Tahu apa itu donut? Tak tahu? Kesiannya… Ada yang sukakan donut? Selalu beli ya? Kenapa tak cuba buat sendiri? Senang, kosnya murah dan gerenti sedap! Ni ada resepi yang saya dah try sendiri.
Bahan-bahan Untuk Donut
- Tepung Gandum 1 kg
- Ibu Roti Brand Mauripan 1 paket (11 gram)
- Gula Pasir 7 sudu besar
- Garam Halus 1 sudu kecil
- Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1 cawan
- Marjerin 1 cawan
- Telur 2 biji
- Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil
- Air secukupnya
Cara Memasak
- Isikan ¾ gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim atau gula pasir (senang pakai gula pasir jer sebab gerenti jadi – susu tepung kadang ada jenis yang tak sesuai) dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang naik ke bibir gelas.
- Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.
- Aduk adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.
- Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang / tidak melekat pada tangan anda.
- Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.
- Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.
- Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.
- Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.
- Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit.
- Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
- Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Minyak masak mestilah cukup banyak untuk membuatkan doh tenggelam walaupun nanti donut tu akan timbul. Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan. Paling bagus jika menggunakan deep fryer dengan setting suhu 375° Fahrenheit.
- Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia sejuk selama 15~30 minit. Jangan sira kalau donut masih panas, nanti gula akan “menais” / jadi bertepek-tepek basah.
- Sira donut dengan gula icing atau dengan gula pasir yang telah dikisar.
- Makan dengan beradab dan jangan gelojoh serta jangan lupa baca Bismillah!
Petua & Teknik Efektif
- Tiada pencetak donut? Jangan panik! Gunakan gelas sebagai pencetak. Gelas kaca atau gelas plastik, dua-duanya boleh. Caranya ialah tekap mulut cawan tersebut pada doh dan pusing-pusingkan dengan tekanan.
- Lubang tengah itu boleh dibuat dengan menggunakan muncung botol air, tak kiralah botol air mineral atau botol air apa pun.
- Cara mencetak; Leperkan doh dan taburkan sedikit tepung lalu ratakan biar tak melekit. Lepas tu cetak gunakan gelas pada doh leper tu sampai penuh. Kemudian ambil keluar baki frame doh. Barulah anda buat lubang tengah pulak! Lepas tu pindahkan ke tray yang telah ditabur tepung supaya tak melekat. Doh yang permukaan atas terbalikkan ke bawah.
Nota: Saya dah cuba sendiri resepi ni. Saya gerenti donut tu insya’allah lembut dan sedap! Orang tak ada gigi pun boleh makan! 1 kg tepung gandum akan menghasilkan kira-kira 70 biji donut! (Bergantung kepada saiz pencetak)
5 Januari 2008 at 12:15 am
takde gambar ke ek? hehehhe
5 Januari 2008 at 11:32 am
@ KNizam
tu la masalah utama saya. sebelum nak buat projek masakan, saya biasanya dah terlintas kat otak nak amek gambar. tapi bila saya dah start masak, saya jadi lupa pulak. apalagi kalau dah siap masak, memang jadi lupa terus!
saya cuma teringat semula nak amek gambar bila perut dah kenyang dan semua telah selesai dimentekedarah!
betul la kata orang, kelaparan menyebabkan hilang pertimbangan dan kewarasan!
10 Januari 2008 at 11:25 am
En Nasron ni mmg rajin memasak ye? hee..
Donut buat sendiri mmg sedap tapi donut yg di jual tak sedap sebab da sejuk kecuali Dunkin Donut. hehe.
10 Januari 2008 at 9:53 pm
@ ixora
nak kata rajin tu tidak ler, cuma kadang-kadang jer. saya sekarang tengah buat research macam mana nak buat inti “jeli limau nipis” dalam donut.
saya pernah sekali makan donut tu waktu singgah kat dunkin donats kat highway plus. member belanja. sedap. sampai teringin nak cari resepi dia. nak tiru sebijik.
bagilah idea macam mana nak buat benda tu.
11 Januari 2008 at 10:46 am
Donut oh donut..
Baca resepi donut en Nasron ni kelmarin sampai saya tetiba teringin sgt nk mkn donut. Patut bleh termimpi2 smlm. haha.
Idea..? err,idea ‘jeli limau nipis’ atau dunkin donut yg sedap itu? hee..
24 Januari 2008 at 3:01 pm
Dulu memang saya ada buat. dah lama dah, jdk gak… xpi skrg rase nk buat balik lah…emm teringin lah pulak…sy dah bayangkan tentu jd. Klu ada resepi yg best share2 lah lg ya Enc. Nas.
Nasron jawab;
Insya’allah saya akan tulis lagi resepi yang simple2 tapi sedap.
30 Januari 2008 at 11:57 am
wow, simple resipi ni..nak gak try ni..
nak tanya..ada tak resipi nak buat cream coklat@strawberry utk salut kat donut ni..alaa..kiranya nak buat ala2 dunkin donut la..very the colurfull gitu.hehehe
Nasron jawab;
Oh nak cover donut tu ngan coklat ya? Senang jer. Masukkan ke dalam periuk Coklat untuk masakan, Susu Cair / Susu Pekat Manis dan gula. Air sikit jika perlu. Masak dan kacau hingga sebati. Lepas tu celup atau tuangkan kat donut. Lepas tu biar sejuk. Nanti dia “keras” sendiri. Dah boleh untuk di makan. Senangkan? Kalau tak ada coklat untuk masakan, pakai Milo pun boleh! Pandai-pandailah adjust sendiri. Selamat mencuba!
