
Pakcik cek statistik pasal artikel berkaitan burger yang lalu, rupanya ramai yang tanya fasal resepi membuat burger yang sedap. Rupanya ramai yang masih belum tahu cara memasak burger Ramly dengan betul dan sedap. Oleh kerana pakcik mempunyai pengalaman dan ilmu itu, maka tak sampai hati nak pendam buat masuk kubor. Karang kena bantai dengan malaikat pula. Maka darihal yang demikian, kali ini pakcik ingin buka rahsia bagaimana membuat sebiji burger Ramly yang sedap. Kalau ada sesiapa yang nak buat berniaga, itu lagi bagus. Supaya pelanggan berpuas hati dan perniagaan kamu pun bertambah maju.
Jom kita start!
Kuali
Kuali besi hitam berlegam tu sebaiknya dari jenis besi yang tebal. Memang harga dia lebih sikit, sebab ia lebih bagus kerana haba dari api akan lebih stabil dan menyeluruh. Sebelum masak cuci kuali dulu. Gunakan axion/sunlight atau yg sama waktu dengannya. Ni pakcik tengok ramai budak2 meniaga burger tak basuh kuali dengan betul. Dia simbah2 jer dengan air kemudian gosok2 dengan scraper. Bangang betul la tu. Tak menjaga kebersihan! Paling penting ialah cuci kuali lepas meniaga. Cuci betul2. Gosok jangan tak gosok!
Api
Lepas cuci kuali, kau lap la dengan kain atau tisu bersih. Tak nak lap pun tak apa – kau panaskan kuali. Pakai api sedang atau besar. Lepas air kat kuali dah clear, kau cepat2 kecikkan api dia. Sebabnya ialah, jangan sesekali masak burger pakai api besar. Nanti burger kau cepat hangus, jadi garing macam keropok dan rasanya tak best. Hanya memasak burger menggunakan api kecil atau sederhana saja. Kau pandai2lah adjust api tu. Karang lama2 kau pandai la. Lepas tu sapukan marjerin ke serata kuali. Sapu thin layer saja. Jangan bubuh banyak – membazir. Ini supaya nanti time nak masak kuali tak melekat.
Marjerin
Pakcik syor 2 jenis iaitu Planta atau Pelangi. Pelangi lebih murah harga dia. Keluaran Felda la beb, so terjamin kehalalannya. Brand lain kadang tak ngam – bau tengik. Tapi ini up to you la.
Daging
Daging mesti pakai brand Ramly yang 700 gram. Sebaikya daging sudah di-defrost-kan terlebih dulu agar cepat masak. Tapi andaikata daging tu masih beku – tak apa. Boleh juga. Letak saja di kuali, cuma jangan sesekali gatal tangan besarkan api – ni ler penyebab daging burger keras, garing dan hangus. Biar jer daging tu jadi lembut dan masak perlahan-lahan. Tak payah sibuk2 letak marjerin. Nanti daging tu akan keluar minyak dia sendiri.
Teknik Menggoreng
Balik2kan daging burger time memasak. Tak payah sibuk2 tekan daging tu. Siapa ngajor? Kalau korang rajin tekan2 daging tu, nanti semua jus daging dia hilang. Daging jagi hilang rasa dan keras! Rasa dah jadi hampas.
Teknik Belah Dua vs Teknik Ketok Lobang
Dulu waktu first burger Ramly start tahun2 awal/tengah 80an, mana ada teknik belah dua. Yang ada pada masa itu ialah ketuk2 daging tu sampai berlubang2. Teknik belah dua tu baru muncul akhir 80an. Pada pakcik, teknik ketuk daging burger sampai berlubang tu lebih bagus. Sebabnya ialah selain dari membantu agar daging semuanya masak, ia juga jadi tempat untuk perencah meresap dan terperangkap. Selain itu juga, agar daging tetap tebal dan lembut – terasa apabila digigit dan dikunyah. Teknik belah dua dibuat kerana alasan memastikan daging tu benar2 masak dan sebagai selera mata sahaja. Sebenarnya kalau masak dengan betul, tak kira apa cara, ia pasti ler masak – takkan mentah punya! Teknik belah dua pun OK juga tapi pastikan tak over cook ya, karang daging jadi terlebih garing dan keras pula.
Cara Merempah (Bukan Merempit ya!)
Setelah diketuk2 sampai berlubang atau dibelah dua, sila pastikan daging telah masak kemudian tekan sikit daging tu untuk membuang minyak yg berlebihan. Tekan 2-3 kali jer – jangan over pulak. Lepas tu bubuhlah perencah ikut step ya iaitu;
- Worchestershire Sauce – Lea & Perrins
- Kicap Perasa – Maggi
- Serbuk Lada Sulah – Apa2 brand pun boleh
- Serbuk Lada Hitam (Optional) – Apa2 brand pun boleh
- Serbuk Kari Daging (Optional) – Apa2 brand pun boleh
- Air Bawang Putih – Korang buat sendiri ler
Pakcik lebih suka guna serbuk lada hitam menggantikan serbuk lada sulah sepenuhnya sebab rasanya lebih best dan mantap serta nampak eksklusif.
Lepas selesai semua perencah, korang balikkan daging sekali, lepas tu tekan sekali jer and than angkat. Letak kat roti yang telah disediakan. Pastikan memasak daging jangan over cook, nanti rasa dia hilang dan keras.
Air Bawang Putih
Ia bertujuan untuk mengelakkan daging jadi over dry. Air bawang putih akan menggantikan jus daging yang sebahagiannya telah hilang waktu proses memasak tadi. Cara buatnya sonang yo. Kau kupas bawang putih lepas tu kau ketuk bagi hancur. Masukkan dalam botol, bubuh air dan goncang! Tak payah bubuh garam tau. Settle dah!
Roti Burger
Lepas belah dua, korang sapu marjerin. Jangan kedekut sapu marjerin tapi jangan pulak over. Sapu thin layer saja tapi menyeluruh. Bakar roti di kuali di bahagian isi tengah saja. Bahagian kulit atas dan bawah jangan bakar. Karang berminyak dan lembik pulak. Jangan gatal2 tangan tekan roti tu time membakarnya. Siapa ngajor? Kalau tangan gatal jugak nak menekan2, baik korang bakar jer tangan korang. Gatal betul! Sambung balik… Lepas bahagian yang dibakar tu dah jadi perang sikit, kau angkatlah. Sebaiknya letak atas alas berjaring bukan di tempat yg rata seperti pinggan. Letak kat alas berjaring akan membuatkan hot air circulation pada roti lancar. Roti jadi gebu, garing dan mantap. Jika korang letak kat tempat flat, roti nanti jadi lembik. Pakcik benda lembik2 ni tak gemar la.
Sayur
Lepas roti dah dibakar. Korang bubuhlah sayur. Ni ada beberapa pilihan sayur.
- Salad
- Lettuce
- Kobis
- Tomato
- Bawang Kuning / Holland
- Timun
Salad, lettuce dan kobis – sebaiknya korang hiris ler. Kobis tu paling bagus kalau dihiris halus2, baru ler mantap. Antara salad, lettuce dan kobis – pakcik prefer lettuce dan kobis sebab lebih terasa dan rangup. Salad kadang2 ada yang pahit dan liat juga. Tomato juga perlu dihiris. Bawang korang boleh pilih sama ada nak hiris atau potong dadu. Pakcik prefer hiris sebab lebih terasa bila digigit. Timun lebih baik kalau timun jepun – lebih rangup dan tiada risiko liat dan pahit seperti timun biasa. Pakcik suka combine lettuce/kobis + bawang potong dadu + timun jepun.
Sos Cili
Sebaiknya gunakan sos cili yang ada brand la seperti Maggi, Bumi Hijau, Kimball etc. Pakcik prefer Bumi Hijau. Kau janganlah pakai sos cili murah. Nanti rasa burger kau hancus.
Sos Tomato
Kalau nak gunakan sos tomato, carilah yang rasanya kurang masam. Gunakan sedikit sahaja.
Sos Lada Hitam
Dulu2 tak ada benda ni. Tapi kalau letak ni pun sodap… tambah sodap. Syaratnya pastikan sos lada hitam tu pedas2 manis sikit. Korang boleh adjust sendiri.
Mayonis
Zaman dulu2 mana ada letak mayonis. Emmm… zaman berubah. Mayonis yang paling sesuai ialah brand Ladys Choice. Tapi harganya mahal. Brand murah rasanya agak masam sedikit – masam tak bagus untuk burger citarasa Malaysia ini. Kalau korang nak jimat, korang beli jer mayonis pakai paket jenama murah sikit. Lepas tu korang adjust dengan menambah gula castor atau gula icing barang sesudu dua lepas tu gaul rata.
Keju
Dulu pun tak ada keju. Tapi kalau nak letak keju pun boleh. Cuma mahal la sikit.
Telur
Guna telur ayam ya. Bukan telur itik atau telur kambing. Telur ni untuk Benjo sahaja mulanya (ntah siapa yg bagi nama Benjo ni asalnya pun pakcik tak tahu). Tapi sekarang dah jadi trend burger tambah telur jadi burger special. Ada macam2 fesyen dan teknik. Ada yang masak pakai acuan (old style), ada yang buat dadar lepas tu lipat dan ada yang buat dadar lepas tu bungkus daging burger. Bagi pakcik, jika nak rasa telur tu benar2 terasa ialah dengan mengunakan teknik acuan. Telur akan utuh dalam bentuk alaminya dan ketebalannya itulah yang menyebabkan rasa telur itu muncul. Kalau dah jadi pembungkus daging, rasa telur tu dah kalah habis oleh rasa daging. So what for letak telur? Ia lebih kepada untuk membuat mata para pelanggan tertarik aja. Tapi ingat… makan burger pakai mulut, gigi, lidah dan tekak… bukan pakai mata! Tapi selera orang lain2. Lantak dia ler.
Habis dah pun cerita pasal resepi memasak burger. Kalau ada sebarang komen atau ulasan, korang tulislah banyak2 kat bawah sinun. Mungkin korang boleh improve lagi. Sampai jumpa lagi dan selamat berpuasa. Jangan lupa malam ni pergi bertarawikh di masjid ya. Bye… Wassalam.
Berikut disenaraikan artikel lain yang mempunyai persamaan dengan artikel di-atas dan mungkin menarik minat anda untuk membacanya.

22 Ogos 2009 at 3:29 pm
Tabik le,
Dah cuba memang mantap..syoknya…siapa tak cuba memang tak baca panduan sampai habis.
30 Ogos 2009 at 8:44 am
salam ramadhan … resepi yang mantap di bulan puasa ini, berger lebih kurang sama je kat mana-mana, tapi kalau tekniknya betul dan rencahnya kena, pasti sedap … saya setuju betul pasal beger special tu, sblm ni pun waktu menikmati beger special di salah sebuah kedai beger, saya tak merasai kespecialannya … telur sepatutnya diasingkan dgn daging ….. untuk pngtahuan pokcik nasron .. beger memang kegemaran saya …walaupu umur semakin meningkat tua …
ada lagi satu resepi yg saya rasa2 jarang ada kat kedai beger iaitu hot dog steamed dan conney dog …. pokcik tahu tak ? sedap jugak resepi tu …salam ramadhan …..
4 September 2009 at 10:49 am
Encik Nasron,
roti jenama apa yang lembut dan sedap?
Saya pernah makan burger azza di kuching,
mengancam btol roti dan beger dia. Tapi makan
beger tempat saya jb, roti keras dan beger keras.
TQ
25 September 2009 at 4:47 pm
en. nasron terima kasih kena pertama, bertandang ke blog en. nasron terus dapat tips yang amat berguna bagi memasak berger yang lazat, saya berniaga kecil-kecilan dan masih baru lagi dan pastinya tips yang en nasron beri betul-betul menyedarkan saya bahawa masih banyak kelemahan disegi penyediaan burger yang pastinya akan diminati ramai.
7 Oktober 2009 at 12:36 am
insyaallah mudah2han berjaya la saya mencuba resepi burger pakcik, tgh dok planning nak niaga tup tup terbaca resepi yg best ni.terima kasih bebanyak la pakcik,, memang otai lah.. pakcik kalau ada rahsia2 yg terpendam antar aja kat email saya tam_faber@yahoo.com tu pun kalau tak malu n segan la.bravo pakcik.salam
20 Oktober 2009 at 2:39 pm
Bro…aku pernah try pakai Worchestershire Sauce – Lea & Perrins + Kicap Perasa – Maggi tapi masam terlampau la…mcm maner nk adjust tue…
20 Oktober 2009 at 9:48 pm
MEL ;
Roti yang sedap, saya tak pasti. Sebab banyak pengeluar roti burger di pasaran dan satu pun tiada yang baik sebaik roti yang digunakan oleh McDonalds atau KFC. Saya pun pelik kenapa tiada roti yg sebaik roti yg digunakan oleh McD dan KFC. Gardenia baru2 ni ada mengeluarkan roti burger… komen saya: rotinya keras daa…
Apis84 ;
Saya syorkan awak ganti sos cili Maggi kepada brand Bumi Hijau atau sos cili jenis ala Thai agar rasany tidak masam. Kalau guna mayonis harap dikurangkan kuantitinya atau adjust mayonis dengan gula.
Sos worchestershire jangan letak banyak, ala kadar sahaja.
Awak juga boleh cuba letak madu pada daging burger. Guna madu murah sahaja seperi brand Tesco dsb. Saya dah test, ramai orang suka.
Kepada semua ;
Ingat, burger Ramly yg sedap harus berasa sedikit manis, sedikit pedas dan agak “soggy”/”basah”. Rasa masam akan merosakkan rasa burger Ramly.
Apa kata awak cuba resepi sos black pepper. Beli apa2 sos black pepper di pasaran dan awak adjust dengan kicap manis cap Kipas Udang + sedikit gula atau madu. Insya’allah sedap!
Kalau ada apa2 nak tanya, sila tulis di ruangan komen. Insya’allah saya jawab, cuma mungkin agak lambat sikit la sebab saya sibuk. Saya sangat suka membantu orang yang ingin membuat burger Ramly / Malaysia ini menjadi lebih sedap. Janganlah berniaga jika burger yang anda jual tidak berkualiti, itu menganiaya pembeli namanya! Buatlah yg terbaik! Mahal sikit tak apa, asal ada kualiti dan sedap!
Selamat mencuba!
21 Oktober 2009 at 3:49 pm
thankz bro…aku nie baru jer berjinak2 dalam perniagaan burger nie baru 10 bulan.. x tahu sangat pasal burger nie…tahu mkan jer…rupa2 nyer sebalik burger nie ader cara2 secret recipe untuk membuat burger yang sedap….susah siot…nak tnya satu lagi…brand bumi hijau nie nak dapat kat ner?….puas satu chow kit aku cari x der….rasa sos nie sedap ker…sebab aku guna longsen ngan besmak jer…
10 November 2009 at 10:36 pm
guna sos cili kimball+sos cili cap sampan+ sos lada hitam cap puteri + maayonis……gerenti sedap…
10 November 2009 at 10:37 pm
kalu nak resepi lg sedap, sy boleh ajar modified gaging burger jadi kebab roti pita….ringkas, senang dan gerenti sedap…
28 November 2009 at 11:24 pm
tq p.cik.. brtmbah la pngthuan sy ttng buat burger ni.. tq,,