Biografi Blogger


 

nas-128-bw-01.jpg

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera,

Weblog ini tempat saya menulis apa-apa yang saya nak tulis. Saya akan tulis dalam 3 bahasa utama seperti Bahasa Melayu / Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia. Kadang-kadang saya akan masukkan juga perkataan yang didapatkan dari dialek, loghat atau slanga. Kalau tak faham, silalah bertanya! Kalau dah faham, tak payahlah tanya, teruskan membaca untuk mendapat ilmunya!

Ada sesetengah artikel yang disiarkan bukan saya penulisnya. Saya dapatkan dari penulis jemputan seperti Encik Part Time Moderator dan Cik Bedah Dedah atau saya ambil dari pelbagai sumber yang lain.

Anda dinasihatkan membaca terlebih dahulu PEMBERITAHUAN & PENAFIAN supaya anda mendapat gambaran awal terhadap risiko anda melungsuri weblog ini.

Weblog ini TIADA HAKCIPTA TERPELIHARA! Anda boleh saja mengutip dan menyebarkan isi kandungan weblog ini. Cuma ingat, risiko adalah ditanggung oleh anda sendiri! Perkara baik eloklah disebarkan, manakala perkara yang tak baik, eloklah diperbetulkan. Jadi, jangan keberatan email atau berikan komentar untuk memperbetulkan sebarang kesilapan atau kesalahan.

Silakan bila anda ingin mengutip artikel dari weblog ini, tetapi tolong nyatakan sumber dan nama penulisnya. Tuliskanlah sumbernya nasron.wordpress.com “Apabila Nasron Menulis” dan buatkan link ke artikel bersangkutan sekiranya anda menggunakannya untuk laman web, weblog, ruangan forum atau mailing list. Bila digunakan untuk akhbar, bahan bercetak, radio, televisyen dan sebagainya, maka tulislah atau sebutkanlah sumber kutipannya ialah dari nasron.wordpress.com “Apabila Nasron Menulis”.

Selamat membaca. Apa yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Sekian, terima kasih.

 

Ikhlas dari,

Nasron al-Jauhari
Pemilik & Penulis

Email: nasron.aljauhari@gmail.com

61 Respons to “Biografi Blogger”

  1. mikel jekson Says:

    berapa umur awak agaknya?

    Nasron jawab;

    Sori naik lori, berapa umur tak boleh nak beri. Biarlah rahsia…

  2. farissyahmi Says:

    camner nak dapatkan penulis jemputan tu?bleh sumbangkan artikel kat blog sy x?

  3. ixora Says:

    Salams..
    blog ni ramai artis jemputan la. hehe. mikel jeksen, farid kamil, maya karin.. huu.. dasat! ;)

    terima kasih kerana sudi mnjwb p’tnyaan saya. maaf jika saya b’tnyakn sesuatu yg mudah(sbb byk benda yg saya tak tahu)

  4. nik ajis Says:

    penulis jemputan ni dapat bayaran ke tak? kalau ada bayaran, boleh tak saya apply?

  5. Nasron al-Jauhari Says:

    @ ixora
    entahlah, saya pun tak tau apsal la artis2 ni singgah kat sini. mungkin diorang nak belajar buat blog sendiri kot? :D

    @ farissyahmi
    penulis jemputan tu member satu ofis dan sorang lagi tu jiran saya. kalau awak nak cari penulis jemputan, kenalah “menjemput” dulu… baru boleh dapat penulis jemputan!

    @ nik ajis
    bayaran? sori naik lori laaa… satu sen pun kawan tak hingin nak bayar. kalau setakat belanja cendol boleh lerrr…

  6. david bekam Says:

    saya peratikan web ni dah banyak berubah. nampak gaya encik nasron lebih protective, creative, innovative, active, collective, positive dan macam2 tive yang lain.

    tak ada nak tulis pasal bola ker?

    Nasron jawab;

    1. Tima kacih puji melambung, tapi saya tak ada duit kecik laaaa.
    2. Saya tulis apa yang saya tau dan terlintas nak tulis jer.
    3. Saya bukan kaki bola, tapi kakitangan…
    4. :D

  7. ixora Says:

    Itukah wajah sebenar penulis blog ni? ekeke

    Nasron jawab;

    Ehhh… jangan beritahu orang lain. Ini rahsia… kekeke…

  8. bibomedia.com Says:

    :)

    Nasron jawab:
    Takkan senyum je bang?