Kalau strawberry awak gunakan white coklat + perisa strawberry.
Boleh juga kalau dihias menggunakan coklat rice atau yang kaler2 tu – saya tak tau nama dia apa. Banyak dijual di pasaraya atau kedai yang jual barang2 kueh.
2 Februari 2008 at 2:55 pm
en.nasron,
tq for ur reply. biasa resipe yg saya pakai kalau ada cooking coklat mesti dicairkan bersama whipping cream..yg ni pakai susu cair jer..jimat tu…tq so much..
nanti kalau ada lagi resipe untuk buat donut ni ada filling ..share2 la ya..
Nasron jawab;
Saya punya resepi simple jer. Saya guna kaedah paling mudah dan murah. Insya’allah tetap sedap (mengikut tekak saya la). Namun begitu, saya tak berani jamin resepi saya yang terbaik atau paling bagus… sebab saya bukan chef! Saya cuma seorang kaki makan yang minat main masak-masak!
So, kalau ada resepi atau kaedah yang lebih baik dari saya, awak ikutlah yang terbaik… Naik segan la saya. Whipping cream pun saya tak pernah guna. Setakat perhatikan saja di hypermarket. 😀
28 Februari 2008 at 4:14 pm
mmmm….saya rasa resepi nie memang best
nk tryler….
peace
Nasron jawab; Try… jangan tak try… u should try it!
8 Mei 2008 at 12:13 pm
askum.. en.nasron.. saya nk tya resepi donut nie blh wat burger malaysia skali ka? klu blh saya nk wat donat dgn burger malaysia dlm ms yg sama.. tima kasih
Nasron jawab; Boleh… sangat boleh… silakan cuba!
17 Mei 2008 at 10:37 am
oppst.. terlupa saya nk tya, air yang nk digunakan tu byk mana yg dikatakan secukupnye. blh bagi anggaran x? dlm secawan ka apa ka? tima kasih.
Nasron jawab;
Saya dah buat beberapa kali, tapi tak pernah sukat dengan tepat kalau bab air ni. Biasanya saya main agak2 jer. Asal jangan lembik sangat sudah ler.
Sebabnya ialah jenis / brand tepung juga menentu sikit atau banyak penggunaan air. Contohnya kalau pakai brand Cap Sauh dengan brand Bakers Choice, sukatan air tak sama. Saya main bantai agak2 jer. Kalau rasa terlembik, saya tambah lagi tepung. Hehehe.
3 Julai 2008 at 11:05 pm
salam en nasron…saya nak bertanya tentang donut ni…saya ada projek business yang akan dibuat minggu depan…leh tak ajar saya buat donut dalam anggaran 20 biji shj…sukatan yang betul agar saya tidak terlebih buat…tolonglah saya
Nasron jawab;
Sukatan saya main agak2 aja. 1 kg tepung gandum cukup untuk buat 20 biji donut saiz besar. Awak beli ibu roti brand Mauripan. Awak ikut jer resepi dalam pek Mauripan tu. Tapi teknik awak boleh tiru saya. Masa menguli tu betul2 agar donut jadi lembut dan sedap.
7 Ogos 2008 at 1:03 am
Salam En Nasron, petang tadi saya cubalah buat tapi saya buat 1/2 kg je(dptlah dlm 30 biji).Lain-lain sukatan main agak je. Saya ingat dah tak jadi dah pasal yis dah expired(tak berbuih pun).peraturan membuatnya saya cuba sedaya upaya mengikutnya. Jadi, lembut dan sedap. Taklah jadi yg macam dekat bakery tu kulit luar licin kekuningan. Lebihan 20 biji saya goreng sekejap ala kadar saja, toskan minyaknya dan simpan dlm bekas plastik seterusnya ke peti ais. Untuk digoreng kemudain hari. Nak tanya ni, bagaimana pula cara En Nasron simpan lebihan(ala-ala buat stok gitu).
Saya pernah buat donut beberapa kali,tapi tak sesedap ni. Terima kasih.
8 Ogos 2008 at 10:05 pm
Encik Roy yg dihormati,
Err mana ada donut yg kulit luar dia licin kekuningan. Ni mesti salah tengok tu. Kalau kulit luar bun atau roti memanglah boleh jadi macam tu. Senang jer nak buat dia. Awak sapu jer dengan kuning telur masa nak bakar / masak dalam oven. Tu jer rahsia dia.
Kalau donut, kulit luar dia sama jer. “Kuning2 taik gigi” jer kaler dia.
Awak nak buat bisnes frozen food ke? Teknik awak buat stok tu dah betul la tu. First goreng ala kadar jer. Lepas tu toskan minyak. Then, masukkan dalam bekas dan letak dalam freezer. Kalau nak goreng balik, kena biar dia defrost dulu. Tu jer la sedikit ilmu dari saya yg tak pandai memasak ni.
Donut ni boleh juga dibuat roti bun. Tinggal tambah jer gula lebih sikit, biar manis sket. Lepas buat doh, sapu kuning telur atas dia dan bakar dalam oven. Suhu… saya lupa… time… lebih kurang 40 minit la agaknya… lupa laa. Awak buat experiment sendiri laa. Senang jer tu…
Selamat mencuba. Jika gagal, cuba lagi dan jangan bom dapur awak ya!
16 Ogos 2008 at 6:57 pm
Encik Nasrun,
Isikan ¾ gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang naik ke bibir gelas.
betul ke pakai susu tepung?
bukan ke pakai gula?
Terima Kasih
Nasron jawab;
Rileks la Fitra… rileks… Jangan tokojut. Bawak bertenang… Tarik nafas dalam-dalam. Sobonarnyo nak pakai gulo atau pakai susu topung, pakai susu cap junjung… semuoooo buleh.
