Broery Marantika VS Sharifah Aini (Hapuslah Air Matamu)


broery78.jpg sharifahaini03.jpg

Lagu Hapuslah Air Mata Mu yang popular pada pertengahan 1970an itu sebenarnya mempunyai 2 versi, pertama nyanyian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini dan kedua adalah nyanyian penyanyi tersohor asal Ambon, Indonesia mendiang Broery Marantika @ Pesolima. Lagu tersebut begitu hits hingga dijadikan judul filem Hapuslah Air Matamu yang mengetengahkan Sharifah Aini dan Latif Ibrahim sebagai pelakon utamanya manakala mendiang Broery menjadi pelakon pembantu. Filem terbitan Sabah Film Production itu diarahkan oleh M Amin dan telah ditayangkan pada 1976. Sharifah Aini telah memenangi Anugerah Aktres Terbaik menerusi filem ini di Festival Filem Asia Pasifik 1977.

Pada saya kedua-dua versi lagu tersebut adalah menarik, menghiburkan dan sangat enak didengar. Begitu mengasyikkan dan membelai jiwa. Namun saya lebih tertarik kepada kemerduan dan lenggok alunan suara Sharifah Aini. Ianya sangat istimewa dan tiada penyanyi wanita lain yang dapat membawakan lagu ini sebaiknya! Baca baki entri ini »

Advertisements

Selimut Putih… Bertaubatlah…


Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan

Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela hidup

Baca baki entri ini »

Tak Seindah Wajah


Waktu saya masih kecil dan remaja dulu, saya sering mendengar lagu ini. Tapi pada waktu itu saya tak tahu apa tajuk lagu ini. Senikata/liriknya sangat bagus. Liriknya tidak terlalu pragmatik malah cenderung polos namun susunan bahasanya sangat indah. Kata-kata nasihatnya sungguh mengesankan. Pada saya, kekuatan lagu ini ialah pada senikatanya yang sungguh menyentuh perasaan.

Baca baki entri ini »