  9. kipp Says:

    Salam. Syok gak layan blog engko ni. Syok layan lagu rock kapak. Tambah la lagi lagu-lagu yang lain….

    Nasron jawab; Aku nak tambah la ni. Tapi komputer pulak problem. Sabar aaaa. Tunggu komputer OK dulu.

  10. miamor Says:

    asslkum… tumpang tnya cikit…
    klu sy nak donlot karaoke dr youtube menggunakan cara yg diajar nak convert to file aper yer? mp3. mp4 atau …
    saya nak yg ader gambr sekali bukan setakat ada suara jer.. thanks..

    Nasron jawab; Awak convert ke file mp4.

  11. miamor Says:

    dah cuba… tp bila play with window media player hanya suara jer yg kuar gmbr x der? camno

    Nasron jawab; Sepatutnya kalau mp4 ada kuar gambor. Errr tak leh nak jawab la… Kamu ada tersilap apa2 kot? Kot tu bukan file jenis video, kalau diconvert ke mp4 pun memang tak kuar gambor. Awak cuba convert ke file 3gp. File jenis tu biasa main pakai Quicktime atau henpon.

  12. miamor Says:

    ataupun kena play dgn player yg lain kot.. blh tlg ajrkan x cara yg maner betul….

    Nasron jawab; Sebenarnya saya pun confuse dengan masalah yang melanda awak ni. Pelik la. Cara yang saya ajar tu memang betul. Confirm tak sesat, gerenti tak salah. Lagipun saya bukan Ayah Pin. :)

  13. miamor Says:

    sy dah cuba dan play with windows media player tp keluar suara aje gmbr x der… any idea knp jd begini?

    Nasron jawab; Sabor… bawa bertenang. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula… eh salah peribahasa pulak. Saya cadangkan awak convert ke file 3gp dan kemudian main pakai Quicktime atau masuk dalam henpon. Kalau tak boleh jugak… awak datang sini jumpa saya… kita minum2 dulu… hehehe… Rileks la jangan tension… Karang saya pun terjangkit tension awak tu…

  14. khai Says:

    kalau nak dngr lagu2 kat juke box kena register dulu ker.

    Nasron jawab; Sebenarnya tak payah. Tapi awak tak boleh dengar lagi JUKEBOX saya sebab akaun BOXNET saya dah kena blocked sebab dah over quota bandwith nya. Maklumlah free account, suka2 dia la nak blocked ye tak? Buat masa ni saya tak larat nak transfer file2 tu ke mana2 dulu sebab banyak sangat… beribu tu… isk isk isk… sedih laaa. Tengoklah bulan depan, kalau saya dapat kerja baru dan saya rasa senang hati, akan saya update dan upload balik ke media yang sesuai.

  15. miamor Says:

    en nasron… naper x kuar gambrnya bila play with windows media player… tension ler…

    Nasron jawab;

    Kesianlah saya tengok awak ni. Mesti tension gila kan? Kalau saya jadi awak, lebih baik saya makan aiskrim dulu buat release tension. Lepas tu saya makan burger. Tension lagi, makan lagi. Hahaha… bakal jadi debab gedebab laaa… Hehehe gurau jer.

    Saya sangat2 mengesyorkan agar awak baca kesemua nota2 saya tu sampailah keruangan komen / soal jawab. Lepas tu buat sekali lagi dengan cuba convert file dari YOUTUBE menggunakan ZAMZAR ke file mp4 atau 3gp.

    Kalau tak boleh juga? Apa lagi… cepat jumpa saya… saya belanja makan aiskrim!

  16. hjrahman Says:

    Assalamualaikum..
    Setelah membaca weblog anda, nampaknya anda juga menggemari lagu lagu 60an..Boleh ke kalau saya nak kongsi dengan anda berkaitan lagu lagu 60an..saya juga pengunjung setia laman yang menyiarkan lagu/komen tentang lagu 60an seperti popoknet, hassny, muziknusantara & jakionline..terimakasih
    hjrahman

    Nasron jawab;

    Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

    Betul tu Haji Rahman. Sebenarnya saya, bapak saya, jiran saya dan orang2 kampung saya ni tergolong peminat setia lagu2 lama ni. Kiranya kitorang ni termasuk dalam kategori “Klasik Nasional” la ni. Terutamanya lagu2 60an. Rasanya macam nak ber agogo dan bertwist aja. Namun begitu keadaan diri dah tak mengizinkan. Segan pula kat anak cucu. Takut dikata tak sedar diri pula. Hehehe.