Kenapa? Mengapa? Sebenarnya susu atau gula tu adalah sebagai makanan kepada yis / ibu roti tu agar dapat berkembang biak. Ni benda sains, kalau nak tahu lanjut terpaksalah awak masuk sekolah balik. Huhuhu.
17 Ogos 2008 at 12:21 am
Awak lah yang rileks,apa nak melenting ni..
saya ingat awak tersalah taip,itu jer…..
Bukan apa,
saya test air suam,gula dan yis ok jer berkembang,
saya pakai air suam,susu tepung dan yis,huh..tak berkembang langsung(ingatkan yis yang problem),padahal guna yis Mauripan dalam peket yang sama.
cuba tengok ini,
http://www.sciencebuddies.org/science-fair-projects/project_ideas/MicroBio_p005.shtml
Nasron jawab;
Ehhhh… saya melenting? Tak lahhh… Huhuhu. Maaf banyak2 kalau telah membuat awak menyangka saya melenting.
Benda2 macamni saya buat dengan happy. Tak de kena mengena dengan melenting, melompat dan memanjat. Agogo ada laa…
Sebenarnya, saya pun dengar cakap orang juga. Cikgu saya cakap kalau letak susu tepung lagi cepat naik. Letak sikit jer. Bukan letak macam nak buat air susu. Selama ni saya buat jadi. Saya buat pakai susu anak saya. Siap ada probiotik lagi. Hehehe.
Tapi pakai gula pun memang jadi. Sebab saya pun buat juga pakai gula.
Walau macammana pun tentu ada sebabnya awak buat pakai susu tak jadi. Iya tak? Tapi saya tak tahulah jawapannya. Awak tolong cek ya. Kalau dapat jawapan, beritahu kat sini. Biar ilmu ini kita kongsi bersama. Kalau sudi laaa…
p/s: Profesion saya bukan tukang masak, bukan tukang buat roti dan bukan juga ahli sains. Saya juga bukan dokter, loyer, majistret. Saya seorang … tukang makan jerrr. Huhuhu.
17 Ogos 2008 at 12:02 pm
Saya ada sedikit info pasal benda ni. Tak tahu betul atau tidak. Tapi wajar diselidiki. Mengikut kata beberapa orang member yg pernah cuba buat yogurt atau tairu, diorang cakap kadang diorang buat pakai susu tepung tak jadi. Dipercayai berpunca dari susu tepung itu sendiri. Ada jenis boleh, ada jenis tak boleh kot? Tapi kalau buat pakai susu segar pasti menjadi.
Kesimpulan wong deso seperti saya ini ialah, mungkin susu tepung yg telah steril sepenuhnya dan tidak memungkin pembiakan bakteria itu yg menghalang perkembangan yis. Manakala susu tepung anak saya yg ada probiotik itu mengandungi / menggalakkan perkembangan bakteria baik itu membuatkan yis boleh berkembang biak. Agaknya laaa.
Apa pun, sila tanya guru sains anda. Jangan tanya cikgu sejarah, karang pening cikgu tu nak menjawab! Huhuhu.
21 Ogos 2008 at 11:42 pm
Try kali kedua,kali ni pakai belasah je(sukatan agak-agak)
resultnya lagi best/menjadi.Sempatlah simpan stok untuk 4 hari. En Nasron, saya rasa langkah no.7 tu penting.Selama ni saya tak pernah buat macamtu.Tu yg tak jadi tu.
Saya akan sentiasa menggunakan resepi ni.Terima kasih.
22 Ogos 2008 at 8:10 am
saya sebenarnya buat pakai agak2 jer sukatan. ikut gerak hati jer. tak ada la strict betul. tapi step dia memang saya follow abis.
resepi saya ni atas saya tulis setelah buat beberapa kali uji cuba. alhamdulillah, memang ianya sangat puas hati. resepi ni dah saya sebarkan ke keluarga saya sendiri. emak saya paling suka resepi ni.
emak saya pernah buat tak letak margarine atau butter langsung! hasilnya tetap lembut. rahsianya ialah menguli dengan betul dan lama. bantai cukup2 time nguli. waktu menggoreng juga apabila doh dah agak kembang. jadi step2 tu kena ikut betul, kena sabar.
tapi saya tak jamin orang lain buat akan mendapat result yg serupa. rezeki masing2 la. apa pun, lebih baik mencuba sesuatu yg baik daripada tidak mencuba langsung. at least kita dapat satu pengalaman secara langsung, bukan daripada mulut orang lain. you can see it, touch it and feel it!
21 September 2008 at 8:07 pm
saya nak try resepi donut ni esok..tgk jadi ke tak…
25 September 2008 at 10:36 am
en nasron!
semalaman saya tgu donut saya menjadi atau tak…mula mula buat adunan donut,doh tak menjadi..lembik semacam..ingat nak buat 1/2kg je..lembik punya pasal terpaksa buat 1kg..ingatkan dah tak jadi dan..tapi syg membazir..cuba dan cuba lagi..baru la adunan saya tu jadi doh!kelakar…hahhahhah…dan akhirnya menjadi juga selepas di goreng dan di makan mmg sedap..huhu saya ingat mmg tak akan menjadi…jadi jugak akhirnya…balance simpan dlm peti sejuk..
26 September 2008 at 6:32 am
@ JauharatuDini
Setakat ni semua yang membuat donut ni akhirnya menjadi. Tapi kalau nak menambah pengalaman, bolehlah cuba adjust-adjust resepi ni mana-mana yang patut.
