minang yang sangat popular hingga ke hari ini, iaitu lagu Ayam Den Lapeh, nyanyian Elly Kasim. Beliau memang berasal dari Padang, Sumatera, Indonesia. Lagu Ayam Den Lapeh ini sangat popular dan telah dinyanyikan semula oleh ramai penyanyi, antaranya ialah Sakura Teng dan Anita Sarawak.

Berikut adalah senarai mp3 Elly Kasim versi rakaman asal yang saya miliki. Sila klik untuk dengar atau download. Baca baki entri ini »