Resepi Terbaik Cendawan Goreng Yang Sodapppp!


Ketika bulan Syawal yang lalu, ramai saudara-mara dan sahabat-handai yang berkunjung ke rumah saya untuk berhari raya. Walau saya tak pernah buat “rumah terbuka” tapi ramai juga yang berkunjung. Mereka datang secara berkumpulan. Memang sebaiknya begitu agar senang nak handle dan tak payah saya serve diorang berulang kali. Maklumlah, melayan tetamu ni bukannya tak penat.

Menu saya simple jer; SOTO DAGING dan CENDAWAN GORENG! Sedapkan?!

Untuk masak Soto Daging, saya serahkan kepada isteri tercinta untuk memasaknya. Menggunakan gabungan 3 set rempah. Gabungan 2 style; Malaysia + Indonesia. Ciri khasnya ialah, time nak makan cuba perah limau kasturi dan sambal kicap, gerenti terangkat punyalah! Lagi pun isteri saya memang dah expert sangat masak benda tu sebab dah buat R&D dan test beberapa kali. Tapi bab resepinya, jangan harap korang boleh dapat sebab isteri saya tu malas nak nulis. Saya pulak malas nak nanya!

cendawan-tiram-kelabu.jpg

Bab goreng cendawan, itu part saya. Saya dah expert sangat bab goreng cendawan ni. Pertama sebab saya dah pernah ikut kursus penanaman cendawan anjuran Jabatan Pertanian dengan kerjasama Encik R Azmi, pengusaha cendawan tiram yang terawal di negeri Johor. Kedua, sebab Encik R Azmi dah “pecah lobang” bahawa orang yang pertama buat cendawan goreng ialah dirinya setelah buat R&D selama seminggu dan beliau dah ngajar saya bagaimana nak pilih cendawan yang sesuai. Dia kata, warung sup cendawan & cendawan goreng SONTO kat Kempas tu milik abang ipar dia, tapi resepi dia yang ajar. Sayangnya dia tak beritahu rahsia adunan tepungnya atas sebab-sebab komersil. Ketiga sebab saya sendiri dah buat R&D untuk mencari formula adunan tepung yang sesuai untuk buat goreng cendawan.

Memang banyak peniaga yang jual cendawan goreng di tepi jalan, tapi rasanya majoritinya tak sedap la (bagi tekak exclusive macam saya ni). Antara sebab-sebab jadi tak sedap ialah; cendawan goreng tu lembik; tepung terlalu tebal; terlalu berminyak; rasa macam siot; dsb. Tak nak kutuk banyak-banyak karang orang marah. Dipendekkan cerita, ni saya nak menyedekahkan rahsia bagaimana nak buat cendawan goreng yang sodap ditokak. Semoga resepi ni dapat memberikan manfaat kepada korang semua dan saya (semoga jadi amal jariah saya kat akhirat kelak).

Saya tulis resepi ni pakai ratio ya sebab saya tak pakai timbang. Orang dah expert tak main la timbang-timbang ni. Here is the recipe…

