Resepi Memasak Burger Ramly


Pakcik cek statistik pasal artikel berkaitan burger yang lalu, rupanya ramai yang tanya fasal resepi membuat burger yang sedap. Rupanya ramai yang masih belum tahu cara memasak burger Ramly dengan betul dan sedap. Oleh kerana pakcik mempunyai pengalaman dan ilmu itu, maka tak sampai hati nak pendam buat masuk kubor. Karang kena bantai dengan malaikat pula. Maka darihal yang demikian, kali ini pakcik ingin buka rahsia bagaimana membuat sebiji burger Ramly yang sedap. Kalau ada sesiapa yang nak buat berniaga, itu lagi bagus. Supaya pelanggan berpuas hati dan perniagaan kamu pun bertambah maju.

Jom kita start! Baca baki entri ini »

Cara Membuat Puding Jagung Lengkap Dengan Kuah Buah-buahan


Resepi ini adalah atas permintaan Cik Ixora “Fly Over Me“. Dah beberapa kali dia minta tapi saya sibuk. La ni baru ada masa. Insya’allah resepi ini di samping sedap dan halalan toiyiba, juga baik untuk kesihatan kerana mengandungi banyak fiber. Lebih enak jika dimakan sejuk.

Dinginkan puding di ruangan biasa dalam peti sejuk dan JANGAN SESEKALI masukkan ke ruangan FREEZER. Kalau puding dah keras membeku, apabila ia kembali ke suhu normal, anda akan dapati teksturnya telah berubah menjadi “berurat-urat” atau “bersakar” dan tak sesuai dimakan, hanya layak ditongsampahkan! Baca baki entri ini »

Cara Membuat Coleslaw Yang Sedap (Rasa Serupa / Mirip Macam Coleslaw KFC)


Ada yang suka makan coleslaw? Kalau sesiapa yang pernah makan di KFC mesti pernah makan benda ni. Coleslaw enak dimakan bersama roti, sebagai bahan sayuran burger atau dimakan begitu saja. Tapi kalau asyik nak beli sahaja, tentulah tak sanggup sebab harganya boleh tahan mahal juga. Satu cup kecil, sendiri makan pun tak puas. Apalagi nak makan beramai-ramai atau bersama keluarga. Baca baki entri ini »

Telur Masak Sos


Ini resepi paling istimewa untuk orang bujang atau untuk orang-orang yang mahukan masakan yang simple tetapi sedap. Cuma perlu 4 bahan yang mudah dan murah. Resepi ni biasanya dimakan dengan biskut tawar atau roti tawar. Memang sedap, kalau tak percaya, cubalah sendiri. Baca baki entri ini »

Nasi Halia Danga


Narasumber: Puan Noor Khaidura Abu Bakar, anak saudara Wak Hassang.
Resepi Asal: Hassan Mustapha (Wak Hassang), Kg Sungai Danga, Johor Bahru.

Baca baki entri ini »

Daging Rempah Berkicap Danga


Narasumber: Puan Noor Khaidura Abu Bakar, anak saudara Wak Hassang.
Resepi Asal: Hassan Mustapha (Wak Hassang), Kg Sungai Danga, Johor Bahru.

Bahan-bahan
Daging Lembu / Kambing: 1 kg (dipotong ketulan 3~4 cm³)
Rempah Tumis: 1 paket (dibasuh)
Bawang Putih: 5 biji (dihiris)
Bawang Merah Besar: 2 biji (dihiris)
Halia Muda: 1 tongkol (dikisar)
Kicap Manis: Secukup rasa (Kicap Manis Cap Kipas Udang)
Minyak Masak: 3 cawan

Bahan Merebus Daging (Dikisar Halus)
Bawang Putih: 5 ulas
Bawang Merah Besar: 2 biji
Halia Muda: 3 ruas jari (8 cm)
Lada Hijau: 7 biji

Bahan A (Bahan ini dikisar bersama lalu diperah airnya)
Lengkuas Muda: 5 cm (dikisar)
Serai: 3 batang (dihiris lalu dikisar)

Bahan B (Digaul dan disebatikan terlebih dulu)
Kerisek: 1 paket
Sos Tiram: 2 sudu besar
Sos Tomato / Tomato Puri: 2 sudu besar
Sos Cili Maggi: ½ botol
Cili Kisar / Cili Boh MAZ: 2 sudu besar
Serbuk Kari Daging: 1 cawan

Cara-cara Memasak

  1. Rebus daging bersama bahan-bahannya sehingga daging empuk. Setelah masak, asingkan antara daging dan air rebusan.
  2. Panaskan minyak, tumis rempah hingga naik bau.
  3. Tumis bawang merah besar dan bawang putih hingga kekuningan sedikit sahaja.
  4. Tumiskan halia sampai garing.
  5. Masukkan Bahan A sampai garing.
  6. Masukkan Bahan B sampai pecah minyak dan garing.
  7. Masukkan kicap manis secukup rasa.
  8. Masukkan daging.
  9. Masukkan air rebusan mengikut anggaran sendiri.
  10. Masakkan hingga mendapat kepekatan yang dimahukan.

Tom Yam Asli (So Simple)


tomyam-gambar-hiasan-ambil-di-fotopages.jpg

Bahan A
1.5 ~2.5 liter air
3 batang serai, ketuk pakai hammer
5 cm halia, bantai pakai lesung
2 cm lengkuas, ketuk pakai tukul
5 batang cili padi, ketuk pakai batu
3 siung bawang putih, memarkan
10 sudu besar sos ikan (aku pakai cap saiton)
5 helai daun limau purut, siat-siatkan
Garam secukup rasa

Baca baki entri ini »