Irama 60an: A Ramlie (Bahagian 2)


Olih kerana sambutan ter-hadap lagu-lagu allah-yarham A Ramlie sangat hebat dari kalangan peminat muzik pop-yeh-yeh yang singgah di blog ini, maka dengan sukachita-nya saya sedia-kan lagu-lagu allah-yarham sa-banyak 20 (dua puloh sahaja) buah lagu dalam format mp3 untok hiboran nostalgia anda, para peminat setia A Ramlie. Hampir ka-semua lagu ada-lah ehsan Enche’ Sesumpah.

Sila klik untok muat-turun dari Savefile.com;

  1. A Ramlie – Kasih Tak Terleraikan
  2. A Ramlie – Kerana Hati
  3. A Ramlie – Kisah Membawa Kesan
  4. A Ramlie – Churahan Kaseh
  5. A Ramlie – Kenangan Mengusik Jiwa
  6. A Ramlie – Kamar Biru
  7. A Ramlie – Cik Kecik Bong
  8. A Ramlie – Jasad Dan Nyawa
  9. A Ramlie – Asmara Dewi
  10. A Ramlie – Intanku Liana
  11. A Ramlie – Kembalilah Anakku
  12. A Ramlie – Kasih Tak Sudah
  13. A Ramlie – Kau Idaman Hati
  14. A Ramlie – Kisah Lukisan Sepuluh Tahun
  15. A Ramlie – Joget Tanggung Sendiri
  16. A Ramlie – Kasih Impian
  17. A Ramlie – Kau Telah Aruah
  18. A Ramlie – Jangan Ditanya
  19. A Ramlie – Jenaka Bangsawan
  20. A Ramlie – Kau Harapanku

Berikut di-senarai-kan artikel laen yang mempunyai per-sama-an dengan artikel di-atas dan mungkin menarik minat anda untok mem-bacha-nya.

PERINGATAN PENTING
Lagu-lagu mp3 yang dimuat turun/download hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album asli/original artis berkenaan bagi menyokong artis tersebut dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak. Cetak rompak adalah satu jenayah!

40 Respons to “Irama 60an: A Ramlie (Bahagian 2)”

  1. dino Says:

    salam en nasron

    dalam simpanan saudara ada tak lagu Sudah diinai-inaikan?saya sudah lama mencari lagu tersebut tp maseh belum ketemui.Sila email saya dino.nesta@gmail.com

    tq

  2. z Says:

    A Ramlie & The Commandos “Hanya Bayangan Mu”
    mp3 ade x??tolong ye

  3. Jeffrey Says:

    Assalamualaikum En Nasron,
    Dalam simpanan saudara ada tak lagu Nasib Panjang?Kalau ada harap dapat dikongsikan…

  4. amkj Says:

    Salam. Saya baru je terjumpa blokg ini,tetapi tak sangka begitu ramai peminat Alahyarham A Ramlie. Teruskan usaha Tuan utk mengetengahkan lagu2 A Ramlie krn byk lagu yg tak lagi disiarkan di radio. Dgn usaha sebegini peminat beliau akan terus mengikuti lagu2 tersebutbersama nostalgia mereka.

  5. ijal Says:

    A Ramlie & The Commandos “Hanya Bayangan Mu”
    mp3 ade x??tolong ye

  6. double7 Says:

    A Ramlie & The Commandos “Hanya Bayangan Mu”
    mp3 ade x??tolong ye..htr kt emil sye razifrail@yahoo.com

  7. gapo Says:

    mcm mane nk download lagu ni eh..masuk savefile,pastu…??

  8. NeNa Says:

    saya ni tgh cari lagu A Ramlie & Maria Bachok kasih sayang suami isteri ada tak?

  9. erry Says:

    kami dari E-TONE ENTERTAINMENT telah pun bercadang ingin membuat konsert 60’an bagi mengubati rindu untuk semua peminat2 irama pop yeh yeh di malaysia ini,insyallah jika ada rezeki dan di izinkan Allah kami akan laksana kan nya dalam tahun 2010 ini,amin.
    ada pertanyaan sila sms ke 0129204669 / 0196960996 / 0163614669 atau email ke bob_jentayu@yahoo.com…trima kasih

  10. Nidus Says:

    Irama pop menusuk kalbu…yeh2

  11. SENIMANklasik Says:

    Salam. Terima kasih En.Nasron. Dah setahun lamanYa tak ada yang nak berikan komen dalam ruangan ni….Biarlah saya isikan. A.Ramlie (Allahyarham) memang best.Sejak kecil saya sukakan lagu-lagunya. Teringin sangat nak jumpa… ketika hayatnya tapi tak tahu bagaimana nak cari. Akhirnya saya sempat bertemu dan berbual sebanyak 4 kali sebelum arwah pergi meninggalkan kita. Gambar-gambar dan kenangan itu kekal tersemat di ingatan saya. A.Ramlie HANyA YANG SATU TIADA DUANYA…AL-FATIHAH.