Selamat bereksperimen!
@ Semua Pengunjung Blog Ini
Selamat Hari Raya Aidilfitri/Idulfitri, Maaf Zahir/Lahir & Batin.
26 September 2008 at 2:04 pm
banyak sgt la 1kg tepong
boleh tak bagi sukatan utk semua bahan tue..tapi utk 10biji donut?
29 September 2008 at 12:53 pm
roti brand mauripan tue ape
30 September 2008 at 3:45 pm
@ arelynn
1 kg tepung pun boleh buat 10 biji donut apa… saiz resaksa laaa
ibu roti brand mauripan laaaa bukan roti brand mauripan.
ibu = emak = bonda = mummy = mom… boleh ganti ibu roti jadi emak roti???
27 Oktober 2008 at 1:27 pm
kalau yis tu kita simpan dlm fridge boleh x? mati x yis tu? saya buat x naik langsung.. sbb yis tu saya simpan dlm fridge ke?
27 Oktober 2008 at 5:49 pm
@ ida
mmm… saya tak pasti dia mati ke tidak. cuba bawak hospital, biar doktor cek!
20 November 2008 at 11:03 pm
Kalau 1kg tepung boleh dapat 70 biji,berapa harga sebiji yg kita boleh jual dan boleh dapat untung.
20 November 2008 at 11:13 pm
@ nazlan
bro, kena tengok saiz dia jugak. 1kg tepung boleh buat banyak atau sikit tergantung saiz dia. harga awak kena adjust ikut saiz ler.
sendiri harus pikir sebab saya tak bisnes jual donut. hehehe.
26 Januari 2009 at 5:50 pm
salam……….
sila baca buku akta makanan utk keterangan lanjut!!!
guna yis segera jenama mauripan……..
makanan utk yis…….. gula, protein & kelembapan!!!
nk lbh senang, first step gaulkan smua bhn kering!!! kecuali garam……..
23 Mac 2009 at 11:47 am
saya rasa donut saya sangat sedap laa..tp macam mana saya nak meluaskan pasaran donut saya yang sedap nie haa?dan lagi satuh..saya mmg kedekut sket klu org nak amek donut saya dengan free..sbb saya bwat donut smuanya dengan menggunakan duit saya time saya keja basuh pinggan di satu restorn di tmpat saya.sekian gracias!
23 Mac 2009 at 11:52 am
sy ada masalah sket sebenarnya..tp sy segan laa nak bgtaw sbb bnda ini menjijikkan..hurmm,,,(pikir99) xpewlaa..sy dah pikir 99kali..sy luahkan jgak laa apa masalah sy nie..last weekend,sy makan donut di kedai pak penawe..sy sampai rumah jew sy trus rsa nak cirit tembak..sy nak tnya pada korang,,knapa donut ni xtahan lama haa?hurm,,
23 Mac 2009 at 11:59 am
its so nice word..cirit tembak..i want to meet u..
23 Mac 2009 at 12:01 pm
actually,i have got a problems how to eat donut,mayB someone can teach me how to eat donut because i have never seen the donut before.thanks.
31 Mac 2009 at 8:03 pm
salam..
sy ade beli sejenis kueh yg dalam nye hotdog yg dililit dgn ‘sesuatu’ yg sy rase dr doh donut sbb makcik tu jual goreng pisang, donut ngn hotdog tu je..so mesti dia nk jimat budget pakai doh donut tu je..tp dia xdela sekembang dan sebesar donut tu tp rase dan lembutnye same..cmne nk buat cmtu?xyah letak yis ke?sy nak sgt buat cmtu sbb sy jauh diperantauan….kene buat kueh sendiri la klu nk mkn…huhuhu
26 Jun 2009 at 11:44 am
saya ingin tahu berapa ringgit buku resipi ini
30 Oktober 2009 at 4:46 pm
donat ape yang paling sedapppppppppppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
5 Disember 2009 at 4:31 pm
askum…ari ni teringin nk buat donut…xtau nak buat sebenarnya…dulu, pnh la buat…ari ni cube seabrh kat tenet..jumpa la resepi cik Nas ni…tp sy try buat x sampai sekilo, sb mauripan pun x sampai 11 grm, mls nk pegi kedai beli…so, sy main agk2 la…x tau la tu jd ke x…tgh tgu mengembang tu..mintak2 jadi la yer,,tQ 4 the receipi
18 Disember 2009 at 12:21 am
salam bro nasron
saya nak tanya cam mana kekal donat yang lembut selama beberapa jam ? pas bubuh gula donat terus keras …..so boleh tips sikit tak ………
21 Disember 2009 at 12:59 pm
En Nasron,
donut pada dukin donut tu sama ke cara resepi dia?
16 April 2010 at 1:41 pm
malaysia bagus
18 April 2010 at 12:53 am
Memang sodap
13 Mei 2010 at 8:12 am
salam….bestnyer first time buat donutku very the lembut n sedap sekali..tqvm nasron …reswpi u mmg classs gituw.
26 Mei 2010 at 6:13 pm
Pusing Banget ya Bahasa Malaysia itu……
Bang Nasroen ngejawab : ya kalo pusing minum oskadon ajah kek, bodrex juga bisa… asal jangan minum autan apa soffel ya… bisa langsung ketemu malaikat… hehehe
14 Jun 2010 at 10:07 pm
thanks 4 the resepi… first time bt donut,mmg tk jd.. liat gla… bla cuba resepi ni trus bt 1kg tepung…dh la utk jamuan penting pla 2… syukur la mjd jg… dpt pujian suami tsyg pla 2… happy gla time 2… huhuhu
15 Jun 2010 at 12:57 pm
memng sedap la donut dengan cra ni…. senang pula tu…
16 Jun 2010 at 11:24 am
saye dh twu cmne nk wt ni!!!
