Tahu apa itu donut? Tak tahu? Kesiannya… Ada yang sukakan donut? Selalu beli ya? Kenapa tak cuba buat sendiri? Senang, kosnya murah dan gerenti sedap! Ni ada resepi yang saya dah try sendiri.
Bahan-bahan Untuk Donut
- Tepung Gandum 1 kg
- Ibu Roti Brand Mauripan 1 paket (11 gram)
- Gula Pasir 7 sudu besar
- Garam Halus 1 sudu kecil
- Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1 cawan
- Marjerin 1 cawan
- Telur 2 biji
- Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil
- Air secukupnya
Cara Memasak
- Isikan ¾ gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim atau gula pasir (senang pakai gula pasir jer sebab gerenti jadi – susu tepung kadang ada jenis yang tak sesuai) dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang naik ke bibir gelas.
- Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.
- Aduk adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.
- Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang / tidak melekat pada tangan anda.
- Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.
- Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.
- Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.
- Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.
- Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit.
- Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
- Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Minyak masak mestilah cukup banyak untuk membuatkan doh tenggelam walaupun nanti donut tu akan timbul. Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan. Paling bagus jika menggunakan deep fryer dengan setting suhu 375° Fahrenheit.
- Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia sejuk selama 15~30 minit. Jangan sira kalau donut masih panas, nanti gula akan “menais” / jadi bertepek-tepek basah.
- Sira donut dengan gula icing atau dengan gula pasir yang telah dikisar.
- Makan dengan beradab dan jangan gelojoh serta jangan lupa baca Bismillah!
Petua & Teknik Efektif
- Tiada pencetak donut? Jangan panik! Gunakan gelas sebagai pencetak. Gelas kaca atau gelas plastik, dua-duanya boleh. Caranya ialah tekap mulut cawan tersebut pada doh dan pusing-pusingkan dengan tekanan.
- Lubang tengah itu boleh dibuat dengan menggunakan muncung botol air, tak kiralah botol air mineral atau botol air apa pun.
- Cara mencetak; Leperkan doh dan taburkan sedikit tepung lalu ratakan biar tak melekit. Lepas tu cetak gunakan gelas pada doh leper tu sampai penuh. Kemudian ambil keluar baki frame doh. Barulah anda buat lubang tengah pulak! Lepas tu pindahkan ke tray yang telah ditabur tepung supaya tak melekat. Doh yang permukaan atas terbalikkan ke bawah.
Nota: Saya dah cuba sendiri resepi ni. Saya gerenti donut tu insya’allah lembut dan sedap! Orang tak ada gigi pun boleh makan! 1 kg tepung gandum akan menghasilkan kira-kira 70 biji donut! (Bergantung kepada saiz pencetak)

5 Januari 2008 at 12:15 am
takde gambar ke ek? hehehhe
5 Januari 2008 at 11:32 am
@ KNizam
tu la masalah utama saya. sebelum nak buat projek masakan, saya biasanya dah terlintas kat otak nak amek gambar. tapi bila saya dah start masak, saya jadi lupa pulak. apalagi kalau dah siap masak, memang jadi lupa terus!
saya cuma teringat semula nak amek gambar bila perut dah kenyang dan semua telah selesai dimentekedarah!
betul la kata orang, kelaparan menyebabkan hilang pertimbangan dan kewarasan!
10 Januari 2008 at 11:25 am
En Nasron ni mmg rajin memasak ye? hee..
Donut buat sendiri mmg sedap tapi donut yg di jual tak sedap sebab da sejuk kecuali Dunkin Donut. hehe.
10 Januari 2008 at 9:53 pm
@ ixora
nak kata rajin tu tidak ler, cuma kadang-kadang jer. saya sekarang tengah buat research macam mana nak buat inti “jeli limau nipis” dalam donut.
saya pernah sekali makan donut tu waktu singgah kat dunkin donats kat highway plus. member belanja. sedap. sampai teringin nak cari resepi dia. nak tiru sebijik.
bagilah idea macam mana nak buat benda tu.
11 Januari 2008 at 10:46 am
Donut oh donut..
Baca resepi donut en Nasron ni kelmarin sampai saya tetiba teringin sgt nk mkn donut. Patut bleh termimpi2 smlm. haha.
