Mengapa Harus Membeli Emas & Perak Sekarang?


Ada banyak sebab mengapa kita harus membeli emas dan perak sekarang dan tidak boleh bertangguh lagi. Setiap orang mempunyai sebab masing-masing, namun begitu ada beberapa sebab atau alasan yang sangat munasabah, kuat dan penting hingga kita tidak dapat kita elakkan atau nafikan. Berikut adalah sebab-sebabnya;

1. Agama

Pesan Nabi
Jika anda seorang Islam, ada banyak hadis dan ayat Qur’an yang menceritakan berkaitan dinar/emas atau dirham/perak. Ia meliputi banyak aspek baik dari segi perniagaan, zakat, nikah kahwin, ekonomi negara dan sebagainya. Islam juga ada memberi amaran tentang betapa pentingnya dinar/emas dan dirham/perak pada kehidupan akhir zaman nanti. Kita sekarang termasuk dalam kehidupan akhir zaman tersebut.

Abu Bakr ibn Abi Maryam mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) [untuk digunakan].” – Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.  Baca baki entri ini »