  12. razalie Says:

    seniman klasik, saya selalu antar komen tentang A.RAMLIE tapi tak masuk kat sini pun awak cuba cari ruangan lain, ada ramai lagi peminat A.RAMLIE, sya setuju dgn pendapat anda, saya juga peminat fanatik A.RAMLIE sejak saya muda lagi , sekarang saya usia 40 tahun, kalu awak nak tahu tentang A.RAMLIE saya leh tolong bawa awak jumpa dgn adik angkat A.RAMLIE yang pernah tingal dgn A.RAMLIE.

    NI NOMBOR PON SYA -0173678020- RAZALIE

  13. SENIMANklasik Says:

    Salam. En.razalie-terima kasih di atas respon saudara itu. Sememangnya nak sangat saya tau lebih banyak tentang arwah A.Ramlie ketika hayatnya. Untuk makluman saudara ,saya telah pernah bertemu dengan Maria Bachok, emak arwah A.Ramlie, kedua-dua adik perempuan dan makcik A.Ramlie. Banyak juga kisah perbualan kami. Saya hargai pandangan saudara itu, suatu masa nanti saya akan hubungi saudara untuk kita berbual sama tentang satu-satunya A.Ramlie.

  14. SENIMANklasik Says:

    Hari ini Isnin 9hb.Mei 2011. Pada tarikh 9hbMei 2001, iaitu 10 tahun yang lalu, Bintang tersohor dalam era Pop Yeh Yeh Penyanyi terkenal A.RAMLIE atau nama sebenarnya Ramlie bin Ahmad Mursid telah kembali ke Rohmatullah di
    Blok 226, Street 21, Tampines, Singapore ketika berusia 53
    tahun. Allahyarham A.Ramlie meninggal dunia kira-kira pada
    jam 11.30 malam disebabkan sekian lama mengidap kencing
    manis ,angin ahmar dan Parkinson.Pada 10hb.Mei 2001 iaitu keesokan harinya, jenazahnya telah disemadikan di
    Pusara Aman, Singapura.

    ” kau telah tiada ”

    ANGIN BERHEMBUS PERLAHAN
    MENIUP POKOK NAN RENDANG
    SAOLAH~OLAH BERPESAN
    DIKAU DINDA AKAN PULANG

    PESANNYA KUTUNGGU~TUNGGU
    TANDA SETIA DARIMU
    NAMUN KAU TETAP MEMBISU
    KIRANYA KAU TELAH TIADA

    BETAPA HANCUR HATIKU
    JASADMU MEMBUJUR DI HADAPANKU
    KU BERSUJUD PADANYA TUHAN
    AGAR ARWAHMU KE SISINYA

    ADUHAI DINDAKU SAYANG
    MUSNAHLAH SUDAH HARAPAN
    HIDUP KU TIADA PEGANGAN
    BAK RUMAH TIADA BERTIANG

    Ketika ini usia saya 52 tahun. Saya memang sangat-sangat meminati arwah ketika hayatnya. Setiap lagu dendangannya memang saya minati dan dapat menghafalnya. Gambar-gambar penyanyi pujaan saya A.Ramlie , banyak yang saya simpan. Tak dapat saya lupakan suatu ketika dulu ketika saya mengayuh basikal pergi ke sekolah, saya terpandang Majalah Varia Pop tertera gambar A.Ramlie tergantung di kedai mamak. Oleh kerana tak mempunyai cukup wang, selepas pulang dari sekolah, saya pergi semula ke kedai mamak dan membeli majalah tersebut. Gembiranya hati tak terkira, saya belek~belek dan baca berulangkali artikel tentang A.Ramlie. Memang saya sangat suka, fanatik habis dan merasakan nak jadi macam A.Ramlie. Keratan gambar dan artikel, saya simpan tetapi setelah saya pergi berkursus perguruan selama 2 tahun di Kuala Trengganu, banyak gambar~gambar dan keratan akhbar serta majalah yang saya simpan di rumah telah hilang dan rosak.

    “dalam folder kenangan”

    A.Ramlie menderita sakit – DESAS-DESUS bersama ABAH di MINGGUAN MALAYSIA ahad 23.10.1994.