16 Jun 2010 at 11:25 am
sbb ade resepi 2!
🙂
16 Jun 2010 at 11:26 am
😡
16 Jun 2010 at 11:26 am
hahahahahah
16 Jun 2010 at 11:27 am
😦
16 Jun 2010 at 11:27 am
(^^^)
17 Jun 2010 at 8:46 am
laparrr lakkkk tgk donut neee….
20 Julai 2010 at 8:41 pm
mauripan tu apa ek
20 Julai 2010 at 9:17 pm
mauripan itu sejenis kayu asal jepun. digunakan oleh oshin sewaktu menggembala kambing.
16 Ogos 2010 at 11:50 pm
salam, saya kat australia xde mauripan, guna yeast je. tapi sangat best resepi nih 😉 terima kasih banyak-banyak.
20 Ogos 2010 at 3:26 am
liyana mauripan tu nama brand ibu roti…sejenis yis….xkisah nak guna apa2 brand janji yis…..
20 Ogos 2010 at 3:30 am
thnkz en nas…harini hubby minta buat donut n nak try carani….dah mcm2 versi resepi donut saya try tp xada sedetail stepni….arap2 lbh sedap n mengancam……cuma sayani kurang skill membentuk doh bulat sbb xda pencetak donut….nnt nak try guna alternatif en nas pakai gelas plak….makasih…salam ramadhan……
20 Ogos 2010 at 3:31 am
jgn tnya kenapa pagi2 buta dah beremail……..hahahaaa tgk game liverpool…temankan hubby sambil2 cari resepi donut yg pasti menjadi, jumpa gak ni…….
20 Ogos 2010 at 9:46 pm
alhamdulillah….berjaya buat donut yg sedap dr resepi2 sy sebelumni…makasih en nas…….suami tersenyum bangga….
20 Ogos 2010 at 10:42 pm
kepada semua yang telah mencuba dan berjaya membuat donut yang sedap dan lembut, tahniah saya ucapkan.
terima kasih kerana telah sudi bertandang ke blog yang tidak seberapanya ini.
terima kasih.
4 September 2010 at 8:43 pm
salam…
terima kasih kerana berkongsi resepi donat yang mudah ni..
saya da cuba buat donat..semua ok…cuma bila nak goreng, ambik donat tu dari tray je bentuk cantik dia berubah…hasilnya bentuk donat saya jadi tak cantik walau rasa sedap…camna ye nak kekalkan bentuk bulat donat lebih2 lagi ketika nak menggoreng?terima kasih…
15 September 2010 at 4:29 pm
klako btl la bca komen2 abg nih.. ha3
resepi y best+menarik & nice blog.. (^_^)
p/s: klau wt donut, letak kentang 3 4 biji y tlh direbus (blend hancur) pn sedap gak.. resepi dr kwn pny mak (mak kwn sy), hehe..
18 Oktober 2010 at 11:57 pm
SALAM…DAH BUAT RESEPI NI… …bila anak2 mkan laju memang ****…bila di baling k lantai mesti*******….tukang makan yg paling jujur…betul kan bang nasron pun tukang mkn profesional sampai pandai sangat cipta resepi…k…thanks
22 Oktober 2010 at 6:01 pm
kenapa donut saya mengurutu,padahal sy dah gunakan pencetak yg sesuai.
26 Oktober 2010 at 9:42 pm
lawakla baca komen2 ni..i nak share la resespi abg nas ni…mggu ni donut di hatiku.smpi t’mimpi2 nk makn donut.
30 Oktober 2010 at 3:04 pm
sy dh try buat donut ikut resepi en.nasron..tp sy buat 1/2 kg je…bila wat 1/2 kg, bhn2 lain pun sy cut separuh gak le..sy pakai pencetak kecik, tp bila kembang mcm tak solid, x licin ada bonjol2. bila dah makan yg luar tu ala2 crispy tp yg dlm tu boleh la kata gebu. apsal ye jd bonjol2 x licin…
5 Disember 2010 at 4:35 pm
tq ye..ayah sy suka sgt2 donut..slalu dia bli je sb sy dh try buat tp donut sy keras kong..bling kucing pun ble tergeliat tengkok dia…..t sy cuba klu jd sy inform..
17 Disember 2010 at 7:41 pm
saya dah cuba resepi ni…sedap..lembut je..thanks en.nasron.. sgt suka..len kali ley wat lagik…
24 Disember 2010 at 5:43 pm
resepi sy same mcm awk..
sy mengguna kan susu tepung agar donut sy lbh sedap dan lemak.. mesti sy akan cube resepi awk..
tp sy x biasa mnggunakan mauripan..
sy lbh suka menggunakan yis basah kerana ia cept naik dan lbh gemu dr mauripan..
sy ni suka benda yg cepat..
kalu sy menggunakan mauripan.. ia akan mengambil mase yg agak lame.. dan membuatkan sy bosan dan mengantok.. hehehehe….
2 Januari 2011 at 3:37 pm
Bkn simple lg dah
cara ni…. ada lBh simple lg…. mana ada donat msuk gula… soda…. tak leh pakai…..
