Koleksi Lagu-lagu Ahmad Jais


ahmad-jais

Assalamualaikum semua. Lama sungguh saya tak mengupdate weblog ini. Bukan lupa, cuma tak ingat… ewahhhh, macam lirik lagu la pulak. Sebenarnya saya sibuk la. Kerja banyak, maklum ler, kuli… Entah bila dapat jadi boss…

Untuk mendapatkan lagu-lagu lama Ahmad Jais saya pun rembat pinjam vcd karaoke bapak saya yang cover nya pun dah hilang entah ke mana. Saya malas cari lagu-lagu itu di internet sebab biasanya kualiti audionya longkang tak baik. Kebetulan saya dapat curi ambil satu software free di internet yang boleh convert vcd atau dvd ke mp3, maka tanpa tanggungjawab segan silu saya pun mengcopy la vcd itu. Kualiti audio mp3 setelah convert sangat baik. Memang best kat telinga. Mendengar lagu-lagu tersebut membuatkan saya jadi terkenang zaman main lari-lari sembunyi bawah pokok dulu. Hehehe. Setelah menconvert, maka saya pun upload ke savefile.com untuk dikongsi bersama. Tapi ingat, ini untuk diri sendiri aja tau, tatak bole juai ooooo. Manyak salah ooooo!

Lagu-lagunya tak banyak, namun dari rakaman dahulukala asli yang kebanyakannya dari album tahun 1974. Saya tahu ramai dikalangan pengunjung blog ni belum tumbuh gigi lahir lagi. Mak bapak korang Ibu bapa andalah yang dengar lagu-lagu ini pada zaman itu, ya tak. Mungkin juga tok nenek anda mempunyai nostalgia tersendiri bila mendengar lagu-lagu tersebut. Tapi, apa salahnya generasi muda dengar lagu-lagu lama, ya tak? Evergreen lagu tu, best… cubalah dengar!

Inilah lagu-lagu evergreen abang Mat… eh, sekarang dah Dato’ laa… ya Dato’ Ahmad Jais! Klik dan download.

  1. Ahmad Jais – Azizah
  2. Ahmad Jais – Bahtera Merdeka
  3. Ahmad Jais – Gelisah
  4. Ahmad Jais – Indahnya Dunia Hatiku
  5. Ahmad Jais – Jangan Ditanya Bila Ku Berdua
  6. Ahmad Jais – Kucupan Azimat
  7. Ahmad Jais – Lima Tahun Ku Cari
  8. Ahmad Jais – Menanti Di Ambang Syurga
  9. Ahmad Jais – Mengapa Tiada Maaf
  10. Ahmad Jais – Mengharap Sinar Menelan Kabus
  11. Ahmad Jais – Mengikat Janji (Duet Dengan Rafeah Buang)
  12. Ahmad Jais – Sumpah Setia
  13. Ahmad Jais – Umpan Jinak Di Air Tenang

PERINGATAN PENTING
Lagu-lagu mp3 yang dimuat turun/download hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album asli/original artis berkenaan bagi menyokong artis tersebut dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak. Cetak rompak adalah satu jenayah!

64 Respons to “Koleksi Lagu-lagu Ahmad Jais”

  1. demang Says:

    mmg belum lahir lagi pun! huhuhu.. welcome back anyway! heheh..

  2. shafifah Says:

    Ceramah’ Penerang Akidah’.20hb Nov selepas solat zohor.di Masjid Universiti Islam Pahang (UMP):Syeikh Dr Salim Ulwan(Mufti Australia)
    Ceramah’ Penerang Akidah’.20hb Nov selepas Isyak.di Pondok Darus Salam Kuantan:S Dr Salim Ulwan(Mufti Australia), Muslimin & Muslimat dijemput hadir

    http://pondokhabib.wordpress.com

  3. maman Says:

    betul 2. saya pun belum lahir lagi. saya dah terlalu banyak mendengar lagu2 moden. tapi bapa saya selalu pasang lagu ni di rumah. malangnya semua lagu2 yang dia ada dalam bentuk VCD & kaset. tiada yang dalam bentuk cd. dia suruh saya mencari lagu2 ni di internet. walaupun saya gitaris band metal, tapi tak semestinya tak boleh dengar lagu evergreen kan?malah lagu P Ramlee pun sedap didengar.

  4. pa' man Says:

    lagu2 lama memang sedap didengar dari dulu sampai sekarang – evergreen.

    saya drummer band stainless steel. ahaks!

