Ada yang suka makan coleslaw? Kalau sesiapa yang pernah makan di KFC mesti pernah makan benda ni. Coleslaw enak dimakan bersama roti, sebagai bahan sayuran burger atau dimakan begitu saja. Tapi kalau asyik nak beli sahaja, tentulah tak sanggup sebab harganya boleh tahan mahal juga. Satu cup kecil, sendiri makan pun tak puas. Apalagi nak makan beramai-ramai atau bersama keluarga.
Anda boleh cari resepi coleslaw di internet. Ada macam-macam version. Rasanya pastilah macam-macam juga.
Kelmarin saya buat projek home made coleslaw sebab isteri saya memang peminat coleslaw. Saya tak sanggup nak belanja dia makan kat KFC, sebab belum gaji (padahal kalau dah gaji pun, belum tentu saya belanja dia, hehehe). Mengikut yang empunya diri (isteri saya la), coleslaw resepi saya ni sedap dan setanding seperti yang dijual di restoran makanan segera yang terkenal itu. Hatta betapa nikmatnya memakan coleslaw buatan saya itu, bom meletup pun tak sedar (dah mula lebih-lebih ni). Tak nak cerita banyak, ni dia resepi canggih tu;
Bahan-bahan
- Kobis Putih 1 kg
- Lobak Merah 150 gram
- Mayonis 200 gram
- Susu Tepung Penuh Krim 4 sudu besar
- Gula Pasir 5 sudu besar
- Garam 1 sudu teh (rata)
- Cuka 1 sudu besar
- Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.
Cara Membuatnya
- Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
- Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
- Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer. Tapi saya bantai pakai sudu jer sebab tak tahu isteri simpan mixer kat mana, nak tanya, dia dah tidur, tak sampai hati nak bangunkan. (Saya buat projek ni tengah malam daaa)
- Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
- Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
- Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!
Nota Tambahan
- Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.
- Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
- Kalau sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.
- Resepi saya kat atas tu untuk rasa standard. Anda boleh adjust ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
- Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!
5 April 2008 at 12:06 pm
salam…saya ambik resepi ni taww.. tengkiu!
Nasron jawab; Boleh… silakan ambil. Kalau sedap beritahu kat orang kampung ya… kalau tak sedap, diam2 jer la. 😀
10 November 2008 at 12:53 pm
salam..sy pn amik resepi ni gak..first time msk page ni.best r..tahniah2…nk tnye ckit ye…xpe ke kalo xsimpan coleslaw ni dlm petisejuk?sy duk hostel jer.so xder la peti sejuk…tq =)
10 November 2008 at 6:15 pm
@ masi
boleh tak simpan di peti sejuk, tapi kena simpan kat dalam perut la. hahaha. lawak bedol…
kena simpan kat peti ais la dek, kalau tak nanti basi. benda tu kan letak susu. senang nak basi kalau letak kat luar.
alternatif lain kan ada. lepas buat, biarkan dalam 15-30 minit, lepas tu makan ramai2 dengan member seasmara. baru lah best!
12 November 2008 at 8:31 pm
ha ah la..kenduri la cmni..hehe pasti teman seasmara ku suka…arigato en.nasron =)
14 November 2008 at 12:35 am
@ masi
macam tu la. jangan makan sorang2. makan ramai2 la best!
teringat masa zaman muda2 dulu masa tinggal di asmara!
19 November 2008 at 4:31 pm
Assalamualaikum..
Napa kena letak susu yek? Just tanya sebab resepi saya pakai mayonis jer…(agaknya pasal tu tak sedap sgt macam KFC tu) Ye ker en. nasron?
19 November 2008 at 11:08 pm
@ zuraida
wa’alaikumussalam.
memang kena letak susu la cik zuraida. supaya ia lebih sedap dan power. awak cubalah resepi saya tu. saya jamin minimal sama sedap macam kfc punya. tapi biasanya orang kata LEBIH SEDAP dari kfc. 😀 hehehehe
25 November 2008 at 9:14 pm
Assalamualaikum..
Tq for jawapan tu…saya sedang mencubalah ni…kalau sedap saya antar la kat en nasron sikit..hehe
26 November 2008 at 7:31 am
@ zuraida
wa’alaikumussalam
semoga cik/puan zuraida berjaya membuatnya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang! malaysia boleh!
