Tombo Ati (Ubat Hati) Berasal Dari Wali Songo


Salah seorang Wali Sembilan (Wali Songo) di Tanah Jawa yang bernama Sunan Bonang telah menciptakan syair atau tembang yang diberi judul “Tombo Ati” atau dalam bahasa Melayunya bermaksud “Ubat Hati”. Sunan Bonang atau nama sebenarnya Makhdum Ibrahim juga merupakan anak dari Sunan Ampel yang nama sebenarnya ialah Raden Rahmat. Sunan Ampel sendiri adalah anak dari Sunan Gresik (Maulana Malik Ibrahim) yang merupakan Wali Songo yang pertama. Baca baki entri ini »

Rock Part 3: 14 Lagu Rock Kapak Yang Best (Link Terbaru di 4shared)


Sila baca gaya Mat Rock Muor pada tahun2 akhir 1980an.

Wa ingat, wa nak letak gambor cover kaset ke, cd ker kat sini, tapi wa punya limit storage kat wordpress ni dah cecah tahap maksimum 3Mb. Kalau nak lebih kena bayor laaa. Wa mana ada sen! Kalau lu nak sedekah kat wa, boleh jugak. Lagipun wa mana ada paypal, dulu simpan kat pejabat pos aja la. Itu pun mak wa yang simpankan, wa cuma tolong habiskan aja!

Wa cakap banyak tak main la. Ni wa ada 14 lagu rock kapak yang best. Wa gerenti lu mesti suka punye. Kalau lu tak suka, wa pedulik hapa. Wa suka apa…

14 lagu format mp3 ni wa save di savefile.com, so lu orang boleh download seberapa banyak yang lu orang suka. Asal jangan langgar undang2 dah ler, karang bond kacau, susah!

[SORRYLAH KAWAN2… SAVEFILE.COM DAH TUTUP, MUFLISIN… TAHUN 2009 KOT… AKU TAHU RAMAI NAK DOWNLOAD TAK DAPAT… NI AKU BERI LINK BARU DI 4SHARED.COM… KORANG BOLEH DOWNLOAD DENGAN FOLDER2 DIA SEKALIGUS SERENTAK! LINK DAN PASSWORD AKU TULIS KAT BAWAH – 27/06/2010 11.00 pm]

  1. Crossfire – Takdir Cinta
  2. Damasutra – Umpama Mimpi Dalam Mimpi
  3. Ekamatra – Hanya Satu Persinggahan
  4. Fotograf – Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal
  5. Fotograf – Luka Seribu Rindu
  6. Handy Black – Hanya Dalam Lagu
  7. Iklim – Blues Terengganu Kita
  8. Iklim – Di Pintu Mahligai
  9. Laksamana – Gugurnya Bunga Cinta
  10. Lefthanded – Kenangan Bersama Mu
  11. Lefthanded – Ku Di Halaman Rindu
  12. Lefthanded – Tiada Lagi Kidung Mu
  13. Search – Pawana
  14. Sejati – Bila Bunga Dipetik Orang

SILA DOWNLOAD DI SINI : Rock Kapak 3 PASSWORD : solatfardhu5kalisehari

PERINGATAN PENTING
Lagu-lagu mp3 yang dimuat turun/download hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album asli/original artis berkenaan bagi menyokong artis tersebut dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak. Cetak rompak adalah satu jenayah!

Berikut disenaraikan artikel lain yang mempunyai persamaan dengan artikel di atas dan mungkin menarik minat anda untuk membacanya.

Software Percuma Convert DVD, VCD, SVCD, WMA, WMV, ASF, RM, RA & RMVB ke MP3


Beberapa hari lepas saya telah mencari satu software untuk convert vcd karaoke lagu Ahmad Jais dan lagu berbahasa Mandarin penyanyi Xie Lei (akhir tahun 70an / awal 80an) ke mp3. Sebabnya ialah saya nak masukkan lagu tu ke USB Stick untuk dimainkan menggunakan FM Modulator di kereta. Maklumlah, tak mampu nak beli CD Player kat kereta. Jadi, alternatif yang paling murah ialah dengan menggunakan FM Modulator. Non-stop 1,000 lagu, ahaks!

Nak dipendekkan cerita, oleh kerana saya dapat “benda” tu free, jadi saya nak berkongsi-kongsilah dengan para pengunjung blog saya yang tercinta ini. Saya dah uji-cuba-try-test, memang best! Simple, senang dan cepat. Budak sekolah pun tahu guna dan yang penting sekali ia tidak membuatkan komputer anda hang, crash atau jam. Kalau bermasalah juga, silalah beli komputer baru, macam saya ni. Hahaha… saja nak eksen! Baca baki entri ini »

Koleksi Lagu-lagu Ahmad Jais


ahmad-jais

Assalamualaikum semua. Lama sungguh saya tak mengupdate weblog ini. Bukan lupa, cuma tak ingat… ewahhhh, macam lirik lagu la pulak. Sebenarnya saya sibuk la. Kerja banyak, maklum ler, kuli… Entah bila dapat jadi boss…

Untuk mendapatkan lagu-lagu lama Ahmad Jais saya pun rembat pinjam vcd karaoke bapak saya yang cover nya pun dah hilang entah ke mana. Saya malas cari lagu-lagu itu di internet sebab biasanya kualiti audionya longkang tak baik. Kebetulan saya dapat curi ambil satu software free di internet yang boleh convert vcd atau dvd ke mp3, maka tanpa tanggungjawab segan silu saya pun mengcopy la vcd itu. Kualiti audio mp3 setelah convert sangat baik. Memang best kat telinga. Mendengar lagu-lagu tersebut membuatkan saya jadi terkenang zaman main lari-lari sembunyi bawah pokok dulu. Hehehe. Setelah menconvert, maka saya pun upload ke savefile.com untuk dikongsi bersama. Tapi ingat, ini untuk diri sendiri aja tau, tatak bole juai ooooo. Manyak salah ooooo! Baca baki entri ini »