  5. irwansyah Says:

    trima kasih tak terhingga buat bapak!, atas lagu-lagu nya.smoga jaya trus musik melayuu!. wassalam…(MEDAN- SUMATERA UTARA-INDONESIA)

  6. ifa_conan94 Says:

    assalamualaikum..lagu zaman2 ibu dan bapa saya ini sedap didengar dek halwa telinga. walaupun saya masih lagi di peringkat menengah rendah ni yg org kata lom matang lagi bab2 musik tanah air ni tapi lagu zaman2 dahulu inilah yg terus mendampingi saya. bagi saya..tanpa yang lama siapalah yang baru skrg nikan. salam..

  7. wans Says:

    nak request lirik lagu dato ahmad jais…
    tajuk – mungkin bersama…
    ingat nak masuk competition laa…..
    mintak tolong….

  8. hafiz Says:

    nak lagu dengan lirik dato Ahmad Jais – mungkin bersama..
    nak memeriahkan pertandingan klasik 2009
    mintak sangat2 sape2 boleh download lagu tu..
    terima kasih..

  9. zaihasra Says:

    terima kasih kerana menyediakan lagu-lagu lama yang saya minati.
    semoga web anda akan terus maju…….

  10. Prince47 Says:

    Assalamualaikum saya baru lagi melawat laman web saudara,
    memang bagus sebab saudara ada laman web yang menyediakan lagu2 lama. tapi saya harap sangat jika saudara ada lagu ahmad jais, tajuknya mungkin bersama.

    Terima Kasih.

  11. taker Says:

    bro tolong .mana nak download lagu sejuta bunga by jaafar osman?

  12. Johan Salleh Says:

    Bagus laman web ni. Baik sekali.

  13. Shan Says:

    Selain lagu-lagu T.S. P.Ramlee,lagu-lagu D.Ahmad Jais menjadi pilihan dan kegemaran saya kerana melodi yg menarik dan kemerduan suara mereka.

  14. nini Says:

    maafla sy x pernah dengar pn lagu2 beliau dan klu dengar pn x tau beliau yg nyanyi

  15. pokcik sarjana pencen Says:

    nini si intan payung,

    memanglah nini tak pernah dongarr lagu2 mad jaih. mad jaih tu penyanyi dah tuo. zaman gemilang dio dah abiss. dio dah tak buleh nyanyi2 lagi. dah tuo2 ni dio lebih suko ngaji qu’ran.

    dulu maso mudo2, siapo tak kenal mad jaih memang gilo. lebih gilo dari orghang gilo. sobabnyo orghang gilo pon konal mad jaih. dari hang kobun, sampailah hang nak pergi mana, semuo kenal mad jaih.

    cubo tanyo kek bapok, mok, tok ko nenek, kalao2 mereko konal mad jaih. siapo tau, nini amo mad jaih tu sedaro.

    ginilah, pokcik pon banyok kerjo. nak ngasah pensel dulu. kojap lagi nak gi ngajar nih.

  16. lash Says:

    bagus lah ada website mcm ni. peminat2 lagu lama terutama peminat ahmat jais leh dgr n dwnload lagu2 kegemaran mereka. memang menyenangkan. thnk 4 u’r hardwork. really appreciate it.

  17. akku Says:

    salam, saya nak download lagu ahmad jais – menanti di ambang syurga.. tapi xleh laa en.. hmmm tolong saya leeeh ?

  18. kamal kapar Says:

    terima kasih saudara. bukan senang nak carik lagu datuk ahmad jais kalau tak betul2.. tahniah saudara krana tolong peminat cam kami carik lagu datuk ahmad jais.

  19. Norfadilah Says:

    Nak mp3/audio lagu ahmad jais tajuk “silesong pipit”

  20. Norfadilah Says:

    pernah dengar tak lagu ahmad jais & the antartic tajuk “silesong pipit”..?. bleh x dapatkan lagu tu dlm bentuk mp3/audio..? saya ambik dari youtube tapi audio tak clear.. tq

  21. adeeba Says:

    salam…thanks awak sbb lagu2 evergreen cam ni sedap di dengar membuai perasaan..tp nape xde lagu asli dr ahmad jais cam tajuk makan sireh ..selasihku sayang..

  22. muhammad hasbie Says:

    tks, saya sangat2 suka lagu2 Dato’ ahmad jaiz… tks

  23. m nazar Says:

    tq pasal lagu2 lama semua best giler

  24. Shan Says:

    LaguSejak Kita Berpisah nyanyian D.Ahmad Jais amat menyentuh kalbu saya.Kalau saya berseorangan mendengar lagu tersebut,berlinanglah air mata saya.Kalau rajin cuba anda amati lirik lagu tersebut.