27 November 2008 at 9:10 pm
Assalamualaikum..
Memang cemerlang, gemilang dan terbilang en nasron! Hehe..saya buat setengah biji kobis..abis!! Anak saya kata “sedap mak..macam kfc!..Tq en nasron..saya buat special siap chicken chop,whipped potato..fries (sebijik macam kfc tu) untuk sambutan harijadi suami semalam..sedap katanya..Tq skali lg..
P/s Tak leh antar pd en nasron..abis…hehehe
27 November 2008 at 11:54 pm
@ zuraida
wa’alaikumussalam.
alhamdulillah, akhirnya puan zuraida telah berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang. tahniah!
apa kata puan zuraida cuba try test resepi saya yg lain pula. terutamanya cendawan tiram goreng sebab ianya mudah, simple, sedap dan terjamin keberhasilannya, insya’allah. saya sarankan juga agar membaca komentar2 yg berkaitan agar dapat maklumat yg lebih lengkap dan menyeluruh.
kalau nak berkongsi resepi di blog ini pun boleh. laaaagi bagus dan sentiasa dialu-alukan.
terima kasih kerana sudi melawat blog saya yg tiada apanya ini.
wassalam.
28 November 2008 at 9:42 pm
Assalamualaikum,
Saya baca semua entry dalam laman en nasron ni..tentang lagu-lagu arwah a.ramli pun saya minat..tapi yer lah dah memang pompuan tentu minat lebih pada memasak ni. Saya minat juga perbincangan ilmiah dalam blog ni.
Saya memang kagum dan angkat topi lelaki minat dan pandai masak ni…agaknya tu pasal saya nak cuba resepi en nasron ni (terutama yang saya jarang tyr ler).
Pasal nak kongsi resepi tu boleh sangat..cuma segan takut nanti reader try tak jadi lak (malu saya).
Nantilah bila saya yakin dan kurang segan sket saya share resepi saya yg memang gerenti jadi dan sedap. Insyallah…
Wassalam
5 Februari 2009 at 9:46 pm
saya selalu cek resepi kat sini..mcm byk resepi yg best2..tapi ni la baru pertama kali nk mcuba..jadi pilih yg senang dulu..nak pi buat ni..esok nak buat mkn t/hari..tima kasih sbb kongsi ilmu masak memasak..sangat bguna utk org yg x berapa pandai mcm saya..
15 Mei 2009 at 10:17 pm
Salam,
ni 1st time saye masuk blog en.nasron..ni pun secara kebetulan sedang mencari resepi coleslaw.td baru je lepas beli coleslaw..mahal sgt..kalau setiap hari beli memang boleh bankrupt hehe..nk tanye,kalau buat tanpa cuka boleh ke?
17 Mei 2009 at 8:04 pm
saya wakil encik nasron. firdaus, encik nasron kata boleh buat coleslaw tanpa cuka. tak haram, tak dosa dan sedapnya tetap terjamin!
cubalah! ingat, malaysia boleh!
4 September 2009 at 9:01 am
Saya gila makan sayur… best2… thanx Pakcik Nasron.. Betul makcik minah cakap.. “Malaysia Bolleh” 😉
4 September 2009 at 1:44 pm
hai en. saya penah gak wat coslo tu resepi sendiri. kobis tomato karet san salad. campur susu manis garam dan mayonis jer. saya nak test resepi awak plak ler.. maceh en.
6 September 2009 at 6:50 am
Salam En Nasron,
Selalu gak wat coslo ni tapi just gaul je ngan mayonis. Nnti nak try resepi dari En Nasron
9 September 2009 at 10:58 am
saya suka resepi en. nasron best2 belaka,skrg nak cuba lak buat coslo yg telah lama di idam2 kan ni….nak tanya cikit kalau guna susu pekat leh x cos kat umah x da susu tepung…..bkn ape tkut tak sama rasa sedap resepi yg diberi….harigatoooo……
9 September 2009 at 3:23 pm
wah….first time masuk blog nie…trus jumpa resepi makanan kegemaran…saya amik resepi ni yer …nak try…hehehe….kot2 leh wat masa berbuka ker…
18 September 2009 at 9:30 am
alhamdilillah jumpa gak cam no nak wat coleslaw…puas eden mencarinyo…..saye pun nak try gak…mudah2an sedap…bole buat utk bbq d hari raya nanti….thanks.