25 Januari 2011 at 11:34 pm
santai btullh buat dounat ni…husband & anak2 pn suka trima ksih abg nas
30 Januari 2011 at 1:57 pm
salam..ari ni nk cuba wat donut,nk anta kt mesjid….hrp2 mnjadi
1 Februari 2011 at 4:53 pm
salam.
sejujurnya, saya tak pandai masak dan saya tidak minat masak tp minat makan hehe… satu petang saya ternampak dan terus klik blog ni sbb teringin mkn donut buatan sendiri. slalu saya beli di big apple donut kat tesco aloq staq ni atau dunkin donut atau donut gerai yg makcik2 juai tiap2 pagi di kuala kedah je.. saya dah cuba resepi yg ditemui dlm blog encik ni..mak ayah saya puji sbb depa jrg merasa masakan saya, saya btugas di tmpt yg jauh, so kdg2 ja balik kampung.
saya buat kelainan skit. pas siap donut tu saya boh hershey’s chocolate’s syrup..mmg sedap! tak payah nak masak coklat bar lagi terus picit dan satu lagi…taburkan kacang panggang di atasnya >.< sedap and speechless…
saya tak percaya yg saya sendiri buat semua ini.
apa2pun terima kasih en.nasron. best!
terima kasih sudi share resepi. may Allah bless you.
12 Mac 2011 at 5:01 pm
bleh x gtau sy resepi wat topping coklat utk donut
16 Mei 2011 at 6:13 pm
hm…saya suka resepi ini….kalau ada baru buat donat yang baru saya mahu buat lagi 🙂
10 Jun 2011 at 1:28 pm
tak sedap pun
11 Jun 2011 at 11:20 pm
agung ni mesti mamat indon…
12 Jun 2011 at 8:57 pm
thank.
12 Jun 2011 at 8:59 pm
thank.sbb awk sye dpt wat donat.awek bek…uuumuahhh.sye syg awk
16 Jun 2011 at 2:25 am
mantab infony
19 Jun 2011 at 6:53 pm
Saya dah cuba buat tapi,selepas digoreng,donut saya keras sedikit dan tidak lembut…Malah sewaktu proses menggoreng,warnanya sangat kecoklatan seakan2 hangus…Isi di dalam belum pun masak..bagaimana boleh berlaku situasi ini? harap dapat beri nasihat ke nadia.nazaruddin@gmail.com
terima kasih..
19 Jun 2011 at 10:11 pm
adik manis bikin donut keras? hangus? hiks hiks hiks… kesian…
itu semua adalah COBAAN… jangan putus asa adik manis… cuba lagi… buat seperti cara2 yg telah di ajarkan dannnn jangan lupa baca semua komen2 untuk mendapatkan maklumat tambahan…
semoga berjaya… adik manis, meeeeemang manissss…
22 Jun 2011 at 6:19 am
klu xde majerin cmne? adew choice laen x?
29 Jun 2011 at 11:45 am
SALAM..saye dah cube dah wat donut gne resepi ni ..tpi sye gne yis brand lain..heheh sebab tu je ade kat umah..lame gler saye tunggu dia naik..hahah..naik skit aje…tpi overall sedap n lembut …cume saye nak jugek 70 biji…hahaah..ni dpt 40 biji je…tq ye resepi awak…
28 Julai 2011 at 6:01 pm
salam kenal,tips2nya sangat berguna..terim ksh
6 Ogos 2011 at 1:31 pm
salam kenal boz dan trima kasih infonya
6 Ogos 2011 at 5:19 pm
salam…kalu kita guna mauripan, memang kena bancuh ngan air suam dulu ke?
6 Ogos 2011 at 10:58 pm
lin : air suam + gula
10 Ogos 2011 at 12:49 pm
slam……nk tnye spe2 yg bly tlong sy msak ngn sedap…hobi sy suke msak… tp 2 la xtaw
la sdap kew … huhu…
21 September 2011 at 3:19 pm
saya dah cuba dan ianya tak jadi….
21 September 2011 at 3:21 pm
saya dah cuba dan ianya menjadi dan gebu…
4 Oktober 2011 at 12:14 pm
salam en. nasron
Sy ni baru terbaca blog ni n lagi…. bru 1st time nak buat donut sbb ade org suruh buat…ni lah cari punya cari jumpalh resepi ni….klu kite nak bawa esok pagi agak2 pukul berapa nak mula buat. Boleh tak bagitau..@ pun kita buat mlm esok baru digoreng…gitu ke?
4 Oktober 2011 at 3:38 pm
buat malam lepas tu goreng… tapi goreng ala kadar jer… lepas tu tos… besok pagi goreng balik… biar sejuk sikit… lepas tu gaul dengan gula…
pakcik nasron sibuk memanjang… so saya tolong jawabkan… saya dgn dia pun bukan orang lain…
cubalah…
20 Oktober 2011 at 12:31 pm
kpd tuannye blog bagilah resepi yg wat kuih untuk 6 org mkn..xkn smpaai 70 biji..n xkn nk pkai tepong sekg..xpndai nk agak lah..tolong eh?
20 Oktober 2011 at 3:28 pm
dek non…
tuan punya blog dah tak buat kueh lagi dah… dia sibuk beli emas, kumpol emas, main emas, jual emas…
salam dari tuan punya blog….
30 November 2011 at 9:59 am
sian…
30 November 2011 at 10:39 pm
kau kesian dgn pa’chik sarah? mmm… mau jadi menantu pa’chik?
13 Januari 2012 at 12:37 pm
kalu 1/2kg tepung cemane bahannye..sy ni budak baru belaajar..so, kene kurgkan bahan jgk ke
4 Februari 2012 at 2:27 pm
Assalamualaikum En.Nasron.. terima kasih kerana share resepi yg simple ni.. walaupun simple tapi sedap sesangat.. saya dah cuba dan wah hasilnyer… Waallahhhhh..!! seisi family menyukainyer.. thnx bro.. kalau ader lagi resepi bagus dan simple..silalah share agi yerk.. senang nk ikut.. pest time saye cuber terus je jadi..Alhmdulillah.. shukran shukran…. terima kasih kat Encik Nas dan terima kasih Allah.. :).