    Kalau Haji sudi nak berkongsi minat dengan saya / kami di sini, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Hajat Haji itu samalah jua seperti kami. Ibarat pepatah, orang mengantuk disorongkan bantal. Gembira sungguh rasa di hati mendapat teman yang mempunyai minat yang sama.

    Terima kasih kepada Haji yang telah sudi singgah ke teratak kami ini. Namun saya minta maaf sebab teratak ini masih dalam proses perbaikan. File2 yang saya stor di BOXNET akan saya pindahkan ke tempat yang lebih sesuai agar semua peminat muzik tanahair terutamanya muzik malasegar akan dapat mendengar dan mendownloadnya.

  17. miamor Says:

    Insyaalah, sy akan ikut segala ajaran serta petua yg en nasron tunjukkan td klu masih sesat lg tak dapek eden nak nolong diri eden sendiri… Kalau kena ngan kopi radix ok gak kan? MAI SECAWAN…. Eden toray

    Nasron jawab;
    Hehehe… selamat mencubo… terus mencubo… sampai pengsan… :D

  18. miamor Says:

    En nasron pernah dengar x lagu yg tajukknya sy kurang pasti tp mungkin tajuknya sehelai@sehujung rambut dibelah tujuh…. penyanyi dia lelaki..lagu 2 maser sy kecik2 dolu…

    Nasron jawab; Ish… ish… ish… sehelai rambut dibolah tujoh? Haluih bonar tuh! Mmm… macam lagu ala2 nasyid jer… betul tak? Saya tak pasti la pasal lagu tu… Kalau ada sesiapa yang tahu tolong respons ya.

  19. miamor Says:

    Nak tumpang tnya cikit itupun klu x keberatan… naper en nasron x buat laman chatting kat sini… sekurang2nya bolehleh pengemar2 website ini berdiskusi antara satu sama lain… sambil dngr lagu sambil berchatting… kan lebih seronok…. tp klu en nasron x suke x per…. eden toray ajo…

    Nasron jawab;

    Saya cakap saya tak “keberatan”? Saya memang “keberatan” la… tapi keberatan berat badan laaa… Hehehe…

    Sebenarnya cadangan awak tu bagus. Saya suka… tapi malangnya saya ni “gagap teknologi”… tak berapa lancar dalam hal2 macam tu. Kalau ada sesiapa yang berminat nak tolong buatkan, saya tersangatlah gumbira. Nanti saya lantik jadi Administrator.

  20. hjrahman Says:

    Terimakasih kerana membalas e-mail saya , Untuk makluman anda, saya memang sejak dulu lagi minat lagu 60an..entah kenapa sampai ke le ni tak jemu-jemu samada di pejabat atau dir umah pasti 60an menjadi pilihan dan sehingga kini saya masih lagi mencari dan merakam lagu lagu 60an dari klasik nasional dan ada lebih kurang 600 buah koleksi lagu 60an dalam simpanan saya setakat ni..dan hajat hati nak kongsi dengan kawan-kawan yang sama macam saya yang gilakan 60an. Saya juga ada menyumbangkan lagu kat Popoknet serta dengan 4 kenalan saya yang sering bertukar / berkongsi lagu.. Kalau anda minat dengan lagu 60an, e-mailkan lah saja kat saya.. manalah tau.. kalau-kalau saya boleh bantu..
    hj rahman

    Nasron jawab;

    Saya ni memang dari kecil dah didengarkan dengan lagu2 60an. Dah bapak saya minat benda tu… saya pun ikut minat jugak laaa. Pada saya lagu 60an ni melodinya cantik laaa. Sedap didengar. Mudah dilayan. Itu yang buat syok tu.