Idea..? err,idea ‘jeli limau nipis’ atau dunkin donut yg sedap itu? hee..
24 Januari 2008 at 3:01 pm
Dulu memang saya ada buat. dah lama dah, jdk gak… xpi skrg rase nk buat balik lah…emm teringin lah pulak…sy dah bayangkan tentu jd. Klu ada resepi yg best share2 lah lg ya Enc. Nas.
Nasron jawab;
Insya’allah saya akan tulis lagi resepi yang simple2 tapi sedap.
30 Januari 2008 at 11:57 am
wow, simple resipi ni..nak gak try ni..
nak tanya..ada tak resipi nak buat cream coklat@strawberry utk salut kat donut ni..alaa..kiranya nak buat ala2 dunkin donut la..very the colurfull gitu.hehehe
Nasron jawab;
Oh nak cover donut tu ngan coklat ya? Senang jer. Masukkan ke dalam periuk Coklat untuk masakan, Susu Cair / Susu Pekat Manis dan gula. Air sikit jika perlu. Masak dan kacau hingga sebati. Lepas tu celup atau tuangkan kat donut. Lepas tu biar sejuk. Nanti dia “keras” sendiri. Dah boleh untuk di makan. Senangkan? Kalau tak ada coklat untuk masakan, pakai Milo pun boleh! Pandai-pandailah adjust sendiri. Selamat mencuba!
Kalau strawberry awak gunakan white coklat + perisa strawberry.
Boleh juga kalau dihias menggunakan coklat rice atau yang kaler2 tu – saya tak tau nama dia apa. Banyak dijual di pasaraya atau kedai yang jual barang2 kueh.
2 Februari 2008 at 2:55 pm
en.nasron,
tq for ur reply. biasa resipe yg saya pakai kalau ada cooking coklat mesti dicairkan bersama whipping cream..yg ni pakai susu cair jer..jimat tu…tq so much..
nanti kalau ada lagi resipe untuk buat donut ni ada filling ..share2 la ya..
Nasron jawab;
Saya punya resepi simple jer. Saya guna kaedah paling mudah dan murah. Insya’allah tetap sedap (mengikut tekak saya la). Namun begitu, saya tak berani jamin resepi saya yang terbaik atau paling bagus… sebab saya bukan chef! Saya cuma seorang kaki makan yang minat main masak-masak!
So, kalau ada resepi atau kaedah yang lebih baik dari saya, awak ikutlah yang terbaik… Naik segan la saya. Whipping cream pun saya tak pernah guna. Setakat perhatikan saja di hypermarket.
28 Februari 2008 at 4:14 pm
mmmm….saya rasa resepi nie memang best
nk tryler….
peace
Nasron jawab; Try… jangan tak try… u should try it!
8 Mei 2008 at 12:13 pm
askum.. en.nasron.. saya nk tya resepi donut nie blh wat burger malaysia skali ka? klu blh saya nk wat donat dgn burger malaysia dlm ms yg sama.. tima kasih
Nasron jawab; Boleh… sangat boleh… silakan cuba!
17 Mei 2008 at 10:37 am
oppst.. terlupa saya nk tya, air yang nk digunakan tu byk mana yg dikatakan secukupnye. blh bagi anggaran x? dlm secawan ka apa ka? tima kasih.
Nasron jawab;
Saya dah buat beberapa kali, tapi tak pernah sukat dengan tepat kalau bab air ni. Biasanya saya main agak2 jer. Asal jangan lembik sangat sudah ler.
Sebabnya ialah jenis / brand tepung juga menentu sikit atau banyak penggunaan air. Contohnya kalau pakai brand Cap Sauh dengan brand Bakers Choice, sukatan air tak sama. Saya main bantai agak2 jer. Kalau rasa terlembik, saya tambah lagi tepung. Hehehe.