  • Jenis sukatan; 1 portion bermaksud 1 bahagian; Saya kelmarin sukat pakai mug.
  • Jenis cendawan; Cendawan Tiram Kelabu; 500 ~ 750 gram.
  • Tepung Gandum; 1 portion; Tepung gandum ni menentukan tebal atau tipisnya salutan tepung goreng. Kalau nak lebih “berisi” korang letak lebih portion dia. Tapi kalau terlebih jadi tebal cam cekodok pulak.
  • Tepung Beras; 1 portion; Tepung beras ni memberikan rasa “keras” untuk membuat kerak. Kalau suka kerak dia keras sikit, korang tambahlah portion dia ikut suka koranglah. Kalau terlebih jadi keras dan liat pulak nanti.
  • Tepung Jagung; 1 portion; Tepung jagung memberi kesan rangup atau crunchy cakap omputih. Kalau terlebih akan menyerap banyak minyak.
  • Telur Ayam; 1 biji; Telur memberikan efek “soft”. Tapi kalau lebih, akan serap minyak.
  • Serbuk Ketumbar; 3 sudu besar; Perhatian, ini serbuk ya, bukan ketumbar yang diblender! Korang belilah kat kedai ya!
  • Serbuk Kunyit; 1 sudu kecil; Sekadar nak beri warna kuning, biar nanti goreng kaler dia nampak golden brown.
  • Air Kapur; 2 sudu besar; Petua orang-orang tua, supaya lebih rangup. Amaran, hanya gunakan air kapur sireh atau kapur makan atau kapur dapur ya! Jangan sesekali gunakan air batu kapur atau kapur tulis yang korang ambik kat sekolah! Karang masuk hospital pulak!
  • Air; Saya gunakan air bertapis sebab kat Pasir Gudang ni, kualiti air paip dia, ya rabbi, teruk sangatlah! Sukatan air saya tak ukur sebab tak de masa la, nak cepat! Agak-agaklah sendiri, takkan itu pun tak boleh! Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat!
  • Garam; Saya pakai garam bukit (bukan Bukit Cina, Bukit Beruntung atau Bukit Bintang ya!). Sebab garam bukit kurang masin, saya lebur 2 sudu besar. Korang yang pakai garam biasa tu pandai-pandailah adjust. Masa dah jadi adunan, korang rasa la kat lidah, lepas tu ludah. Kalau kurang masin, tambah garam lagi. Kalau terlebih, mmm tak dapat nak nolong…
  • Cara Menggoreng; minyak kena banyak dan PASTIKAN MINYAK BETUL-BETUL CUKUP PANAS baru masukkan cendawan yang telah dicelup adunan tepung tu tadi. Pastikan JANGAN MERENDAM cendawan dalam adunan tepung! Time nak goreng, baru korang celup dan goreng dalam kuali. Kalau korang siap-siap masukkan cendawan tu awal-awal dalam adunan tepung, nanti dia jadi lembik dan tak best. Bab goreng-menggoreng ni korang kena cekap control api dapur. Jangan sampai api tak cukup panas, karang menyerap minyak pulak. Kalau api terlebih panas, hangus pulak! Anyway, goreng tu tak perlu lama-lama. Asal warna dia jadi golden brown, cepat-cepat angkat! Just make sure tepung dia dah masak, that’s enough!
  • Cendawan goreng ni paling sesuai dimakan dengan cara mencicahnya dengan sambal kicap yang dicampur dengan sedikit perahan air limau kasturi. So, ada rasa pedas, manis, masin, masam dannnn paling ponting… sodapppppp!

Bagaimana nak pilih cendawan tiram kelabu yang sesuai?
Sebenarnya, puas saya cari kat market, sampai kat hypermarket, tak ada yang sesuai! Sebenarnya cendawan yang sesuai dan terbaik ialah cendawan yang segar, baru dipetik/dituai dalam tempoh 24 jam, kering dan tidak berair serta tidak berbau masam. Hampir 100% cendawan yang dijual kat pasaran ni kualitinya dah tak berapa bagus. Nak tahu apasal? Sebab diorang spray air kat cendawan tu sebelum packing! Biar berat dia bertambah! Tapi tindakan bangang diorang ni menyebabkan kualiti cendawan ni merudum! Cendawan akan jadi mudah pecah, masam dan rosak! Diorang apa kira, nak untung lebih la tu.

Jangan sesekali mencuci atau membasuh cendawan tiram! Cukup mengibas-ngibaskannya untuk membuang habuk yang melekat. Kalau kotor, buang je la. Sebenarnya cendawan ni tak perlu dikhuatiri kebersihannya sebab proses penanamannya sendiri memang cukup bersih. Cendawan ni sensitif terhadap kebersihan. Kalau tak bersih, tak tumbuh lah dia!

Kalau korang cuci, atau cendawan tu dah kena air, dia akan meresap air tersebut. Bila korang goreng, tekstur dalaman cendawan tu tetap basah sebab air cucian itu. Tepung tak akan dapat meresap masuk kedalam liang-liang dalam cendawan. Ini menyebabkan rasa jadi kureng dan cendawan jadi lembik! Begitu juga kalau korang bikin capcai atau masukkan dalam sup, tolong jangan cuci. Jika tidak, cendawan tidak akan meresap air sup, atau rempah capcai, malah masih tetap menahan air cucian tadi. Oleh itu, INGAT! JANGAN CUCI CENDAWAN TIRAM JIKA NAK MASAK ATAU GORENG! Korang cuci baju lagi baik laaa.

Disebabkan cendawan tiram yang saya beli tu dah kena spray air ngan pembekal bangang, maka saya terpaksalah menjemurnya sebentar bagi mengurangkan kandungan air yang telah diresapinya. Tapi baru jemur sekejap, petang tu hujan pulak, kelam-kabut saya menyelamatkan cendawan tu dari ditenggelami banjir seperti bandar Kota Tinggi akhir tahun lepas.

Ada orang cakap, memasak adalah satu seni. Tapi bagi saya, memasak adalah SAINS walaupun tukang masak bukanlah seorang saintis. Cubalah untuk memahami bahan dan teknik memasak, bukan sekadar main hafal dan ikut sahaja tanpa memahami. R&D adalah sangat perlu untuk menghasilkan masakan yang sedap ditekak dan bukan untuk di tong sampahkan!

Saya jamin resepi saya beri ni sedap! Kalau sesiapa yang dah try buat tapi tak sodap, saya harap dia dapatlah bersekolah semula dan belajar Sains Paduan, Rampaian Sains atau Sains Rumahtangga! Kekeke. Gurau jer. Korang adjustlah sampai sedap, OK?! Janganlah marah…

Selamat mencuba dan jangan lupa baca Bismillah dan Selawat untuk ambil berkat. Semoga sedap dan sudah pasti halalan toiyiba!

Sekian, wassalam.

64 Respons to “Resepi Terbaik Cendawan Goreng Yang Sodapppp!”

  1. kasyah Says:

    Terima kasih banyak2 bro sudi berkongsi ilmu. Saya baru nak try buat kat rumah…dulu mase studi kat skudai slalu gak beli kat tmn u…

    thanks again… 🙂

    Nasron jawab;

    No problem punya! Small matter jer tuh. Lagi pun, ilmu bukan saya punya, Allah Ta’ala yang punya.

    p/s; “Itu harta, Ahmad al-Bab yang punya. Hahaha…”, kata bapak jin.

  2. roy Says:

    Terima kasih bagi resepi dan tips.

  3. Nasron al-Jauhari Says:

    @ roy

    Jangan lupa makan ramai2 dengan keluarga, baru best dan barakah!

  4. Caesar Says:

    Bro..kerepek cendawan ada resepi tak? Tgh dok pikir mcm mana nak wat. Thanx for resepi cendawan goreng tu.

  5. Nasron al-Jauhari Says:

    @ Caesar

    Kerepek cendawan… mmm… boleh ke di buat kerepek? Boleh kot? Sedangkan nangka pun boleh dibuat kerepek, cendawan mungkin boleh kot?… Tak mustahil. Tapi saya belum pernah cuba try test.

    Buat masa ni saya tersangat sibuk nak ngetest buat kerepek cendawan. Awak jer la yg try dulu. Laporan nanti tulis kat sini ya.

  6. JauharatuDini Says:

    i beli kat bazaar ramadhan jer cendawan goreng ni…sedap juga..huhu nnati i try masak sendiri pulak…

  7. Amy Says:

    Bang mesikasih bagi resipi yang best siot ni..kalau guna cendawan butang bole tak bang.

    Bang nak resipi daging soto…

  8. azie Says:

    thnks 4 the recipe…bc recipe u trus wat kat umah..kebetulan ade cndawan tiram dlm peti ais…pergghhh…mmg best la…mnum lak ngan air teh o petang2 ni…..emm….sepinggan abis sy mkn sorang…hehe…resipi sup cendawan xde ke?

