Oh Ibu! Tolong Lamarkan


Oh ibu, dengarlah kataku. Kahwinkan aku dengan segera. Aku sudah terpikat dengan anak Cik Maimon. Parasnya sungguh manis sekali. Ku ingat, namanya Zaharah. Kata tetangga, dia rajin di dapur. Ibu takkan bersusah punya menantu Zaharah. Gadisnya rajin berumahtangga.

Ku harap ibu segera lamarkan. Pada Zaharah anak Cik Maimon. Walau dia tak pandai berdandan. Asal saja pandai di dapur. Alangkah senangnya ibu nanti, punya menantu Zaharah anak Cik Maimon. Akan membantu ibu dan senang pada ku. Kuharap ibu segera lamarkan. Baca baki entri ini »

Cara Membuat Puding Jagung Lengkap Dengan Kuah Buah-buahan


Resepi ini adalah atas permintaan Cik Ixora “Fly Over Me“. Dah beberapa kali dia minta tapi saya sibuk. La ni baru ada masa. Insya’allah resepi ini di samping sedap dan halalan toiyiba, juga baik untuk kesihatan kerana mengandungi banyak fiber. Lebih enak jika dimakan sejuk.

Dinginkan puding di ruangan biasa dalam peti sejuk dan JANGAN SESEKALI masukkan ke ruangan FREEZER. Kalau puding dah keras membeku, apabila ia kembali ke suhu normal, anda akan dapati teksturnya telah berubah menjadi “berurat-urat” atau “bersakar” dan tak sesuai dimakan, hanya layak ditongsampahkan! Baca baki entri ini »

Burger Siapa Sedap? Saya nak try…


burgerdepan.jpg

Hari ni saya nak cerita pasal ahli politik terlampau burger… Ramly Burger. Bukan pasal burger McD, Burger King atau KFC. Sebelum tu nak tanya, siapa tak pernah mencekik makan burger pakcik Ramly yang dijual di tepi2 longkang jalan dan juga kat pasar borong malam? Jakun Kesian betul la. Rasanya tak layak belum lengkap menjadi rakyat Malaysia kalau belum pernah makan burger tu. Baca baki entri ini »

Perogol Kebanyakannya Terdiri Daripada…


pdrm-gambarhiasan.jpg

Wahai kaum wanita, berhati-hatilah. Wahai ibubapa yang mempunyai anak perempuan, berhati-hatilah. Ketahuilah bahawa pencegahan itu adalah solusi yang paling tepat dalam menangani masalah ini.

Tahukah anda ramai perogol terdiri daripada; Baca baki entri ini »

Minuman Tenaga Memberi Risiko Penyakit


Jangan sering meminum minuman tenaga / “energy drinks” (contoh; Redbull, Livita dsb). Sekali-sekala bolehlah. Jika tidak, bukan badan semakin sihat tetapi banyak penyakit yang datang. Takkan nak tunggu penyakit bersarang dalam badan baru nak sedar.

Selain dari keupayaan menambahkan tenaga, meminum minuman tenaga akan memberikan kemungkinan untuk meningkatkan kadar tekanan darah, kata penyelidik di American Heart Association’s Scientific Sessions 2007. Baca baki entri ini »

Cara Membuat Puding Telur Berkaramel / Puding Gula Hangus


puding-gula-hangus-01.jpgpuding-gula-hangus-02.jpgpuding-gula-hangus-03.jpg

Mungkin inilah puding yang sedap dan paling mudah nak dibuat. Bahan-bahannya murah dan mudah didapati. Cara membuatnya juga mudah. Sesuai untuk dijadikan bahan hidangan oleh para gadis untuk menjamu bakal mertua. Sebabnya ialah ia gerenti jadi punyalah, insya’allah. Kata orang Johor, kalau tak jadi juga, bukan salah bahan-bahannya, tapi sebab salah tangan tak bedung!. Hehehe… Inilah resepi canggih tu; Baca baki entri ini »

Irama 60an: A Ramlie Dalam Kenangan


a-ramlie.jpg

25 Ogos 1948 di Jalan Tegas, Kampung Batak, daerah Kaki Bukit, Singapura – lahirlah seorang anak lelaki kepada almarhum Ahmad Masid dan Asmah Raden Ismail diberi nama Ramli. Tiada siapa yang menyangka anak kelima dari keluarga besar seramai 19 orang cahaya mata itu akan menjadi sebutir bintang yang kian menggilap untuk tempoh empat dekad berturut-turut. Baca baki entri ini »

Cara Membuat Coleslaw Yang Sedap (Rasa Serupa / Mirip Macam Coleslaw KFC)


Ada yang suka makan coleslaw? Kalau sesiapa yang pernah makan di KFC mesti pernah makan benda ni. Coleslaw enak dimakan bersama roti, sebagai bahan sayuran burger atau dimakan begitu saja. Tapi kalau asyik nak beli sahaja, tentulah tak sanggup sebab harganya boleh tahan mahal juga. Satu cup kecil, sendiri makan pun tak puas. Apalagi nak makan beramai-ramai atau bersama keluarga. Baca baki entri ini »

Cara Membuat Donut Yang Simple Dan Sedap


Tahu apa itu donut? Tak tahu? Kesiannya… Ada yang sukakan donut? Selalu beli ya? Kenapa tak cuba buat sendiri? Senang, kosnya murah dan gerenti sedap! Ni ada resepi yang saya dah try sendiri.

Bahan-bahan Untuk Donut

  • Tepung Gandum 1 kg
  • Ibu Roti Brand Mauripan 1 paket (11 gram)
  • Gula Pasir 7 sudu besar
  • Garam Halus 1 sudu kecil Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Resepi. Label: , , , , , . 143 Comments »

Islam: 3 Sebab Para Penuntut Ilmu Masuk Neraka Walaupun Menuntut Ilmu Yang Benar


Ada 3 sebab yang mana para penuntut ilmu itu akan dimasukkan ke dalam neraka walaupun ilmu yang mereka tuntut itu adalah ilmu yang benar. Ini disebabkan oleh tujuan mereka menuntut ilmu adalah salah dan dibenci Allah. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Islam. Label: , , , , . 1 Comment »

Islam: Masalah Niat Dalam Solat Ketika Takbiratul Ihram


Ini masalah besar, bukan masalah kecil. Tapi ramai (termasuk para “ulama” masakini) tidak memberikan perhatian serius terhadap masalah ini. Asyik memberi jawapan soal gangguan syaitan yang memberi rasa was-was sahaja. Jawapan yang tepat pada pokok persoalan tidak diberikan dengan jelas. Bagaimana nak memasukkan niat ke dalam hati ketika hendak memulakan solat? Niat sebelum bertakbir? Ketika sedang bertakbir? Sesudah bertakbir? Bagaimana ayat niatnya? Sempatkah menyertakan niat yang panjang di dalam hati ketika takbir? Bagaimana kalau tak habis berniat sedangkan lafaz takbir dah habis? Bagaimana kalau lafaz takbir terputus? Mmm… banyak tu persoalan yang harus dijawab! Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Islam. Label: , , , , , . 23 Comments »