4 Februari 2012 at 9:51 pm
assalam..,nak tanya…macam mana nak kekalkan lembut pada donat yg telah di goreng tu?biasanya donat saya akan keras selepas 2-3 jam digoreng tak macam donat yg di beli di kedai.harap en. Nasron boleh tolong nasihat yer…
trima kasih
4 Februari 2012 at 11:10 pm
zhu : kau kena ejas sendirik la… pa’chik matematik ni bukan pandai sangat, kalau ilmu hisab pa’chik tau laa…
yasua : wa’alaikumussalam… alhamdulillah menjadi donat awak ya… kalau macam tu sebar-sebarkanlah ilmu Allah ni… semoga ramai yg mendapat manfaat darinya… awak pon dapat pahala… pa’chik pon dapat… boleh buat bantu2 pa’chik waktu dalam kubor nanti… maklom, pa’chik dah tua…
nurull : wa’alaikumussalam… soalan kau tu pa’chik tak pandai nak jawab la… sebab pa’chik bukan chef… pa’chik cuma seorang tua hensem di kaki gunong jer… alaaa nurulll, kau buat jer sebijik macham resepi pa’chik, insya’allah bukan setakat 2-3 jam, malah 2-3 hari pon masih lembut… lembut cam sotong… auwwww…
5 Februari 2012 at 5:35 pm
anyway thanks.saya akan cuba pulak resepi mcm kat atas tu.
7 Februari 2012 at 9:55 pm
terima kasih pa’chik kerana jwp semua komentar kami.. jarang sekali nak dpt pemilik blog yg “mesra alam” mcm pa’chik ni..hmm sgt teserlah keikhlasannya di dalam hati.. terima kasih.. sekali lagi.. InshaAllah apa yg yasua dpt di blog ilmu ini akan di kongsi2kan bersama sahabat ukhuwah yg lain..InshaAllah.. ( sang kancil yg kerdil 🙂 )
19 Februari 2012 at 11:13 am
tak sabar nak cuba…
26 Februari 2012 at 2:31 pm
seronoknye bukan maen sy nak buat donat..terima kasih en nasron kite yea sharing resepi donat ni..
26 Februari 2012 at 10:08 pm
Nurull, Yasua, Duriah Sulong dan Datin Zaza yang di-hormati,
Terima-kaseh kerana sudi menjengok blog dan resepi chara-chara membuat kueh donat. Resepi saya itu tidak-lah sa-bagus mana pon. Saya ini hanya sa-orang tukang makan sahaja. Jarang-jarang sa-kali memasak, selalu makan sahaja. Sa-moga puan-puan semua berjaya membuat kueh donat ter-baek yang enak untok di-makan bersama keluarga yang terchinta.
Terima-kaseh sa-kali lagi.
28 Februari 2012 at 10:11 pm
sama2 kaseh yer pak a chik Nas… hehe..betul2 lawak ler pakchik ni..best yasua suker semua yg ader kat dalam blog nih..dari cerita ceritunyer laa.. lagu laginyer laa.. komentar komentarnyer laa..dan segala-galanyer la pakchik.. nanti menaip lagi yer pakchik..kali ni..berilah kami petua mcmana nak didik anak supaya solehah dan soleh yer pakchik.. terima kasih bebanyak yer.. 🙂
28 Februari 2012 at 10:56 pm
yasua
ye la, ye la… nanti pa’chik tulis lagi… 🙂
13 Mac 2012 at 3:07 pm
Payah gak nak buat sebenarnyee.. Tngk cara2 buat nyee adoiiii..:!!..:((
15 Mac 2012 at 11:15 am
wah…ramai jugak rupanya pengemar donut ye…saya harap saya pun dapat buat donut yang sedap dengan gne resepi en.nasrun.tq…
12 April 2012 at 2:49 pm
Best jugak buat donat ni!!!!!