3 Julai 2008 at 11:05 pm
salam en nasron…saya nak bertanya tentang donut ni…saya ada projek business yang akan dibuat minggu depan…leh tak ajar saya buat donut dalam anggaran 20 biji shj…sukatan yang betul agar saya tidak terlebih buat…tolonglah saya
Nasron jawab;
Sukatan saya main agak2 aja. 1 kg tepung gandum cukup untuk buat 20 biji donut saiz besar. Awak beli ibu roti brand Mauripan. Awak ikut jer resepi dalam pek Mauripan tu. Tapi teknik awak boleh tiru saya. Masa menguli tu betul2 agar donut jadi lembut dan sedap.
7 Ogos 2008 at 1:03 am
Salam En Nasron, petang tadi saya cubalah buat tapi saya buat 1/2 kg je(dptlah dlm 30 biji).Lain-lain sukatan main agak je. Saya ingat dah tak jadi dah pasal yis dah expired(tak berbuih pun).peraturan membuatnya saya cuba sedaya upaya mengikutnya. Jadi, lembut dan sedap. Taklah jadi yg macam dekat bakery tu kulit luar licin kekuningan. Lebihan 20 biji saya goreng sekejap ala kadar saja, toskan minyaknya dan simpan dlm bekas plastik seterusnya ke peti ais. Untuk digoreng kemudain hari. Nak tanya ni, bagaimana pula cara En Nasron simpan lebihan(ala-ala buat stok gitu).
Saya pernah buat donut beberapa kali,tapi tak sesedap ni. Terima kasih.
8 Ogos 2008 at 10:05 pm
Encik Roy yg dihormati,
Err mana ada donut yg kulit luar dia licin kekuningan. Ni mesti salah tengok tu. Kalau kulit luar bun atau roti memanglah boleh jadi macam tu. Senang jer nak buat dia. Awak sapu jer dengan kuning telur masa nak bakar / masak dalam oven. Tu jer rahsia dia.
Kalau donut, kulit luar dia sama jer. “Kuning2 taik gigi” jer kaler dia.
Awak nak buat bisnes frozen food ke? Teknik awak buat stok tu dah betul la tu. First goreng ala kadar jer. Lepas tu toskan minyak. Then, masukkan dalam bekas dan letak dalam freezer. Kalau nak goreng balik, kena biar dia defrost dulu. Tu jer la sedikit ilmu dari saya yg tak pandai memasak ni.
Donut ni boleh juga dibuat roti bun. Tinggal tambah jer gula lebih sikit, biar manis sket. Lepas buat doh, sapu kuning telur atas dia dan bakar dalam oven. Suhu… saya lupa… time… lebih kurang 40 minit la agaknya… lupa laa. Awak buat experiment sendiri laa. Senang jer tu…
Selamat mencuba. Jika gagal, cuba lagi dan jangan bom dapur awak ya!
16 Ogos 2008 at 6:57 pm
Encik Nasrun,
Isikan ¾ gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang naik ke bibir gelas.
betul ke pakai susu tepung?
bukan ke pakai gula?
Terima Kasih
Nasron jawab;
Rileks la Fitra… rileks… Jangan tokojut. Bawak bertenang… Tarik nafas dalam-dalam. Sobonarnyo nak pakai gulo atau pakai susu topung, pakai susu cap junjung… semuoooo buleh.
Kenapa? Mengapa? Sebenarnya susu atau gula tu adalah sebagai makanan kepada yis / ibu roti tu agar dapat berkembang biak. Ni benda sains, kalau nak tahu lanjut terpaksalah awak masuk sekolah balik. Huhuhu.
17 Ogos 2008 at 12:21 am
Awak lah yang rileks,apa nak melenting ni..
saya ingat awak tersalah taip,itu jer…..
Bukan apa,
saya test air suam,gula dan yis ok jer berkembang,
saya pakai air suam,susu tepung dan yis,huh..tak berkembang langsung(ingatkan yis yang problem),padahal guna yis Mauripan dalam peket yang sama.
cuba tengok ini,
http://www.sciencebuddies.org/science-fair-projects/project_ideas/MicroBio_p005.shtml
Nasron jawab;
Ehhhh… saya melenting? Tak lahhh… Huhuhu. Maaf banyak2 kalau telah membuat awak menyangka saya melenting.