  25. UMI INA Says:

    mekasihlah encik nasron suami saya memang
    minat giler dengan alunan suara datuk ahmad jais ni
    teringat kembali nostalgia zaman kanak2 dulu

  26. warispatinggi Says:

    salam hormat,
    apa yang saya tau datuk mad jais ni berkawan dengan almarhum s effendi (penyanyi klasik agung Indonesia). Banyak juga lagu-lagu S effendi dirakam dan nyanyi semula oleh datuk mad termasuk lagu duet mereka misalnya :
    jumpa mesra (pernah juga dinyanyi semula oleh Allahyarham m sarif dan s jibeng)

    si buyung
    potong padi
    dan sebagainya
    sememangnya lagu s effendi punya pengaruh tersendiri di nusantara dan datuk mad pula punya stail sendiri

  27. arshid Says:

    lagu2 dato yang paling saya suka semuanya ada dalam laman ni

  28. arshid768 Says:

    mula2 dengar lagu dato masatu bulan puasa lagu raya dato mendayu dayu itu masa kecik2 dulu masa tu umur belum sekolah lagi.sampai sekarang kalau ada kesempatan karaoke kawan akan nanyikan lagu beliau.Kawan memang minat gila lagu2 beliau @ Azizah,Bahtera Merdeka ,Mengharap sinar menelan kabus dan banyak lagi………………oh memang best!!!!!!.

  29. mi Says:

    kalau boleh banyakkan lagi lagu d ahmad jais ni di upload…lagu2 dia sedap dan merdu…

    penyanyi dulu2 kualiti suara memang merdu..sesuailah kalau nak jadi penyanyi..bukan macam sekarang yg entah2 apa punya penyanyi…penyanyi jadi jadian…

    penyanyi s. efendi, ahmad jais, a ramlie, m bakri, rafeah buang, sanisah huri, sharifah aini dan banyak lagi memang ada kelas gitu…

    tahniah…

  30. fahrin idham Says:

    ahmad jais my father artist favourite!

  31. Abdul Latib Senin Says:

    Ahmad Jais ni dulu lagi saya dah kenal…cuma dia je tak kenal aku. Apabila dengar lagu dia aku terkenang zaman kanak-kanak di Seri Medan, B. Pahat. Selalu ada fun-fare dekat dataran Seri Medan (dulu tak ada pun panggilan macam tu…kami panggil padang depan kedai kopi Ong Hoi je.). Waktu tu aku msaih sekolah rendah…nak masuk tak beduit…jadi naik atas lori dan tengok dari jauh saja. Selalulah penyanyi Ahmad Jais…Rafeah Buang…J. Sham…S. Je Beng dan lain-lain lagi. Semua penyanyi tu aku amat minat…iramanya buat aku tenang jiwa…tapi belajar tak mau juga!!!!kah..kah..kah

  32. azar Says:

    Cemmane tuh cik, awak nak ngedownload server not found
    kecewalah saye….. huhuhu……

  33. munandar Says:

    Saya penggemar berat Datuk Ahmad Jais, Semua lagu yang di Up-load sudah saya koleksi, hanya sayang belum semua lagunya dimuat. misal : seribu janji hanya tinggal bayangan, dan masih banyak lagi, tolong dong . . . . saya masih penasaran . . . . terima kasih

  34. eddy boer Says:

    lagu menanti diambang syurga mengingatkan saya pada thn2 65an buat saya lagu tsb tak lekang dipanas dan tak lapuk di hujan……………..i love that song……..

  35. eddy boer Says:

    lagu sejak kita berpisah………..lyrics nya benar2 menyentuh hati…………….100point buat lagu tsb,kartina dahari juga merdu membawakan dgn lagu yg sama…………….