12 April 2012 at 2:50 pm
Tapi cane nak tukar gambar
25 April 2012 at 12:18 am
salam kawan2 n pakchik nasron.. aslnya saya cari resepi utk cendawan goreng sbb baru nk bisnes cndawan, n alternatif cndawan goreng.. resepi ke2 yg saya tertarik ialah donut.. menarik.. lagi menarik, tgk komen yg macam2 n melucukan yg amat.. ehhee.. ade yg kate hangus la, gaduh pasal susu la, ape la.. hehe.. yg hangus tu, cuba goreng dgn api sederhana, jgn plak macam nak masak air guna dapur, main api plg besar plak, angus la dia.. susu tepung tu, logik la ade probiotik (kununnya sy blaja mikrobiologi kan)..huhu.. blm try lg buat donut, cuma saya penah buat ‘roti goreng’ aka pau goreng.. saya main agak2 je, mcm sy masak, dia mcm ade unsur ‘kasih sayang’ n ‘ikhlas’ gtu… bru jadi.. tepung tu kena la uli lame ckit, rasenye makin lama uli, mkin cntik n lembut la.. gula tu msuk ckit agak2 manis ckit je, sbb gula tu buat roti jadi ‘berat’ n susah nk naik.. stiap kali first trial sy masak sesuatu, syukur la mnjadi.. sbb bg saya msak ni kena ade seni n imagination yg tggi..huhu.. oh ya, roti akan lmbut kalo taruk telur.. unsur protein utk makan incik yis tu.. n cairkan/larutkan yis dgn air suam, bukan air panas, cian incik yis kena siram air panas, mati la dia.. uhuk.. sekian dari saya.. slmt mncuba sume.. 🙂
29 Mei 2012 at 11:45 am
Sy dah m’buatnye… Mmg sedap.., lembut dan gebu.. Now dh ada p’mintaan. Alhmdulillah, n terima kasih atas resepi yg d beri…
29 Mei 2012 at 7:32 pm
Dh lama sy cari resepi donat yg betul2 sedap n lembut. Alhamdulillah… Menjadi sy buat, semua m’muji n smpaikan ada p’mintaan. Apa2 pun trima kasih sgt atas p’kongsian resepi… Moga murah rezeki.. 🙂
30 Mei 2012 at 1:17 am
alhamdulillah ramai yg telah berjaya membuat donat yg sedap dan lembut… samoga tuan2, puan2, saudara dan saudari terus berjaya di dunia dan di akhirat…
31 Mei 2012 at 3:01 pm
Sangat membantu
1 Jun 2012 at 8:48 am
saye nak tau banyak mane air yg nak digunekan tu? lebih kurang 1 cwn ker…
14 Jun 2012 at 7:54 am
thanks la slama ni buat tak pernh la jadi mesti keras mcm batu ni nak
cuba sbb su suka mkn donut
27 Jun 2012 at 9:33 am
assalammualaikum……..thanks coz sudi share the resepi….slalu tnya toke yg pro dia cm kedekut ilmu…byak kerugian tepung je slama ni…kali ni arap jd la….all the commet major yg positif…
6 Julai 2012 at 7:15 pm
susahlah nak buat tapi resepi donut saya lagi simple dan sedap
6 Julai 2012 at 7:16 pm
susahnya tapi resepi donut saya lagi simple dan sedap
9 Ogos 2012 at 12:55 am
1 kg = 70 bijik pencetak yg besar tapak tangan ke kecik skit?
so kalau nak separuh kira smua bahan kena separuhkan ukuran ker?
6 September 2012 at 3:29 pm
Kalo kte letak susu pekat pganti susu tepung boleh x?
6 September 2012 at 3:32 pm
Then siap di uli kte buat doh dan pencetak nyer buat bulatkan dan cucuk tengah utk buat lubang..
13 September 2012 at 9:51 pm
saya pun nk try la…
21 September 2012 at 9:35 am
salam..bro,,sy br nk cube respi donut nie..nk tnye lg mcm mane saye nk insert filling dlm donut..yg dh siap terap rupe buger..adakah saye kn cucuk muncung piping beg ke dlm perot donat burge tu?ke de cr lain plzzzz jwb
23 September 2012 at 1:17 pm
Kelakr la seme cite2 n penglaman dlm ni..pape pun resepi ni best n mudah pd sya.yg ssh cuma nak uli byk kali..huh letih nak tunggu..dah lma nak buat donut asyik xjadi..klau bleh,tlg la bg resepi utk wat kuih keria lak yee..suka masak tpi slalu xjadi n xsedap..hukhuk
24 Oktober 2012 at 5:41 pm
tq..info yg bagus untuk sy yg baru belajar buat donut..pernah buat tp x jd..
4 Januari 2013 at 2:40 pm
Doh donut sy tak kembang2 …huh keciwa nya… ms yis+air suam perlu ke sy tunggu sampai yis tue berbuih atau trus campur ke dlm adunan tepung+gula+garam dan bhn2 lain??
4 Januari 2013 at 4:01 pm
cik lieza… air suam + gula ler… bukan air suam aja… 🙂
14 Mac 2013 at 6:25 pm
salam,,saya dah cuba bnyk kali resepi ni,,sgt sdp,,tapi saya meniaga donut..sya buat waktu malam dan esok tu baru goreng, tapi bila goreng donut esoknya dia xnaik sgt n tekstur xcntk sgt,,kat sini sye nak tnye boleh ke simpan doh semalaman tanpa letak dlm freezer? sye dok uma sewa n msh study n xde freezer pun kat rumah sye,,or ade tip2 yg boleh membantu?
24 Mac 2013 at 3:26 pm
saya dah try resepi ni…sedap n lembut sgt…hehe..tq ye…
7 April 2013 at 8:50 am
belum mencube lagi..tapi insyaallah petang karang nak buat
20 April 2013 at 2:44 am
saya memang tercari2 resipi donut yg simple tp sedap…tq to share resipi,esok nk try wat…
1 Mei 2013 at 10:30 pm
salam,
nak tanya,,,boleh bancuh malam keesokkan pagi blh goreng ker..??
masih lembu??
1 Mei 2013 at 10:33 pm
silappp la masih lembut ker kalau bancuh malam sok pagi baru goreng
17 Disember 2013 at 10:19 am
nanti lh sye buat respi donat awk tu klu jdi mujur sye takut jdi serupe tayar kereta sodok
26 Januari 2014 at 9:01 pm
[…] Cara Membuat Donut Yang Simple Dan Sedap | Apabila Nasron … […]
16 Ogos 2014 at 5:19 pm
Saya pnh buat donut dh dlu.rupa mmg cntik molek tpi bla mkn gigi tokwan pn bleh trus cbut.agak liat skt.nti saya nk try recepi ni plak.
12 Februari 2015 at 10:15 pm
[…] Cara membuat donut yang simple dan sedap | apabila nasron […]
12 Mac 2015 at 1:40 am
[…] Cara membuat donut yang simple dan sedap | apabila nasron […]