Irama 70an: Julie Remie – Koleksi Mp3


Olih kerana Julie Remie merupakan penyanyi wanita kegemaran saya dari dulu sampai kini, maka saya sanggup menchari dan menanti dengan sabar kalau-kalau ada orang muat-naik lagu-lagu-nya ke internet dalam format selain .ram. Sebab saya nak muat-turon dan menukar format ke mp3 agar boleh berkongsi dengan peminat-peminat-nya yang lain.

Setelah puas bertanyakan Pa’ Chik Google, maka saya telah di-hadiahkan dengan beberapa lagu Julie Remie. Sudah tentu ada yang saya terpaksa edit dan convert terlebih dahulu. Tapi tidak mengapa, asal puas rasa di-hati.

Yuk, kita nikmati suara merdu-nya dengan lagu-lagu yang begitu ashik dan sedap sampai bila-bila. Yuk!

Sila klik untok muat-turon dari Savefile.com; Baca baki entri ini »

Oh Ibu! Tolong Lamarkan


Oh ibu, dengarlah kataku. Kahwinkan aku dengan segera. Aku sudah terpikat dengan anak Cik Maimon. Parasnya sungguh manis sekali. Ku ingat, namanya Zaharah. Kata tetangga, dia rajin di dapur. Ibu takkan bersusah punya menantu Zaharah. Gadisnya rajin berumahtangga.

Ku harap ibu segera lamarkan. Pada Zaharah anak Cik Maimon. Walau dia tak pandai berdandan. Asal saja pandai di dapur. Alangkah senangnya ibu nanti, punya menantu Zaharah anak Cik Maimon. Akan membantu ibu dan senang pada ku. Kuharap ibu segera lamarkan. Baca baki entri ini »

Irama 70an: Julie Remie


icon-julie-remie-01.jpg icon-julie-remie-02.jpg icon-julie-remie-03.jpg

icon-julie-remie-04.jpg icon-julie-remie-05.jpg icon-julie-remie-06.jpg

Sila klik untuk melihat foto yang lebih besar.

Siapa masih ingat kepada penyanyi bersuara manja Julie Remie? Mengikut kata orang lama (Encik Hassny), Julie Remie adalah penyanyi 70an yang mempunyai rekod paling sekejap berada di persada nyanyian. Mana tidaknya, muncul pada 1976 dan berhenti menyanyi pada 1977. Beliau mempunyai 2 album sahaja. Beliau berhenti menyanyi sewaktu lagu-lagunya sedang top dan masih menjadi rebutan promoter stageshow. Alasan beliau berhenti adalah kerana hendak berkahwin. Besar sungguh pengorbanan Julie Remie kepada suaminya. Baca baki entri ini »