    Saya ada lah sedikit lagu2 60an. Beberapa ratus jer. Tak banyak. Kebanyakannya saya ambil di internet atau convert dari youtube. Dulu bapak saya ada banyak piring hitam. Dah tu pada tahun 80an, mak saya kemas2 abis dibuangnya. Sebabnya ialah radiogram bapak saya rosak dan tak mampu nak beli baru. Sebab tu lah mak saya buang benda2 tu. Katanya menyemak aja. Dah ketinggalan zaman. Hehehehe. Biasalah orang pompuan memang camtu. :D

    Saya berminat nak kongsi lagu2. Nanti saya akan contact Haji ya.

  21. Raden Says:

    Kang, mugo2 diparingi waras.
    tekok yo, sampean iku Jowo, bugis, opo seng liane? bikin le mini kamus Melayu-bahasa2 indon ni, Jawa ke, Bugis ke, Banjar,,, aku tolong terjemahkan ke inggeris boleh le….mesti rancak ni…

    salam,,,

    Nasron jawab;

    Ya, aku masih waras lahhh. Belom gelo lagi aku. Hahaha…
    (Jawa kalau waras bermaksud sihat tubuh badan – Melayu bermaksud sihat akal fikiran)… Aku waras kedua-duanya. Kekeke.

    Aku ini anak campursari. Keluarga yang pelbagai keturunan. Dibesarkan dalam kemajmukan masyarakat nusantara. Ada Melayu, Jawa, Bugis, Mandailing, Minang, Banjar… Cina pun ada… adik ipar aku ada campur Mamak la… bercampur-campur. Yang penting hati mau baik, hidup biar jujur, jiwa biar ikhlas! Berbilang bangsa dan keturunan agar saling mengenal dan

    Tidak dipandang keturunan, darjat, harta kekayaan atau apa pun jua melainkan takwa jua. Akhirat jualah yang adil dan kekal selama-lamanya. Chewahhh berceramah pula aku… ngengengeeee…

    Nak buat kamus, cayalah… Aku setuju sangat… cepatlah mulakan… aku tunggu…

  22. kyincitonk Says:

    blognya menarik, baguslah bisa melihat dari sisi org malaysia juga jadi ga terlalu subjektif…. hehehe…

    salam dari indonesia.

    Nasron jawab; Terima kasih pak/bu kerna sudi mampir. Ya beginilah blog ini, seadanya aja. Semoga membuka minda kita semua dan kearah kehidupan yang aman, damai dan lebih baik lagi.

  23. FAISAL Says:

    Assalamu’alaikum Cik Nasron, nama saya faisal, asal Jakarta Indonesia, saya sangat berkesan dengan blog cik Nasroen ni, apalagi membahas mengenai kesenian melayu, saya salah satu penggemar kebudayaan melayu, terutama dalam hal muzik melayu, kalau di Indonesia sendiri, lagu2 melayu ni kurang banyak peminatnya alhasil lagu2 melayu yang diperjualbelikan ( kaset maupun cd/vcd ) sangat kurang. Terutama yang penyanyinya Jamal Abdillah, saya salah satu penggemar beliau, pertama kali saya mengenal tampilan beliau melalui siaran TV3 maupun RTM Malaysia, semoga Cik Nasroen bisa membantu saya mengkoleksi kaset atau cd dari Jamal Abdillah tersebut, lagu favorit saya ialah Tangis Tak Berairmata dari Album 15 tahun memori bersama. Dan juga penyanyi – penyanyi legendaris melayu lainnya seperti Ahmad Jais, salah satunya.

  24. aku hensom Says:

    xtahan tengok muka ‘the rock’ kat depan tu….

  25. zuraida Says:

    Kalau ada koleksi lagu-lagu tahun 70an (penyanyi sanisah huri,sarena hashim,syarifah aini dll lg la) boleh ke dimasukkan dlm laman en nasron ni..saya suka sgt..lebih2 lg kalau dpt download..hehe..pls…
    Ada juga saya pegi laman-laman lain tapi tak leh download..dan saya pun “gagap ICT” gak..
    Saya pun dewasa dgn lagu-lagu ni..teringat zaman kanak-kanak dulu yek…
    Tq…tq

  26. Nasron al-Jauhari Says:

    @ zuraida
    – saya koleksi lagu2 sanisah huri dan penyanyi2 70an boleh tahan juga. malangnya saya paling bosan kau nak upload. ambil masa lama sangat la. maklumlah internet connection saya ni lauya punya. nanti2 bila ada free saya tulis fasal mereka. harap bersabar.

