Koleksi Lagu-lagu A Ramlie


Saya sedang usahakan untok telah berjaya upload sebanyak 70 buah lagu A Ramlie ke 4shared.com dalam waktu terdekat ini bagi memudahkan para peminat allahyarham mendapatkan lagu-lagu yang mereka minati. Setakat ini cuma ada 70 buah lagu sahaja yang saya dapatkan dari convert dari Youtube, Enche’ Sesumpah dan entah siapa-siapa lagi saya tak ingat. Harap maklum ya tuan-tuan haji, saya ni dah sizen… benda-benda macam ni selalu lupa.

Ini dia senarai lagu-lagu yang dimaksodkan. Kalau ada sesiapa nak tambah, sila contact saya. Terima kaseh saya uchapkan tapi tiada bayaran ya. Hehehe…

Baca baki entri ini »

Irama 60an: Sandra Reemer (Kopi Susu & Nona Zaman Sekarang)


kopisusuepcover.jpg

Tahukah anda siapa penyanyi lagu Kopi Susu dan Nona Zaman Sekarang yang popular dalam dekad awal 1960an? Penyanyi tersebut adalah Sandra Reemer, seorang Belanda kelahiran Bandung, Indonesia. Nama sebenar beliau ialah Barbara Alexandra Reemer. Semasa beliau menyanyikan lagu-lagu tersebut, beliau masih lagi kanak-kanak atau awal usia remaja lagi. Lagu Kopi Susu, Nona Zaman Sekarang serta Al Di La pernah top di Indonesia, Singapura dan Malaysia pada ketika itu. Baca baki entri ini »