25 September 2009 at 4:42 pm
saya nak cuba resipi coslow en. nasron ni pulak, kerana selama ni saya guna susu cair aje. nak rasa kelainannya. tq
29 September 2009 at 6:29 pm
tak sabar nk cube nih.. ngidam.. hiks
3 November 2009 at 9:10 am
salam en. nasron. Semalam cuba resepi coslow tu.. memang menjadi dan sedap.. cuma saya tak tambah susu tepung pasal kat umah saya tak minum susu tepung. tapi saya gantikan susu kotak uht (susu kosong). cedapp.. maceh!!
13 November 2009 at 8:59 am
hi there en .nasron, i dh cuba ur receipe it was so nice,anyway thks!! I dh bnyk bukak website,tapi ttp tk jumpe yg simple detail lyke urs, more easier to follow up…i lykes! Anyway tadi pagi i buat,coz mlm nnti nk sambut bdae my mum..complete set lagi,,siap chicken chop whipped potato..hehe..hrp2 my mum will lyke it…bye!
17 November 2009 at 4:20 pm
semua anggotor keluarga sedeng buat ape??????????????????????????????????????????????????????????
22 November 2009 at 5:42 pm
bestnya…………… sedap sgt………. leh i share ngan kawan2 la ni kan……
30 November 2009 at 3:02 pm
assalamualaikum,
hai! saya ni pelajar lagi(br skola menengah pmr x lepas ag!) tapi saya ni suka gak ngan makanan barat niw! he2! encik Nasron ni ade x resipi chicken chop yg cuma pki sos yg sng nak cr mcm sos tiram ke, kicap ke. kdg2 sy tgk resipi chicken chop ni die banyak pki sos plik2 la. he2, adew x?
30 November 2009 at 3:21 pm
hai! wazzup! manela encik nasron kita niwh! hrp2 adewla resipi 2h!
1 Disember 2009 at 4:32 pm
hmm, mgkin en. nasron xde ariniw ley tak sesape yg dah cube resipi coleslaw ni. nak tanye sket, nak letak susu tepung 2 letak macam 2 je ke? ke nak campur air sket?
2 Disember 2009 at 7:20 am
syifa,
susu tepung tu letak macam tu aja. tak payah bancuh air.
resepi tu ikut bulat2 aja. insyaallah akan menjadi.
wassalam.
5 Disember 2009 at 4:39 pm
salam…terima kasih atas resipi ni…memg sedap…yg paling terkesan adalah contoh somi mithali. bersilat tgh malam d dapur time isteri tidur demi memenuhi keinginan isteri. mmg contoh suami terhebat ni…buat my hubby…sepatutnya you pun gini…hehhee…
26 Disember 2009 at 4:40 pm
Salam..
sy dah mencuba..sgt sedap..tq ye..
29 Disember 2009 at 10:09 pm
aku rasa en.nasron tuh “dipaksa” buat tengah malam tu kalau ……(sian.. kempunan en.nasron malam tuh)
eerrr… kalau pakai susu budak ducth lady 456 boleh?
30 Disember 2009 at 6:56 pm
roslan,
pandainyo ekau mengejas maksud perkataan den. hahaha.
den dulu buek tu pakai susu dutch lady 123 anak den. no problem punyo. sodap juo adonyo…
21 Januari 2010 at 1:44 pm
thank la bro!!!!!! Lps ni bankrup la kfc hua..hua…hua
25 Januari 2010 at 10:40 am
i’m new to your website. So, leh tanya sikit tak? en nasron ada bukak restoran barat ke, kat mana ye..leh saya gi makan dgn family..!!
Anyway, thanks for the tips of all your recipes..
26 Februari 2010 at 9:35 am
@ Kakdah
pernah juga terlintas nak buka warung masakan barat kat medan selera. tapi faktor umur dan masa menyebabkan hasrat itu ditukarkan. hehehe.