    @ FAISAL
    – lagu jamal yg awak minta saya belum sempat cari. tapi kalau lagu2 ahmad jais saya dah buat. cuba2 semak2 blog saya ni. pasti awak akan jumpa.

  27. aida Says:

    salam kenalan. terima kasih jengok blog saya hari tu…
    byk lagu kat sini ye…. baguslah !

    http://aidammt.wordpress.com

  28. Nasron al-Jauhari Says:

    @ aida

    salam kenal dari pakcik. selalu2lah singgah kat sini sambil dengar lagu2 lama yang menghiburkan.

  29. aida Says:

    lagu hindustan x der ke? sesekali nak berguling2 gak !

  30. pakcik kayo Says:

    ko guling2 atas rumput nanti badan miang – gatal2. mandi jangan lupa pakai dettol!

  31. aida Says:

    nanti kene tungau pulak ek !

  32. cahya Says:

    salam…
    baru terjumpa blog u masa cari gambar Quran utk blog i.. :D
    salam perkenalan…

  33. nur a'in Says:

    abang ni hensem la. boleh kenal tak?

  34. abu daud Says:

    ni first time aku bukak blog ni,, layan la jugak,,
    ko ni gila2 jgk yer nasron. elok la tu. aku memang dari kecik memang suka layan lagu 60an ni,, yerla,, masa aku kecik2 dulu masa tu umur baru 5 tahun dah makn lagu2 ni jer. skg dh 52 layan gak lg,,

  35. 3azie Says:

    saya ni pun buta ict baru aja belajar bbarapa hari nak guna benda ni. taniah cik nasron dgn ni dapatlah saya dn suami dergar dn ambil lagu2 lama2 kat sini kankankan. smga cik nasron dimurahkn rezeki,sihat selalu hndknya. tarimakasih.

  36. ifa.. Says:

    salam pak cik nasron..tahniah buat pakcik.
    pakcik peminat lagu2 lama kan2?? sama r pakcik, kita geng!! saya dr kecik lagi minat lagu2 evergreen ni skunk da umur 15 taun pun still minat lagi..tanpa yg lama mana der yg baru nikan pakcik kan2?? pakcik lau der masa tambah r lagi lagu2 80an dr group black dog bone ka..d’lloyd ka..favourite groups ka..mashuk siket…sy minat giler2 lagu dieorang. hehe..

  37. amkj Says:

    Salam.
    En. Nasron, adataksimpan lagu (tak ingat judulnya, tp mula dgn Assalamualaikum, Sirih pinang Kusembahkan…..) dan lagi satu (tak ingat juga judulnya, tp duet dgn Maria Bachok, mula dgn Mari sayangku, Mari bergembira….). Ada sape2 nak tlgselainEn. Nasron kita nih?…

  38. Paris Says:

    i have been following your posts for a while now all i can say
    is they are great. I look forward to reading more from you.

  39. m.yus Says:

    akum….this is the first time i found ur blog….i like it even the first time surfed it…. thumb up…like ur collections og songs….

  40. Noor Afiza Says:

    slm..sy ex-student SM Seri Perak thn 87..hope nk jumpa n contact member2 lama..mcmana yer

  41. beatles Says:

    Memula aku jumpa blog ni, terbaca satu post yang gaya tulisannya macam orang zaman dolu-dolu, nak tergelak jugak baca.. mati-mati aku ingat semua post dalam ni bahasa macam tu hahaha.. Boleh tak tulis lagi post macam tu? bahasa dolu-dolu..

  42. kak arr Says:

    sonok baca blog awk nih.kekadang tergolak eden dg bahasa en.nas yg slumber derk….tu. tahniah.teruskan berkarya.

  43. sarjan asan Says:

    pakcik ni lawak n gile2 gak ye..
    klau bosan2 snggah kat blog pakcik ni leh tgelak sakan dibuatnya..pakcik meh la g mnum kat warung cik minah senget..ekekkeke

  44. khai Says:

    Salam,
    pakcik, tima kasih tumpang baca suma catatan yg tak bosan..teruskan nulis, kurang sikit tensen sy winter2 nih terkenang kampung halaman.

