Laporan Statistik Tahun 2012 Blog Apabila Nasron Menulis


The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

About 55,000 tourists visit Liechtenstein every year. This blog was viewed about 260,000 times in 2012. If it were Liechtenstein, it would take about 5 years for that many people to see it. Your blog had more visits than a small country in Europe!

Click here to see the complete report.

Dikirim dalam Am. 4 Comments »

Pengumuman : Pemindahan Penstoran Ke 4shared.com


Assalamualaikum…

Apa khabar konco-konco? Semoga sehat wal-afiat dan berbahagia hendaknya. Saya dengan ini ingin mengumumkan perpindahan penstoran fail-fail untuk dimuat-turon ke 4shared.com berkuatkuasa hari ini. Ini bagi mengatasi masalah ramai konco-konco yang duka nestapa kechiwa hampa jiwa luka merana kerana tak dapat download lagu-lagu dari savefiles.com sebab savefiles.com dah bankrap – macham getah sekerap. Jadi semua fail2 mp3 di situ telah hilang untuk selama-lama-lamanya. Semoga konco-konco bergumbira dengan perkhabaran ini.

Saya sudahi dengan uchapan… kalao mau bertwist atau ber-agogo ria atau ber-pop yeh yeh atau ber-rock kapak atau ber-metal sekali pon ya silahkan – aiman tak kesah!. Asal saja jangan sampai lupa tanggungjawab dan kewajiban kepada Yang Maha Kuasa, keluarga, masyarakat dan negara.

Ini 3 artikel yang telah dikemaskini sana-sini fail mp3 nya.

Yang laen-nya akan menyusol nanti.

Sampai jumpa lagi.

Ikhlas tapi jaoh dari saya…

Nasron al-Jauhari dari Daerah Pasir Berdengung, Negri Ujong Tanah, Semenanjong Tanah Melayu

Mengurat Di Tanah Perkuboran


Minggu ini 2 kali saya chuti emergency. Pada 24 Mei, chuti sebab balek Batu Pahat, nenek sebelah bapa meninggal dunia. Semalam, 26 Mei, chuti pergi ke Felda Lok Heng, Kota Tinggi sebab bapa saudara pula meninggal. Nenek memang umor-nya sudah lanjut, mana-kala bapa saudara baru saja berumor 54 tahun (dia adek bapak saya yang nombor berapa saya tak ingat). Muda lagi orang kata… itu pon meninggal juga. Iya-lah,  sudah suratan takdir Ilahi. Tak boleh go-head, tak boleh gostan kata orang tua2.

Yang pergi, biar-lah pergi. Memang sudah ketentuan Ilahi. Kita yang hidop ini, banyakkan-lah sedekah atau hadiahkan al-fatihah untuk si-mati. Semoga roh-nya diterima Allah dan diberikan rahmat yang sebesar-besarnya oleh-Nya. Semoga masuk syorga dan dijauhi dari neraka. Baca baki entri ini »

Streamyx Di Rumah Dan Di Ofis Sudah Ku Wirelesskan


Lama tak jumpa. Iyalah, saya lama tak update blog ini. Faktor kesibukan dan transisi usia menjadi alasan mengapa saya liat nak menulis lagi.

Minggu lepas ada PC Fair di JB. Saya sambar 2 biji router brand Belkin. Pertama jenis Belkin Enhanced Wireless Modem Router N150 untuk ofis dan kedua Belkin Enhanced Wireless Router N150 untuk rumah saya. Nampak tak bezanya? Bezanya ialah yang pertama tu modem+router manakala yang kedua pula sekadar router sahaja. Baca baki entri ini »

Lamo Tak Jumpo


Assalamualaikum adik-adik, abang-abang, kawan-kawan, tuan puan, sedar sedari, makcik-pakcik dan tok-nenek sekelian. Semoga dalam sehat sejahtera lah adanye. Pakcik minta maap sebanyak-banyaknya. Lobih banyak dari uban yg ado kek kepala pakcik. Sebab lama tak update blog ni.

Seperti kata Mak Minah, memang betol komputer pakcik rosak. Tapi takler sampai meletup. Dia cuma bunyi… tuss… kemudian berasap dan sampai la ni ada kat bonet kereta burok pakcik tu. Maklum belum ada budget nak merepair. Pakcik tak kisah kalao korang kata pakcik sengkek. Memang sengkek pon! Kalau korang ada duit lebih, bak sini ler sponsor pakcik.

Sebanarnyo, dalam komputer banyak lagu2 yg telah dirancang nak diupload. Abih komputer tu rosak, tak dapatlah pakcik nak upload. Maka dari yg demikian, pakcik pon tak tulis artikel baru ler.

Tuan2 dan puan2 yg budiman tolongler doakan saya ada rezeki bulan ni untuk saya repair komputer tu. Kalau dah OK, saya akan upload lagi lagu2 best kat sini.

Sampai sini dulu. Jumpa lagi. Tata titi tutu.

Dikirim dalam Am. Label: . 7 Comments »

Jawapan Terhadap Tag Dari Ixora


gambo lame - dusuntua.jpg

Saya telah ditag oleh Ixora – Fly Over Me. Dia siap beri rules lagi. Ni dia rules tag tu;

The Rules:

  1. Link to your tagger and post these rules. (OK. Saya boleh buat.)
  2. List 8 random facts about yourself. (OK. Saya boleh jawab.)
  3. Tag 8 people at the end of this post and list their names. (Maaf, tak boleh buat sebab kenalan sesama blogger saya sangat terhad… saya kan masih baru jer dalam hal ehwal blogging ni. Yang saya biasa tu Ixora la sebab dia rajin beri komen dan singgah blog saya.)
  4. Let them know that they have been tagged by leaving a comment on their blogs. (Sori naik lori lah ya, dah yang atas tak boleh nak buat, yang ini kira mustahil laaa…)

JAWAPAN SAYA Baca baki entri ini »