Lagu Jepon P Ramlee – Lagu Tikar Terbang Laksamana Do Re Mi


Lama tak menulis ceritera baharu di blog ini. Sampai ada orang “sound” pa’chik suroh tulis lah apa-apa yang patot. Maka pa’chik pon tulis lah ni ya. Semoga terhibor hendaknya.

Pernah dengor lagu “Miyo Tokai No Sora Akete” yang Laksamana Do Re Mi nyanyi masa naik tikar terbang tu? Itu lagu pada rangkap pertamanya dalam bahasa Jepon. Lepas tu baru pakai bahasa Melayu pada rangkap seterosnya. Lagu tu asyik rancak mendengarnya. Rentaknya macham “rentak lagu tentera”, rentak “march” orang puteh kata.

Arwah P Ramlee tu dulu pernah melalui zaman Jepon. Siapa-siapa yang pernah hidop waktu perintah Jepon dulu tau lah lagu itu. Itu kira macham lagu kebangsaan Jepon la. Biasa dulu orang panggil Jepon ni Nippon. Sebenarnya kalau dengar betol-betol bunyinya “Nippong”. Macang orang Ganu dan Bugis, belakang dia suka tambah huruf “nga” atau rumi panggil huruf “g”. Waktu zaman tu siapa-siapa yang bekerja atau sring berurusang dengang Jopung wajik kene tau nyanyi lagu tuh, kalo dak hapa, mampuih mu kena potong kepara tak pung minung air sabung. Uih ganah Jepung nih. Makang penampor Jepung slalu doh. Kalu stakat kene maki “Bagero” tu kire paling lombut la tuh. Eh, guano buleh terspeaking Ganu nih?  Baca baki entri ini »

Pendekar Bujang Lapok – Mambang


Tertekan/stress dengan kenaikan harga minyak? Tension sebab banyak masalah/problem? Saya ada solusi untuk release tension sekejap.

Anda pernah menonton filem Pendekar Bujang Lapok yang terkenal itu? Filem yang mana P Ramlee menjadi hero utama dibantu oleh S Samsuddin dan Aziz Sattar. Manakala heroinnya pula ialah Roseyatimah. Filem tu memang best dan kelakar habis. Antara segmen yang lucu ialah segmen “Mambang”, iaitu ketika mereka belajar isim/mentera silat. Tontonilah sedutan dari filem tersebut di bawah; Baca baki entri ini »