Benda2 macamni saya buat dengan happy. Tak de kena mengena dengan melenting, melompat dan memanjat. Agogo ada laa…
Sebenarnya, saya pun dengar cakap orang juga. Cikgu saya cakap kalau letak susu tepung lagi cepat naik. Letak sikit jer. Bukan letak macam nak buat air susu. Selama ni saya buat jadi. Saya buat pakai susu anak saya. Siap ada probiotik lagi. Hehehe.
Tapi pakai gula pun memang jadi. Sebab saya pun buat juga pakai gula.
Walau macammana pun tentu ada sebabnya awak buat pakai susu tak jadi. Iya tak? Tapi saya tak tahulah jawapannya. Awak tolong cek ya. Kalau dapat jawapan, beritahu kat sini. Biar ilmu ini kita kongsi bersama. Kalau sudi laaa…
p/s: Profesion saya bukan tukang masak, bukan tukang buat roti dan bukan juga ahli sains. Saya juga bukan dokter, loyer, majistret. Saya seorang … tukang makan jerrr. Huhuhu.
17 Ogos 2008 at 12:02 pm
Saya ada sedikit info pasal benda ni. Tak tahu betul atau tidak. Tapi wajar diselidiki. Mengikut kata beberapa orang member yg pernah cuba buat yogurt atau tairu, diorang cakap kadang diorang buat pakai susu tepung tak jadi. Dipercayai berpunca dari susu tepung itu sendiri. Ada jenis boleh, ada jenis tak boleh kot? Tapi kalau buat pakai susu segar pasti menjadi.
Kesimpulan wong deso seperti saya ini ialah, mungkin susu tepung yg telah steril sepenuhnya dan tidak memungkin pembiakan bakteria itu yg menghalang perkembangan yis. Manakala susu tepung anak saya yg ada probiotik itu mengandungi / menggalakkan perkembangan bakteria baik itu membuatkan yis boleh berkembang biak. Agaknya laaa.
Apa pun, sila tanya guru sains anda. Jangan tanya cikgu sejarah, karang pening cikgu tu nak menjawab! Huhuhu.
21 Ogos 2008 at 11:42 pm
Try kali kedua,kali ni pakai belasah je(sukatan agak-agak)
resultnya lagi best/menjadi.Sempatlah simpan stok untuk 4 hari. En Nasron, saya rasa langkah no.7 tu penting.Selama ni saya tak pernah buat macamtu.Tu yg tak jadi tu.
Saya akan sentiasa menggunakan resepi ni.Terima kasih.
22 Ogos 2008 at 8:10 am
saya sebenarnya buat pakai agak2 jer sukatan. ikut gerak hati jer. tak ada la strict betul. tapi step dia memang saya follow abis.
resepi saya ni atas saya tulis setelah buat beberapa kali uji cuba. alhamdulillah, memang ianya sangat puas hati. resepi ni dah saya sebarkan ke keluarga saya sendiri. emak saya paling suka resepi ni.
emak saya pernah buat tak letak margarine atau butter langsung! hasilnya tetap lembut. rahsianya ialah menguli dengan betul dan lama. bantai cukup2 time nguli. waktu menggoreng juga apabila doh dah agak kembang. jadi step2 tu kena ikut betul, kena sabar.
tapi saya tak jamin orang lain buat akan mendapat result yg serupa. rezeki masing2 la. apa pun, lebih baik mencuba sesuatu yg baik daripada tidak mencuba langsung. at least kita dapat satu pengalaman secara langsung, bukan daripada mulut orang lain. you can see it, touch it and feel it!
21 September 2008 at 8:07 pm
saya nak try resepi donut ni esok..tgk jadi ke tak…
25 September 2008 at 10:36 am
en nasron!
semalaman saya tgu donut saya menjadi atau tak…mula mula buat adunan donut,doh tak menjadi..lembik semacam..ingat nak buat 1/2kg je..lembik punya pasal terpaksa buat 1kg..ingatkan dah tak jadi dan..tapi syg membazir..cuba dan cuba lagi..baru la adunan saya tu jadi doh!kelakar…hahhahhah…dan akhirnya menjadi juga selepas di goreng dan di makan mmg sedap..huhu saya ingat mmg tak akan menjadi…jadi jugak akhirnya…balance simpan dlm peti sejuk..