    A.Ramlie mahu berahsia – BERITA HARIAN khamis 27.10.1994

    A.Ramlie gagahkan diri rakam lagu – BERITA HARIAN ahad 22.12.1996

    A.Ramlie & The Rythmn Boys pertahankan semangat setiakawan -MINGGUAN MALAYSIA ahad 29.12.1996

    24 artis 60-an bersatu untuk amal -UTUSAN MALAYSIA sabtu 24.12.1994

    RAMLIE, RHYTHM BOYS BERGABUNG -HARIAN METRO isnin 16.10.1995

    A.RAMLIE PULIH -HARIAN METRO khamis 19.1.1995

    ANAK A.RAMLIE MARIA NAIK PELAMIN -Pentas Dunia ahad 26 .3.1995

    A.RAMLIE kini hidup menderita -BERITA HARIAN 3.3.1998

    A.RAMLIE berulang-alik ke hospital -BERITA HARIAN 15.4.1998

    Kisah lara seorang biduan – Ada peminat pengsan, meninggal dunia gilakan Ramlie BERITA MINGGU ahad 8.3.1998

    A.RAMLIE MENINGGAL DUNIA hembus nafas terakhir di rumah adik malam tadi -HARIAN METRO khamis 10.5.2001

    A.Ramlie meninggal dunia -UTUSAN MALAYSIA khamis 10.5.2001

    PEMERGIAN SENIMAN 60-AN A.RAMLIE
    MENGADU SAKIT DADA -Apabila mahu makan, Allahyarham muntah-muntah -saat terakhir sebelum kepergian bintang Pop Yeh Yeh, A.Ramlie

    Ramlie resah kalau tak dapat tose: Rakan
    HARIAN METRO jumaat 11.5.2001

    Belasungkawa A.Ramlie: Berakhir hidup yang sunyi
    Papita Tubuh Tabung Khas – UTUSAN MALAYSIA 1998

    1,000 ziarahi jenazah A.Ramlie – BERITA HARIAN jumaat 11.5.2001

    A.Ramlie dalam Kenangan -HARIAN METRO jumaat 11.5.2001

    Segmen khas kenang A.Ramlie di konsert Nostalgia 60-an
    UTUSAN MALAYSIA – JUN 2001

    Lagu A.Ramlie jadi kenangan Mengusik Jiwa -PERSADA SENI

    Bergambar bersama teman seperjuangan
    A.Ramlie dijaga oleh ibunya, ASMAH -BERITA HARIAN sabtu 12.5.2001

    RAKAN TERASA KEHILANGAN A.RAMLIE -HARIAN METRO jumaat 11.5.2001

    OH CAROL !! OH FATIMAH -badd@hmetro.com.my 13.5.2001

    semoga ALLAH mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah abang A.Ramlie..AL- FATIHAH…..

  15. arzila Says:

    sayunyerrrrr lagu2 arwah…mana nak cari lagi suara emas mcm tu..
    Nangis bila dgr lagu2nya….banyak makna yang tersirat utk kita selami maksud lagu arwah serta dpt dijadikan panduan hidup.

  16. Zam Says:

    Saya cukop suka chara saudara menulis kerna ia-nya berchiri-kan chara penulisan melayu lama. Olih itu, saya ingin me-nguchap-kan tahniah untok saudara kerna di-atas usaha saudara ini. 🙂

  17. SENIMANklasik Says:

    As’kum semua peminat arwah A.Ramlie.
    Bagi yang pernah bersua, berbual dan berkenalan dengan arwah A.Ramlie, pastinya semua kenangan itu menjadi Kenangan Mengusik Jiwa. AL-FATIHAH buat arwah semoga damai di sana..Aamiiin !!!

  18. SENIMANklasik Says:

    As’kum saudara saudari peminat. semoga semuanya sihat dan berbahagia selalu. Dengarlah lagu-lagu A.Ramli pasti kan terhibur.

  19. SENIMANklasik Says:

    As’kum semua smg sihat dan dirahmati Allah hendaknya. Bulan lepas sempat saya hadir ke Istana Budaya KL. Tengok ramai artis 60 an membuat persembahan nyanyian diiringi Band Asal mereka. Terubat rindu dan terimbau kenangan apabila A.Rozaimie – klon A.Ramlie tuu nyanyi 2 tambah 1 lagi lagu. Dalam hati saya ” Kalaulah A.Ramlie masih ada, pasti sebaris dia bersama artis-artis lain yang se zamannya. Ada A.Halim, A.Rahman Onn, Roziah Latif, Fatimah M.Amin, L.Ramli, A.Rahman Hassan, ZamZam,Jeffrydin,J.Sham dll. Tahniah dan Terima Kasih Gombak Serumpun dan Istana Budaya kerana inisiatif menganjurkannya.