26 Januari 2010 at 2:31 am
Sallam en Nasron! Pak su baru 1st time masuk laman ni
minta izin nak cuba coleslaw resipi en nasron sbb banyak dah
cuba resipi lain tapi tak menjadi sedap spt kfc original. mudah mudahan sedap kot….. Keduanya pula sape sape yang boleh buat ayam goreng ala ala ala kentucky, rasa dan lembut seakan akan yang ori…boleh lah kongsi kongsi cara tumpang ruangan en nasron ni……mau jimat belanja daaaa.
26 Februari 2010 at 9:34 am
@ Pak Su Kota
ambillah resepi2 di sini dan dapatkanlah manfaat darinya.
sebenarnya awak boleh buat lebih baik dari kfc. pada saya ayam goreng kfc dah kurang kualitinya. tak sama dengan kualiti tahun2 80 an dulu yg masih ditahap international. sekarang kfc pakai ayam stok lama – goreng pakai minyak dah expired (minyak masak sebenarnya hanya boleh dipakai beberapa kali saja) – dsb. malas nak hentam banyak2.
kalau ayam nak lembut dan juicy, cubalah goreng pakai teknik deep fried yg bermakna semua ayam digoreng dengan minyak yg banyak menutupi semua bahagian ketulan ayam yg digoreng. pastikan ayam dah dinyahbeku terlebih dahulu.
18 Februari 2010 at 4:31 pm
salam..
encik nasron thanks alot for the recipe..!!
26 Februari 2010 at 9:23 am
@ buin
welkam sir, me spik englis litel-litel oneli.
2 Mac 2010 at 9:33 pm
asalamualaikum encik nasron,
timakasih bebanyak atas resepi ni..
anak2 saya bukan main suka lagi sampai
licinnn dikerjakannya…sehingga menjilat jari
hehehe…..
3 Mac 2010 at 1:47 am
@ UMI INA
wa’alaikumussalam wr wb
semoga puan umi aina dan keluarga mendapat manfaat dari blog saya ini. insya’allah kalau ada kesempatan saya akan muatkan resepi2 lain yg mudah dan sedap2.
terima kasih sudi melawat blog ini.
5 Mac 2010 at 11:56 pm
a’kum….en.nasro, tima kasih sbb kongsi resepi nih! sseronok betol dpt belajar cr bt coslaw ni…tp x bt lg br ambk resepi…klu jd 6t sy reply blk ye….tima kasih
23 Mac 2010 at 10:05 pm
waa…menarik ni..nk kne try…en mmg husband yang mithali.
29 Mac 2010 at 10:15 am
Akum, first sy minta izin ambil resepi coslaw ni n mlm td dah buat pun. Suami puji…terangkat dia ckp. Sbnrnya sy ni tak pandai msk. Yg basic blh le… tp yg western langsung tak tau. TQ very much sbb membantu sy n membuatkn suami makin syg kat sy.
6 April 2010 at 8:10 am
nak tanya, kalu pakai susu kotak boleh tak. coz my family tak makan susu tepung
13 April 2010 at 11:11 am
assalamualaikum en nasron,
bila nak kongsi resepi soto daging yg tersohor tu?….sy sering teringat2 & telan air liur selalu nak merasainya.
21 April 2010 at 5:10 am
peh….lepas ni tak mimpi lagi lagi nak makan coleslaw…dah ada resepi….thank u …..
20 Mei 2010 at 1:21 am
hehehe. nnt ade reunion dengan kawan2 sekolah dulu.
dapat pulak bahagian makanan.
tu yg mencari resepi utk buat mknan best2.
boleh la buat coleslaw bnyk2 mcm nih.
tak payah pegi KFC beli mahal2 =P
thanks yer 🙂
12 Julai 2010 at 12:40 am
salam..mintak izin copy resepi nih dlm blog saya..sedappp…byk kali dah buat..thankss ya!
16 Julai 2010 at 6:00 pm
tq En Nasron
7 September 2010 at 10:42 am
En. Nasron..
ada benda nak tanya..
kalau susu tepung tu digantikan dengan susu pekat manis boleh ke? sbb saya tak berapa gemar dengan susu tepung.
rasa dia ada beza tak kalau tukar susu tu?
7 September 2010 at 11:47 pm
boleh wendy… tak ada masalah… sedap juga rasanya… cubalah…
8 September 2010 at 8:55 pm
nk try lh 🙂
13 September 2010 at 9:49 pm
saye baru berumur 11 tahun tapi saya akan cube masak sendiri untuk suprise for my family..
29 September 2010 at 3:37 pm
alhamdulillah sy dh cume…ermm mmg mirip KFC…sy buat tuk jamuan hari raya kelmarin..ramai yg puji..cuma sy guna susu pekat manis tk guna susu tepung….
TERIMA KASIH 🙂
30 September 2010 at 12:57 pm
cuke cap ape gune?..perut saya ni alah pd cuke….cepat bocor klu makn…
30 September 2010 at 8:48 pm
faiz : tak payah letak cuka pun boleh. no hal lah.
kau patutnya selalu amalkan minum air bateri. itu petua nak bagi perut kuat. sure kebal dan tak akan bocor. cubalah…
26 Oktober 2010 at 11:09 pm
salam…nk tye la kalo sy nk gntikn kobis pd mix vege, rsanya sdap x?? coz sy xleh mkn kobis.. doktor x bg..
15 November 2010 at 10:41 am
boleh bgi cth susu tepung penuh krim tu x.
30 November 2010 at 2:15 pm
MESTI KE LETAK CUKA TU … ? SEDAP TAK SAYUR COLESLAW KALAU LETAK CUKA ? KE MEMANG KENA LETAK ?
20 Disember 2010 at 6:54 pm
mmg sodapp!!! tp sy xltk cuka.gnti ngan limau nipis n tmbah bawang sikit.2 thumbs up!
7 Januari 2011 at 4:25 pm
wah..bnyak testimonial yg bgus2 nih..nak try la jgak resepi en nasron ni..Esok nk jamu kwn2..heheh…hrp2 mnjadi la coleslaw saya..
16 Januari 2011 at 9:32 pm
mohon izin utk dicube ye.thanx~
3 Jun 2011 at 11:41 am
HIDUP UMNO!
10 Julai 2011 at 5:00 am
Wah .. nak cuba la .. En Nasron minta izin ye .. hehheh
agak2 mayonis 200gram tu brapa sudu besar ye?
13 Julai 2011 at 12:45 pm
salam~ saya minta izin nak amik resepi ni yea.. nak ajar budak2 pra masak =)
16 Julai 2011 at 4:34 pm
mintak izin ambik resepi ni yee .terima kasih 🙂
10 Ogos 2011 at 12:52 pm
spe ley ajar sy buat kek???
9 September 2011 at 9:11 am
as’salam, semalam saya try recipe ni, memang sedap(lagi bes dari KFC punya!!), thnks for sharing
20 Oktober 2011 at 12:34 pm
ok2 pasnih boleh plak share resepi wat wedges yg lbih sedap dr kfc
2 Disember 2011 at 7:18 am
meacih….nk try la…sy mmg suka sgt2 mkn coleslaw…..t kalau menjadi sy bg en.nasron rs same ye…..hehe….
8 Disember 2011 at 6:27 pm
salam ,nak tnyer . kalo pkai susu kotak dutch lady yg air tu boleh ke ? sbb kat umah ni mana ada budak nak minum susu tepung . 🙂
9 Disember 2011 at 12:08 am
boleh…
15 Januari 2012 at 10:52 pm
[…] Coleslaw Yang Sedap (Rasa Serupa / Mirip Macam Coleslaw KFC) Resepi asal: Encik Nasron […]
31 Januari 2012 at 12:07 pm
menarik ni bleh try…xpayah campur air ker t.t??? bp sukatan die??… ker susu tepung 2 kene bancuh dulu???
2 Februari 2012 at 12:45 am
blh tak susu tepung diganti dengan susu segar atau susu rendah lemak sbb umah sy xde susu tepung.
4 Februari 2012 at 11:50 pm
hasta peranto : tak payah campor air laaa… kau ni bacha la betol2… 🙂
norasmat : kau nak ganti susu apa pon boleh la… susu kambing buleh, kobau buleh, kude buleh… susu ibu pon buleh… terbaekkkk!!!
15 Februari 2012 at 7:00 pm
Assalam en.Nasron… hmm bestnyer dpt jmpa resepi ni dlm Blog en.Nas.. huweiiiii.. mesti cuba..sbb saya penggemar coselooooowww.. uh.. .. lps maghrib saya g pasor eh..cari bhn.. hrp2 esok dah bleh mkn.. maklumlah nakkan kepuasan perapan 12 jam.. tq bery much en.Nas…
15 Februari 2012 at 11:51 pm
cubalah… insya’allah sedap dan tidak mengechewakan… 🙂
19 Februari 2012 at 11:16 am
mesti cuba
22 Februari 2012 at 9:05 pm
Kalau x taruk susu tepung boley x?gantikan dgn susu cair
22 Februari 2012 at 10:23 pm
boleh…
tapi di sebabkan ramai yang selalu bertanya pa’chik, maka dengan ini pa’chik senaraikan jenis-jenis susu yang boleh digunakan, iaitu;
susu tepong, susu cair, susu segar, susu pekat manis, susu anak, susu ibu, susu lembu, susu kambing, susu kuda, susu unta, susu kotak, susu botol dan semua jenis susu asalkan kaler dia putih dan halal.
🙂
sekian, wassalamu…
28 Februari 2012 at 10:03 pm
Pergh.. best..saya dah try resepi nih..sedap woo.. memang jujur resepi nih…xde tipu2 punyer.. ikut jerk sebijik-bijik sama..jgn tinggal2 atau memandai letak koma(,) ..sure jadik.. hehe… anyway terima kasih en Nasron dan terima kasih Allah… 🙂
28 Februari 2012 at 10:48 pm
yasua…
ehh ekau ni macam tak percayo kek pokcik… pokcik dah bilang sodap, maka sodaplah… hehehe terbuktikan? 🙂
22 Mac 2012 at 7:53 am
Assalamualaikum , tima kassih sebab sharing resipi ni…. Mmg dah lama carik resipi koleslaw ni geram pasal beli kat kfc tak cukup…. beli kat kedai chicken chop dekat area sini lagilah ciput dalam sesudu lebih je tapi sedap hehehe… bior den terai resipi ni tp jika ditengokkan dari respon org ramai sure best… Tenkiu skali lagi….
5 April 2012 at 10:06 am
klakar tol la bca komen2 pa’chik nasron ni. hahahaaaa! nt nk try la rsepi pa’chik ni. aritu buat coleslaw letak mayo n cuka je. patot la rse mcm xbest mcm kfc punye sbb xltak susu..huhu.. tp kalo guna kobis yg cameroon lg sodap kn sbb rangup n manis..heee 😀
8 Mei 2012 at 6:30 pm
mintak share resepi ek en nasron…
10 Mei 2012 at 5:03 pm
err nak tanya…. tepun susu berkrim tuh kan yg jenama apa…?? tepun susu yg ada kat rumah ada yg anlene dn alpha lipd kepunyaan papa mama je hehehe… susu ducth lady yg dlam kotak always in stock.. so pkai susu tuh xpe ke?? or prefer susu tepung jugak?? tq 🙂
10 Mei 2012 at 7:41 pm
terima kasih le … dah banyak kali cuba buat… menjadi… tapi… dalam banyak banyak susu cuma satu jek susu kat dunia nih yang tak boleh sesekali masuk…… SUSU GETAH!!!
12 Mei 2012 at 3:25 pm
Urm…mcm best je…dh sekian lama cari…baru ni jmpa…bkak2 trus dpt en.nasron pnya resepi..mlm nanti nak buat…esok dah blh mkn kan..urm..hope menjadi~~
^__~
12 Mei 2012 at 10:43 pm
200 gram mayonis bape sudu besar?
16 Mei 2012 at 9:16 pm
Huk alorh…………sunyi sepi..!
Xde yg membantu…nasib coslo dah mnjadi..
17 Mei 2012 at 5:42 pm
dah tau dah… kalau ikut bulat2 macam pakcik nasron ajar mesti jadi punya… sebab tu senyap jer… hehehe
24 Mei 2012 at 3:35 pm
susu tu..nak cairkan dulu ke atau redah jek?
26 Mei 2012 at 3:00 pm
redah jer…
14 Julai 2012 at 9:17 pm
As salam Pa’chik Nasron…alhamdulilah setelah mencuba resepi pa’chik…rasa macam kat Kfc…terima kasih banyak2 share resepi dan tak sabar nak bawak esok kat tempat keja..:-)
23 September 2012 at 4:32 pm
salam,sangat2 sedappppp……dah cuba buat.anak2 sampai menyuruh buat lagi…tengkiuuu so muchh…dah lama cari resepi ni.akhirnya ketemu jua,,,,nak ambil resepi ni boleh tak utk simpanan di masa akan dtg…
24 September 2012 at 11:53 am
barangsiapa yang mahu resepi ini bolehlah ambil… perchuma sahaja… tidak perlu membayar apa-apa kepada saya… ajarkanlah kepada orang lain juga… kalau mahu buat berniaga juga sangat bagus… biar pahala berpanjangan sampai kiamat…
4 Oktober 2012 at 10:33 pm
mayonis apa yg awk guna ya?
11 Oktober 2012 at 7:31 pm
guna thousand island boleh kan
hidangan ini untuk berapa orang??
12 Oktober 2012 at 3:17 am
saya minta resepinya ya..!TQ
17 Oktober 2012 at 1:50 pm
NAK BUAT nak buat nak buat t insya ALlah.. nak padankan dengan menu nasi arab di pagi aidiladha 1433 h di rumah bonda.. tq3…
24 Oktober 2012 at 3:30 pm
mintak resepinya yaa….
26 Oktober 2012 at 5:35 pm
saya baru siap buat…takut nie,,sbb nie 1st time buat n nak bagi family bf saya makan sbb diorng ada buat bbq mlm nie.. saya guna bahan2 yg en nasron ckp tp ikut sukatan x ikut saya latak ikut mata memandang…tp mcm terlebih cuka, rasa2 nya masam x???
11 November 2012 at 6:59 am
Assalamualaikum En Nasran.
Nak cuba juga resipi ni. Nak tanya, sukatan di atas utk berapa org makan? Trm ksh…
11 November 2012 at 2:53 pm
wa’alaikumussalam puan doktor,
kalau setakat jamah-jamah, satu kampong boleh makan… kalau mentekekadarah, sorang pon boleh bedal lichin… kalau ikot sukatan koleslo di snake plate kfc, kalau setakat 20-30 set hidangan tu insya’allah chukop…sebab dia letak cetotet jer…
salah silap harap maaf puan doktor… tolong jangan inject saya… lariiiiiiiiiiiiiiiiii…
11 November 2012 at 8:59 pm
Saya inject gigi yang bermasalah jer 😉 Ok terima kasih En. Nasron. Minggu depan ada Hari keluarga, nak bajet banyak mana nak buat.
10 September 2013 at 1:54 am
If some one needs to be updated with most up-to-date technologies after that he
must be pay a visit this web site and be up to date daily.
30 September 2013 at 7:18 pm
Assalammualaikum bro,
nak tanya Susu Tepung Penuh Krim tu nak beli brand apa?
ayam brand mmg takde la kan… hehee
so nak tau details sket boleh bro
TQ bro
salam wasalam
19 Januari 2014 at 12:50 pm
susu tu yg dutchlady punya yg lam kotak tu ka or susu tepung serbuk??
7 Februari 2014 at 4:07 pm
terbaik..mesti sedap ni.. siap ada tempoh matang 12 jam.. 🙂 lama carik fakta tu..kenapa la coleslow kat kedai sedap n sejuk..peram dalam peti rupanya… mekasih en nasron..pandai mask dan lawak pula…ha6
19 April 2014 at 1:03 am
wah mcm bst je… slama ni letak kobis.,carrot.maonis je…niaga chicken chop…nak cuba dululah …terima kasih..:)
20 September 2014 at 9:40 am
Ϻy brother recommended I might like this website.
He was totally right. This post actually made my
day. You cann’t imagine simply how much time I had spent for this info!
Thanks!
30 Mac 2015 at 5:41 am
[…] Cara membuat coleslaw yang sedap (rasa serupa / mirip […]
10 Disember 2015 at 9:05 am
Thanks en. Nasron….atas resepi yg d beri….saya nak halal kan resepi ye…