26 September 2008 at 6:32 am
@ JauharatuDini
Setakat ni semua yang membuat donut ni akhirnya menjadi. Tapi kalau nak menambah pengalaman, bolehlah cuba adjust-adjust resepi ni mana-mana yang patut.
Selamat bereksperimen!
@ Semua Pengunjung Blog Ini
Selamat Hari Raya Aidilfitri/Idulfitri, Maaf Zahir/Lahir & Batin.
26 September 2008 at 2:04 pm
banyak sgt la 1kg tepong
boleh tak bagi sukatan utk semua bahan tue..tapi utk 10biji donut?
29 September 2008 at 12:53 pm
roti brand mauripan tue ape
30 September 2008 at 3:45 pm
@ arelynn
1 kg tepung pun boleh buat 10 biji donut apa… saiz resaksa laaa
ibu roti brand mauripan laaaa bukan roti brand mauripan.
ibu = emak = bonda = mummy = mom… boleh ganti ibu roti jadi emak roti???
27 Oktober 2008 at 1:27 pm
kalau yis tu kita simpan dlm fridge boleh x? mati x yis tu? saya buat x naik langsung.. sbb yis tu saya simpan dlm fridge ke?
27 Oktober 2008 at 5:49 pm
@ ida
mmm… saya tak pasti dia mati ke tidak. cuba bawak hospital, biar doktor cek!
20 November 2008 at 11:03 pm
Kalau 1kg tepung boleh dapat 70 biji,berapa harga sebiji yg kita boleh jual dan boleh dapat untung.
20 November 2008 at 11:13 pm
@ nazlan
bro, kena tengok saiz dia jugak. 1kg tepung boleh buat banyak atau sikit tergantung saiz dia. harga awak kena adjust ikut saiz ler.
sendiri harus pikir sebab saya tak bisnes jual donut. hehehe.
26 Januari 2009 at 5:50 pm
salam……….
sila baca buku akta makanan utk keterangan lanjut!!!
guna yis segera jenama mauripan……..
makanan utk yis…….. gula, protein & kelembapan!!!
nk lbh senang, first step gaulkan smua bhn kering!!! kecuali garam……..
23 Mac 2009 at 11:47 am
saya rasa donut saya sangat sedap laa..tp macam mana saya nak meluaskan pasaran donut saya yang sedap nie haa?dan lagi satuh..saya mmg kedekut sket klu org nak amek donut saya dengan free..sbb saya bwat donut smuanya dengan menggunakan duit saya time saya keja basuh pinggan di satu restorn di tmpat saya.sekian gracias!
23 Mac 2009 at 11:52 am
sy ada masalah sket sebenarnya..tp sy segan laa nak bgtaw sbb bnda ini menjijikkan..hurmm,,,(pikir99) xpewlaa..sy dah pikir 99kali..sy luahkan jgak laa apa masalah sy nie..last weekend,sy makan donut di kedai pak penawe..sy sampai rumah jew sy trus rsa nak cirit tembak..sy nak tnya pada korang,,knapa donut ni xtahan lama haa?hurm,,
23 Mac 2009 at 11:59 am
its so nice word..cirit tembak..i want to meet u..
23 Mac 2009 at 12:01 pm
actually,i have got a problems how to eat donut,mayB someone can teach me how to eat donut because i have never seen the donut before.thanks.
31 Mac 2009 at 8:03 pm
salam..
sy ade beli sejenis kueh yg dalam nye hotdog yg dililit dgn ’sesuatu’ yg sy rase dr doh donut sbb makcik tu jual goreng pisang, donut ngn hotdog tu je..so mesti dia nk jimat budget pakai doh donut tu je..tp dia xdela sekembang dan sebesar donut tu tp rase dan lembutnye same..cmne nk buat cmtu?xyah letak yis ke?sy nak sgt buat cmtu sbb sy jauh diperantauan….kene buat kueh sendiri la klu nk mkn…huhuhu
26 Jun 2009 at 11:44 am
saya ingin tahu berapa ringgit buku resipi ini
30 Oktober 2009 at 4:46 pm
donat ape yang paling sedapppppppppppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!