  20. SENIMANklasik Says:

    As’kum semua pelawat ruangan ini.
    Kenangan Mengusik Jiwa …pastinya malar segar sentiasa. Dengarkanlah lagu-lagu nyanyian A.Ramlie…pasti saudara-saudari akan terus meminatinya.

  21. roden Says:

    Askm semua peminat A.Ramlie yang berbahagia,
    Harap bole upload gambar2 lama bersama arwah di lelaman ini ataupun lelaman: http://www.facebook.com/pages/ARamlie-Ramlie-Ahmad/243434046058

    agar sama2 dpt menghayati buat santapan mata.
    Terima Kasih//
    Roden
    Peminat A.Ramlie(S’pura)

  22. SENIMANklasik Says:

    As’kum semua rakan pelawat ruangan ini.
    Saya setuju dengan cadangan Saudara Roden tu.
    Kalau ada gambar @ foto bersama A.Ramlie…lagi lah best boleh jadi koleksi bersama. T.kasih

  23. sitinorazania Says:

    siapa tahu nama adik angkat a.ramlie? Yang tinggal bersama beliau tolong beri tahu saya mungkin saya dapat bantu razalie.. hubunggi atau sms saya dinombor hp ini +6598816603

  24. yahya Says:

    siti noorazania saya razalie , nama adik angkat a.ramlie haji khalil dia tingal di melaka dia pernah tingal dgn family a.ramlie dan banyak kisah a.ramlie yg dia tahu ada yang rahsia dia tak dapat nak cerita,saya pun peminat fanatik a.ramlie .sebelum a.ramlie meminggal tahun 2001 saya dah pun jumpa sorang bomoh pada tahun 1994.kata bomoh tu a.ramlie dishir org oleh org singaore juga pompuan ada kena mengena dgn lagu.,katanya a.ramlie ada cakap besar dgn pompuan tu.dan katanya lagi maaf ada yg saya tak dapat nak ceta.tapi yg pasti kata bomoh tu benar.tahun 2001 a.ramlie meninggal.awak boleh mesej saya kat no 0173678020-razalie.awak saya jarang bukak pon tapi awak tryla.saya sebenarnya sudah tiada mood nak baca majalah atau surakkhbar sebab tiada lagi kisah a.ramlie .

  25. Alin Tuah Says:

    Hari ini 9-5-2012 genap 11 tahun A.Ramlie meninggalkan kita. Al>Fatihah untuk Allahyarham. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan roh-roh para syuhada dan para solihin. Amin…

  26. SENIMANklasik Says:

    Syabas Alin Tuah kerana mengingati ulangtahun kepergian Allahyarham A.Ramlie.
    Memang betul…serasa baru kelmarin dulu saja berita kepergian A.Ramlie kita tatapi di akhbar-akhbar tempatan ketika itu, namun sedar tak sedar sudah 11 tahun arwah pergi dan pasti tak kan kembali bersama kita.
    Kita sama-samalah meneliti usia kita. Yang PASTI kita akan pergi juga. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.
    Al-Fatihah untuk arwah muslimin muslimat saudara kita yang telah kembali ke rahmatullah…AL-FATIHAH.

  27. paktamman Says:

    Salam kepada semua peminat aruah A.Ramlie,
    Apa kata andainya suatu hari nanti kita dapat menatap entry baru yang datang dari anak perempuan aruah sendiri(Liana) setidak2nya terubat juga hati yang rindu pada aruah bapanya…… tulis lah wahai Liana kerena aruah bapa mu bukan sebarangan orang….Allah kurniakan dia dengan suara yang merdu yang dapat menghiburkan hati2 yang gundah dan sayu,lagu2 nya yang dapat meresap ke dalam kalbu sehingga kini masih di gemari oleh semua generasi.

  28. article Says:

    Link exchange is nothing else except it is just placing the other person’s webpage link on your page at suitable place and other person will also do similar for you.

  29. SENIMANklasik Says:

    Salam…..
    Seminggu yang lalu, iaitu pada 9 Mei 2013 , genaplah 12 tahun Allahyarham Ramlie bin Ahmad @ A.Ramlie pergi meninggalkan kita semua. Allahyarham meninggal dunia di rumah ibunya di Marrine Terrace Singapura dan disemadikan di Pusara Aman. Al~Fatihah untuk arwah semoga rohnya dirahmati Allah SWT.

    Setelah kau tiada, kehilangannya amat dirasai oleh semua peminat…..