  36. sutera Says:

    …luahan jiwa yg meresap ke kalbu ..mengimbau memori dulu….ayik sungguh alunan iramanya…

  37. sutera Says:

    …akhir2 ni hati tersentuh dgn lagu diambang sore..sejuk senja ku nantikan , namun dikau tiada datang…

  38. bang joni Says:

    saya penggemar lagu2, ahmad jais. tapi ada 1 lagu yg saya cari. judulnya lupa, syairnya antara lain : bilakah hasrat ku tercapai. membangun mahligai asmara. ada yang mau bantu download?
    terima kasih

  39. chickauney Says:

    Hallo Bung Joni… Saya punya lagu yang anda maksud dlm bentuk cassette, cuma saya belum tahu cara memasukkannya kelaman ini. Apakah reff lagu tsb. WALAU PAHIT SERIBU RASA< TAKMUNGKIN KU BERPUTUS ASA,…….. KUTERIMA SENANTIASA. Nanti saya cari tahu cara download. Saya pernah nyanyikan lagu Ahmad Jaiz (Harapan Kecewa) di TVRI, memang cengkoknya/gerenek agak sulit, tapi bisa dipelajari. ( Chickauney-Jakarta Indonesia)

  40. SENIMANklasik Says:

    AHMAD JAIS memang lagenda. Sekarang ni Yang Berbahgia Dato’ Ahmad Jais. Suaranya dan gaya beliau melafazkan kata-kata dalam nyanyian….memang tiada tandingannya. Lengguk dan patah perkataan ketika beliau menyanyi memang akan kekal dalam kenangan memori kita, bahkan jadi ikutan. Nada suaranya tinggi. Sebahagian besar lagu-lagu Dato’ ni kalau kita nyanyikan ikut stail suara A.Ramlie pun….jadi. Setakat ni tak adalah penyanyi klon Dato’ Ahmad Jais ni. Memang dia yang satu. Hanya satu dan kekal satu…….AHMAD JAIS.
    TERIMA KASIH EN.NASRON AL-JAUHARI kerana inisiatif saudara menyuntik semangat peminat Ahmad Jais.

  41. SENIMANklasik Says:

    Sejak kita berpisah………. Terapung di laut duka………..Jiwa hampa…. Kerna hati luka…………

    Jiwa………. Di saat Kenangan…Tak dapat ku lupa…..Sudah nasib tok diriku….nan celaka…

    Airmata berlinang…..Mengingat sesalku datang……. Berkumandang suaramu yang riang……

  42. bang joni Says:

    chickauney, ya betul itu lagunya. anda di jakarta dimana? kalau boleh saya copy. saya sudah minta tolong adik saya carikan di KL tapi belum dapat. terima kasih

  43. Baharudin bin Sharif Says:

    Dato’ Ahmad Jais telah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Lagu-lagu malar segar Allahyarham sangat menghibur dan mengasyikkan! Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin

  44. SENIMANklasik Says:

    Hari ini 25 Dis 2011. Jam 9 malam tadi RTM buat Rancangan khas Siaran Langsung TV1 – BUDI SETAHUN SEGUNONG INTAN sempena memperingati pemergian Allahyarham Dato’ Ahmad Jais pada 11 Okt. 2011 yang lalu.
    TAHNIAH RTM dan TAHNIAH YB DATUK SERI RAIS YATIM di atas usaha dan inisiatif mengadakan Rancangan Khas tersebut. Setelah arwah tiada, kita terasa kehilangannya. Namun Lagu-lagu Dato’ Ahmad Jais tak jemu kita dengarkan setiap hari, terutama di radio @ disiarkan DJ di majlis khenduri kahwin di sana sini.
    AL-Fatihah buat Allahyarham. Semoga Damai Di sana…Aamiiin !!!

  45. syed zaman Says:

    TAHNIAH BUAT KAKITANGAN MEDIA , SEMUA YG TERLIBAT DARI PKT BAWAH HINGGALAH KE PKT MENTERI YG MEMAINKAN PERANAN ‘MENGHIDUPKAN’ LAGU-LAGU LAMA (60an ,70an, 80an & 90an)…

  46. Sam Says:

    I like a.jaiz and p.ramlee and a.ramlee and along with many others classic singers..many thank..sam a lover of classic singer

  47. SENIMANklasik Says:

    Banyak lagu-lagu Allahyarham Dato’ Ahmad Jais yang pernah didendangkannya. Tak kira apa nama lagunya, atau kalau menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain, memang sedap didengar kerana cara lontaran SUARANYA sangat unik ditambah pula nada tinggi suaranya yang jarang ada pada penyanyi lain. SEMOGA akan lahir nanti seorang klon penyanyi yang telah pergi meninggalkan kita. itulah Dato’ AHMAS JAIS. Al-Fatihah………..