  45. cenetos Says:

    salam, sangat menarik petua2 yg diberikan kat dalam blog nie..hingga terpanggil utk tahu siapa penulisnya..teruskan berkongsi ilmu..

    • Nasron al-Jauhari Says:

      @ cenetos

      penulis-nya sa-orang tua yang kini tinggal di sa-buah teratak di negeri ujong tanah, di daerah pasir berdengung tepatnya. selamat membacha!

  46. erry Says:

    salam…sy mmg ada banyak buat event2 macam2 la,dan kami ada perancangan untuk peminat2 irama 60an,kami akan cuba nak anjurkan konsert 60an tu dan cuba nak panggil seberapa banyak artis2 60an yang boleh…nantikan la ye insyallah
    pertanyaan leh email ke bob_jentayu@yahoo.com

  47. erry Says:

    kami dari E-TONE ENTERTAINMENT

  48. rosmeza Says:

    assalamualalikum, en nasron.
    saya ni dah lama mencari resepi membuat cincau. en nasron tahu tak? kalau tahu bagitau la kat saya. saya hanya nak belajar je, sbb cincau kat luar tu slalu nya cina yang buat. harap dapat membantu. terima kasih.

  49. suria Says:

    salam…. Suria ni suka sangat dengan penyanyi RAZIS ISMAIL… ade tak lagu2 razis ismail yg boleh Suria download untuk dengar hari2…. tunggu kat radio…. susah sangat rasanyer nak dengar….
    tolong ye cek Nasron ku sayang…

  50. mambang kuning Says:

    saya suka dgr irama 60an sebab dilahirkan dalam tahun 60an. dah dgr irama 60an masa dari dalam perut ibu saya kot. tahniah masih ada insan seperti saudara nasron yang sudi share kisah 60an ni. siap ada simpan album ori lagi. syabas.

  51. myra Says:

    Salam
    Nak tanya sikit pasal wordpress.com percuma ini. Ni akaun wordpress percuma ni berapa lama ia bertahan dan kemudian expired? Takut macam kat Blogspot percuma,setahun lebih terus tetiba kena tutup akaun.

  52. harlenyabdarif Says:

    Salam ziarah dan salam silaturrahim dari http://www.jejakmihrabmimbar.wordpress.com =)

  53. robby Says:

    ron dh lama saya cari lagu swallows skrg baru jumpa kalau tak keberatan bole tak kongsi bersama terima kasih

  54. zura Says:

    nsem gak en nasron nie…ala2 THE ROCK g2…wakakakakaaa!!!
    kedut2 yg d kata mengancam 2 buat ape nk dsorok,

  55. noor hana bt hamdan Says:

    saya minat dengan blog ni ,cantik dan berisi serta berdiplomasi.siap ada penulis jemputan jiran lagi,bagus betul.memang awak nie baik dan inovatif serta berbudi orangnya

  56. Quintin Parmer Says:

    Hi! Have a wonderful day, don’t stop writing. and I shall absolutely keep reading.

  57. cik mimie Says:

    Salam…

    Saya search info untuk lagu Bawean “La Obe”
    tetibe dapat link kat sini.

    Actually saya warganegara Malaysia tapi mak ayah saya asal Bawean. Nice info. Baru saya tau betapa popularnya lagu itu.

    Anda pun anak malaysia + indonesia ke?

  58. ayahuwah Says:

    assalamualaikum cek.
    senang hati mampir ke blog tuan, terutama mp3 klassiknya sy dah sedot habis semuanya lag-lagu A.ramlee, senang hati mendengarnya, kalo boleh bertanya dimana dapat download lagu mp3 s.jibenk dan m. ishak pokoknya tahun 60-an lah.mohon informasinya…wassalam
    salam kenal
    ayahuwah-Tanjungbalai-Sumatera Utara _indonesia

  59. salmirzan Says:

    salam,
    aduhai…saya x sengaja ke sini. tujuannya nak cari lagu lama. bila terbaca blog nie…abih berjurai airmata baca tulisan en nasron..apetaknye ketawa sendiri2…release tension..
    apapun..teruskan menulis en nasron

  60. SENIMANklasik Says:

    Kenangan Mesra lalu…..mengusik hati
    Kenangan Mesra lalu…. mengusik jiwa…
    Terima Kasih Encik Nasron Al~Jauhari !


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 57 other followers

%d bloggers like this: