Ada yang suka makan coleslaw? Kalau sesiapa yang pernah makan di KFC mesti pernah makan benda ni. Coleslaw enak dimakan bersama roti, sebagai bahan sayuran burger atau dimakan begitu saja. Tapi kalau asyik nak beli sahaja, tentulah tak sanggup sebab harganya boleh tahan mahal juga. Satu cup kecil, sendiri makan pun tak puas. Apalagi nak makan beramai-ramai atau bersama keluarga.
Anda boleh cari resepi coleslaw di internet. Ada macam-macam version. Rasanya pastilah macam-macam juga.
Kelmarin saya buat projek home made coleslaw sebab isteri saya memang peminat coleslaw. Saya tak sanggup nak belanja dia makan kat KFC, sebab belum gaji (padahal kalau dah gaji pun, belum tentu saya belanja dia, hehehe). Mengikut yang empunya diri (isteri saya la), coleslaw resepi saya ni sedap dan setanding seperti yang dijual di restoran makanan segera yang terkenal itu. Hatta betapa nikmatnya memakan coleslaw buatan saya itu, bom meletup pun tak sedar (dah mula lebih-lebih ni). Tak nak cerita banyak, ni dia resepi canggih tu;
Bahan-bahan
- Kobis Putih 1 kg
- Lobak Merah 150 gram
- Mayonis 200 gram
- Susu Tepung Penuh Krim 4 sudu besar
- Gula Pasir 5 sudu besar
- Garam 1 sudu teh (rata)
- Cuka 1 sudu besar
- Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.
Cara Membuatnya
- Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
- Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
- Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer. Tapi saya bantai pakai sudu jer sebab tak tahu isteri simpan mixer kat mana, nak tanya, dia dah tidur, tak sampai hati nak bangunkan. (Saya buat projek ni tengah malam daaa)
- Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
- Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
- Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!
Nota Tambahan
- Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.
- Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
- Kalau sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.
- Resepi saya kat atas tu untuk rasa standard. Anda boleh adjust ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
- Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!

5 April 2008 at 12:06 pm
salam…saya ambik resepi ni taww.. tengkiu!
Nasron jawab; Boleh… silakan ambil. Kalau sedap beritahu kat orang kampung ya… kalau tak sedap, diam2 jer la.
10 November 2008 at 12:53 pm
salam..sy pn amik resepi ni gak..first time msk page ni.best r..tahniah2…nk tnye ckit ye…xpe ke kalo xsimpan coleslaw ni dlm petisejuk?sy duk hostel jer.so xder la peti sejuk…tq =)
10 November 2008 at 6:15 pm
@ masi
boleh tak simpan di peti sejuk, tapi kena simpan kat dalam perut la. hahaha. lawak bedol…
kena simpan kat peti ais la dek, kalau tak nanti basi. benda tu kan letak susu. senang nak basi kalau letak kat luar.
alternatif lain kan ada. lepas buat, biarkan dalam 15-30 minit, lepas tu makan ramai2 dengan member seasmara. baru lah best!
12 November 2008 at 8:31 pm
ha ah la..kenduri la cmni..hehe pasti teman seasmara ku suka…arigato en.nasron =)
14 November 2008 at 12:35 am
@ masi
macam tu la. jangan makan sorang2. makan ramai2 la best!
teringat masa zaman muda2 dulu masa tinggal di asmara!
19 November 2008 at 4:31 pm
Assalamualaikum..
Napa kena letak susu yek? Just tanya sebab resepi saya pakai mayonis jer…(agaknya pasal tu tak sedap sgt macam KFC tu) Ye ker en. nasron?
19 November 2008 at 11:08 pm
@ zuraida
wa’alaikumussalam.
memang kena letak susu la cik zuraida. supaya ia lebih sedap dan power. awak cubalah resepi saya tu. saya jamin minimal sama sedap macam kfc punya. tapi biasanya orang kata LEBIH SEDAP dari kfc.
hehehehe
25 November 2008 at 9:14 pm
Assalamualaikum..
Tq for jawapan tu…saya sedang mencubalah ni…kalau sedap saya antar la kat en nasron sikit..hehe
26 November 2008 at 7:31 am
@ zuraida
wa’alaikumussalam
semoga cik/puan zuraida berjaya membuatnya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang! malaysia boleh!
27 November 2008 at 9:10 pm
Assalamualaikum..
Memang cemerlang, gemilang dan terbilang en nasron! Hehe..saya buat setengah biji kobis..abis!! Anak saya kata “sedap mak..macam kfc!..Tq en nasron..saya buat special siap chicken chop,whipped potato..fries (sebijik macam kfc tu) untuk sambutan harijadi suami semalam..sedap katanya..Tq skali lg..
P/s Tak leh antar pd en nasron..abis…hehehe
27 November 2008 at 11:54 pm
@ zuraida
wa’alaikumussalam.
alhamdulillah, akhirnya puan zuraida telah berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang. tahniah!
apa kata puan zuraida cuba try test resepi saya yg lain pula. terutamanya cendawan tiram goreng sebab ianya mudah, simple, sedap dan terjamin keberhasilannya, insya’allah. saya sarankan juga agar membaca komentar2 yg berkaitan agar dapat maklumat yg lebih lengkap dan menyeluruh.
kalau nak berkongsi resepi di blog ini pun boleh. laaaagi bagus dan sentiasa dialu-alukan.
terima kasih kerana sudi melawat blog saya yg tiada apanya ini.
wassalam.
28 November 2008 at 9:42 pm
Assalamualaikum,
Saya baca semua entry dalam laman en nasron ni..tentang lagu-lagu arwah a.ramli pun saya minat..tapi yer lah dah memang pompuan tentu minat lebih pada memasak ni. Saya minat juga perbincangan ilmiah dalam blog ni.
Saya memang kagum dan angkat topi lelaki minat dan pandai masak ni…agaknya tu pasal saya nak cuba resepi en nasron ni (terutama yang saya jarang tyr ler).
Pasal nak kongsi resepi tu boleh sangat..cuma segan takut nanti reader try tak jadi lak (malu saya).
Nantilah bila saya yakin dan kurang segan sket saya share resepi saya yg memang gerenti jadi dan sedap. Insyallah…
Wassalam
5 Februari 2009 at 9:46 pm
saya selalu cek resepi kat sini..mcm byk resepi yg best2..tapi ni la baru pertama kali nk mcuba..jadi pilih yg senang dulu..nak pi buat ni..esok nak buat mkn t/hari..tima kasih sbb kongsi ilmu masak memasak..sangat bguna utk org yg x berapa pandai mcm saya..
15 Mei 2009 at 10:17 pm
Salam,
ni 1st time saye masuk blog en.nasron..ni pun secara kebetulan sedang mencari resepi coleslaw.td baru je lepas beli coleslaw..mahal sgt..kalau setiap hari beli memang boleh bankrupt hehe..nk tanye,kalau buat tanpa cuka boleh ke?
17 Mei 2009 at 8:04 pm
saya wakil encik nasron. firdaus, encik nasron kata boleh buat coleslaw tanpa cuka. tak haram, tak dosa dan sedapnya tetap terjamin!
cubalah! ingat, malaysia boleh!
4 September 2009 at 9:01 am
Saya gila makan sayur… best2… thanx Pakcik Nasron.. Betul makcik minah cakap.. “Malaysia Bolleh”
4 September 2009 at 1:44 pm
hai en. saya penah gak wat coslo tu resepi sendiri. kobis tomato karet san salad. campur susu manis garam dan mayonis jer. saya nak test resepi awak plak ler.. maceh en.
6 September 2009 at 6:50 am
Salam En Nasron,
Selalu gak wat coslo ni tapi just gaul je ngan mayonis. Nnti nak try resepi dari En Nasron
9 September 2009 at 10:58 am
saya suka resepi en. nasron best2 belaka,skrg nak cuba lak buat coslo yg telah lama di idam2 kan ni….nak tanya cikit kalau guna susu pekat leh x cos kat umah x da susu tepung…..bkn ape tkut tak sama rasa sedap resepi yg diberi….harigatoooo……
9 September 2009 at 3:23 pm
wah….first time masuk blog nie…trus jumpa resepi makanan kegemaran…saya amik resepi ni yer …nak try…hehehe….kot2 leh wat masa berbuka ker…
18 September 2009 at 9:30 am
alhamdilillah jumpa gak cam no nak wat coleslaw…puas eden mencarinyo…..saye pun nak try gak…mudah2an sedap…bole buat utk bbq d hari raya nanti….thanks.
25 September 2009 at 4:42 pm
saya nak cuba resipi coslow en. nasron ni pulak, kerana selama ni saya guna susu cair aje. nak rasa kelainannya. tq
29 September 2009 at 6:29 pm
tak sabar nk cube nih.. ngidam.. hiks
3 November 2009 at 9:10 am
salam en. nasron. Semalam cuba resepi coslow tu.. memang menjadi dan sedap.. cuma saya tak tambah susu tepung pasal kat umah saya tak minum susu tepung. tapi saya gantikan susu kotak uht (susu kosong). cedapp.. maceh!!
13 November 2009 at 8:59 am
hi there en .nasron, i dh cuba ur receipe it was so nice,anyway thks!! I dh bnyk bukak website,tapi ttp tk jumpe yg simple detail lyke urs, more easier to follow up…i lykes! Anyway tadi pagi i buat,coz mlm nnti nk sambut bdae my mum..complete set lagi,,siap chicken chop whipped potato..hehe..hrp2 my mum will lyke it…bye!
17 November 2009 at 4:20 pm
semua anggotor keluarga sedeng buat ape??????????????????????????????????????????????????????????
22 November 2009 at 5:42 pm
bestnya…………… sedap sgt………. leh i share ngan kawan2 la ni kan……
30 November 2009 at 3:02 pm
assalamualaikum,
hai! saya ni pelajar lagi(br skola menengah pmr x lepas ag!) tapi saya ni suka gak ngan makanan barat niw! he2! encik Nasron ni ade x resipi chicken chop yg cuma pki sos yg sng nak cr mcm sos tiram ke, kicap ke. kdg2 sy tgk resipi chicken chop ni die banyak pki sos plik2 la. he2, adew x?
30 November 2009 at 3:21 pm
hai! wazzup! manela encik nasron kita niwh! hrp2 adewla resipi 2h!