  48. SENIMANklasik Says:

    Ke mana perginya hati……… Ke mana hilangnya rasa……… Engkau kan menghilang diri sayang….Untuk insan yang kau puja.
    Ku takkan berkecil hati……..Ku takkan rasa kecewa……. Walaupun pedih pilu di hati……
    Kau kuiring senyum mesra.
    INGATLAH KAU WAHAI JELITA..
    HATI INI UNTUKMU SAJA.
    DUHAI KASIH SANJUNGAN KALBU
    ENGKAU PERGI TANPA RELAKU
    Hati ku kau curi kini…….Kau bawa pergi bersama…..Kering kini taman sanubari…..
    Tiada lagi senyum indah…. Allahyarham DATO’ AHMAD JAIS.

  49. Chumah Says:

    Saya peminat Dato’ Ahmad Jais….dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham…!

  50. SENIMANklasik Says:

    Salam kepada semua pelawat ruangan ini. BUDI SETAHUN SE GUNUNG INTAN. AL-FATIHAH untuk arwah ….T.Kasih 10 million Dollar Man.

  51. Orang Kampong Pakai Spek Says:

    encik seniman klasik,

    siapa ya 10 million dollar man yg encik sebutkan itu?

  52. SENIMANklasik Says:

    Ten Million Dollar Man tuu ialah tak lain tak bukan.. Saudara kita yang mengilhamkan dan mengujudkan Blog ni..untuk kita sama-sama berbual @ bertukar pandangan / pengalaman. Beliau lah orang penting. Kalau beliau tak buka laman ni, takan kita dapat berkongsi segalanya….. Nasron al-Jauhari.
    Nak tanye nii…tapi jagan marah ye..
    Pakai spek kat kampung je ke ? Masa ke bandar @ pekan pakai spek tak ?
    Saya suka pakai spek macam arwah A.Ramlie pakai dulu… spek siang malam…yang gelap atas jernih kat bawah tuu.
    Terima kasih kerana bertanya.

  53. Amillin Ismail Says:

    Lumayan bagus lagu2 tempo dulunya, saya masih ingat .Terus berkarya.

  54. bang im Says:

    salam hormat semua,
    ada satu lagu arwah..”sayang sayang seribu sayang telah pahit dibuang jangan airmataku berlinang….untuk kasih yang menghikang…..puas sudahku mencari …sapa tau apa nama lagu ni?

  55. Ashar Tanjung Says:

    Lagu yang cuku menarik

  56. Adi Acibuant Says:

    Salam,
    nak tanyakan lagu dato ahmad jais “batu bara berjaya”,” rindu kampung” kat mana ya bisa download
    dh capek sangat dah cari2 tak dapat……
    syukron

  57. Fuzzly Says:

    salam hormat semua,
    ada satu lagu arwah..”sayang sayang seribu sayang telah pahit dibuang jangan airmataku berlinang….untuk kasih yang menghikang…..puas sudahku mencari …sapa tau apa nama lagu ni?

    Yang ni tajuk lagu Salam Manis – Ahmad Jais

  58. Setia Hati Says:

    Tidak saja di Malaysia. Saya ingat mungkin th 1978 belum sekolah dasar lagi, ayah membawa 4 landrover carteran terisi penuh barang, sopir menghidupkan radio 2 singapura (skrg warna 94,2). Lagu beliau ini bersama Hail Amir, Uji Rashid…jalan belum sebagus kini, terkadang perlu bermalam di jalan akibat telumpur. Sungguh kenangan tak terlupakan.

  59. faizal Says:

    asal xdapat ni bro.??

  60. maira Says:

    Assalamualaikum abg nasron nak tanya apa kh tajuk lagu dari lirik ini,nie lagu A.ramlie tapi nama tajuk tak tahu lah lirik nya begini

    aku sering menghiburkan semua orang tapi di hati ku tiada siapa yg tahu

  61. mozzaid aldie Says:

    Saya ni penyanyi melayu sangat suka dengan lagu2 datok ahmad jaiz. Suaranya luar biasa tiada duanya. Saya pernah meraih juara 1 sayembara lagu melayu se indonesi thn 2011. Dan pernah juara 3 melayu talenta TVRI jakarta. Di saat itu menyanyikan lagu ahmad jaiz sejak kita berpisah..datoook A I love you

  62. SENIMANklasik Says:

    Semua lagu nyanyiannya sangat merdu di dengar dan menjadi penghibur sepanjang kehidupan kita.
    Al Fatihah buat arwah Dato’ Ahmad Jais. Mudah~mudahan Allah merahmati rohnya dan kita semua. Aamiiin….


Tinggalkan Jawapan kepada Norfadilah Batal balasan