    • ALIN TUAH Says:

      PEMBETULAN……………. Arwah A.Ramlie menghembuskan nafas terakhir di rumah ibunya di Block 266 TAMPINEES STREET 12. Bukannya di Marrine Terrace Spore. Itu rumah arwahnya sendiri semasa masih bersama bekas isteri Maria Bachok………
      Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham A.Ramlie, Allahyarham Hj. Ahmad Bin Masid (bapa) dan Allahyarham Asmah Bte Raden Ismail (ibu)

  30. SENIMANklasik Says:

    Salam semua
    Terima Kasih Alin Tuah..
    Pembetulan.
    Alamat terakhir A.Ramlie meninggal dunia ialah di Blok 226, Street 21, Tampinees.Singapura.(Rumah arwah ibunya)

  31. SENIMANklasik Says:

    Semalam 9.5.2014 genaplah 13 tahun Allahyarham Ramlie bin Ahmad @ A.Ramlie meninggal dunia. Arwah berumur 51 tahun ketika itu. Arwah uzur beberapa tahun sebelum itu kerana penyakit Parkinson.
    Meskipun agak kurang sihat di akhir-akhir usianya, A.Ramlie tetap juga menyanyi. Suaranya pun agak berubah sedikit, namun gaya sebutan dan alunan suaranya tetap merdu dan tetap diminati oleh peminat-peminatnya..Kini lagu-lagu warisan arwah tak jemu kita hayati setiap masa dan di mana-mana sahaja. Meskipun arwah telah tiada, kekadang terasa arwah masih ada bersama kita. AL-FATIHAH buat arwah semoga ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA. aAMIIIN….!

  32. SENIMANklasik Says:

    Salam. Hari ini RABU 18 Ramadhan 1435 Hijrah. Semua peminat ruangan ini ~ Selamat Berpuasa.
    UM = P.Ramlee, L.Ramli, M.Ramly, A.Ramlie. KLON pulak Mosli Ramly, A.Roszaini dan A.Zamri.

  33. SENIMANklasik Says:

    Salam. Hari ni SABTU. Hari Raya ke 6 sebab kita mula raya hari isnin lepas. Kepada semua penatap ruangan ini saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI maaf zahir dan batin.Semoga amal baik kita semua diganjari Allah SWT.
    6 Syawal 1345 Hijri. Wassalam.
    ( saya tuliskan nama-nama di atas tuu, supaya semua peka dengan ejaan nama yang betul. Jangan salah eja @ tulis nama-nama tersebut )

  34. rahim_danial Says:

    Ade sape2 tau lagu ni tak??

    Insan dalam kenangan
    Segar dalam ingatan
    Seindah pagi hening
    Itulaj wajahnya

    Senyum terukir manis
    Berkata dalam diam
    Menyimpan satu rahsia
    Duka dan gembira

    Malangnya pemergian mu
    Telah membangkitkam
    Rasa rinduku

    Kini tiada lagi
    Segala impian mu
    Tersimpan menjadi satu
    Di sudut dua tubuh

  35. pojie Says:

    salam semua peminat arwah A Ramlie..
    sekadar ingin bertanya di ruangan ini seandainya ada sesiapa yg tahu. Saya ada mendengar 1 lagu yg saya percaya suara penyanyi lagu ini adalah milik arwah A Ramlie tp tajuk lagunya saya tak tahu. Selalu dengar dari Radio Klasik. Tunggu jugak deejay bagitau judul lagunya tapi sampai sekarang tak jugak tahu. Senikata pun saya tak hafal tapi melodinya saya hafal..memang sangat teruja untuk tahu judul lagu ini…puas saya buat carian dalam youtube tapi hampa. Jadi kalau ada diantara peminat allahyarham yang dapat tolong saya, tinggalkan nombor saya akan call.
    Terima kasih semua.

    • khai hj johari Says:

      Assalaam, cuba saudara tuliskan beberapa patah lirik yang saudara ingat, mungkin ada sahabat-sahabat yang dapat membantu…

  36. SENIMANklasik Says:

    Assalaamualaikum, pojie…… cuba saudara/i tuliskan beberapa patah lirik lagunya yang saudara/i ingat, mungkin ada sahabat-sahabat yang dapat membantu…

  37. RAZALIE Says:

    SAYA BANGGA A.RAMLIE MASIH DIINGATI SEHINGGA KINI.BANYAK LAGU A.RAMLIE YANG SAYA TAHU LEBEH KURANG ADA 200 LAGU BERSERTA LIRIKNYA.


Tinggalkan komen