  9. Nasron al-Jauhari Says:

    @ Amy
    – pakai cendawan butang pun boleh agaknya, tapi saya belum cuba try test lagi. namun begitu, saya rasa awak perlu hiris dulu kot cendawan butang tu… agaknya laaa… cubalah try…

    @ azie
    – hehehe. sebelum publish kat weblog ni, setiap resepi telah saya uji cuba try test beberapa kali.
    – kalau nak buat sup cendawan (malay style) senang jer. awak buat sup macam biasa le. setelah sup masak dan mendidih dan cukup rasa, awak tuangkan sop tersebut dalam mangkuk yang berisi cendawan tu. dah siap pun! pilih cendawan yang kecil2 saiznya (baby size). yang besar tak sedap kalau dibuat sup. pastikan cendawan itu TIDAK DIBASUH!
    – buat sup cendawan dengan cara memasak cendawan tersebut di dalam periuk adalah kurang bijak!
    – selamat mencuba!

  10. Nasron al-Jauhari Says:

    saya ada resepi yang lebih simple. tak payah pakai telur. jimat kos kalau nak bisnes. saya jamin tetap sedap. saya sebenarnya lebih suka resepi yang telah diperbaharui ni.

    untuk lebih kurang 300 gm cendawan tiram.

    tepung gandum 1/2 cawan
    tepung jagung 1 cawan
    tepung beras 1 cawan
    garam 1 sudu teh (atau secukup rasa)
    air kapur 2 sudu besar
    serbuk kunyit 1/2 sudu teh
    air/jus limau/cuka 1 sudu besar
    *semua jenis limau boleh digunakan kecuali limau bali/tambun/gedang. lemon pun boleh. asal masam la senang cerita. tapi buah oren tak boleh sebab nama dia bukan limau. lemon boleh sebab nama dia iras2 dengan limau. ahaks! jangan lawan cikgu ya!

    jintan manis 1 sudu besar
    ketumbar 1 sudu besar
    jintan kasar 1 sudu teh

    jintan manis, ketumbar dan jintan kasar korang sangai (goreng tanpa minyak) dalam 5 minit. lepas tu blender.

    dah settle semua, korang leburkan semua bahan2 tu dalam mangkuk besor dan tuang air sikit demi sedikit. kacau. tambahkan air dan kacau lagi. begitulah hingga dapat kepekatan / kecairan yang sesuai.

    teknik goreng-menggoreng sama macam resepi asal.

    silakan cuba membuatnya. kalau tak sedap awak boleh jitat kepala saya… ehhh… kepala sendiri laaa…

  11. majie Says:

    mekaseh sedara,
    saya memang tengah carik resipi cendawan goreng yg sedap..patutla selama nie tak jadik resipi aku…tak sabar nak try balik nie…hehe

  12. chmy06 Says:

    Ehmmm boleh buat biz ini…sambil2 jual burger, leh gak try resipi cendawan goreng ini hihihii.

  13. cik cindaizz Says:

    salam..

    hehe bro..walaupun blog ni dipost in year 2007,tapi aku tetap nak komen gak.
    time kasih la berkongsi rahsia resepi cendawan goreng nih…
    semoga bro dapat pahala…sama macam pahala memberi makan kepada org2 yg lapa huhu..
    nak try la balik umah nanti…tergelak2 aku membace kamu punye post nih hehe…bye2…

  14. Lynn Says:

    Alhamdulillah.. Dapat gak resepi yang dicari-cari selama nih..
    Tima kasih byk2. Moga murah rezeki dan hidup diberkati..
    Esok pg nak try goreng & kalau sedap, nak bisnes r….

  15. Tok Mat Says:

    Alhamdulillah…
    terima kasih kepada tuan blog yg berkongsi ilmu yg amat berharga ini…
    saya nak cuba resepi ini…
    kalau mantap & sedap…. saya akan jadikan satu pendapatan sampingan……
    thanx again….
    syukran jazilan…

  16. MUAZ-KLANG Says:

    pertama skali sye nk ucap trimer kasih kt sedara nasron kerana sudi kongsi resepi ni, sebenar nya sya ni pengusaha cendawan tiram kelabu. baru start bln 12/2008 ari tu.. skang ni sye dh tuai hasil ke empat, setiap hari 40kg ke 60kg. awal2 target 80kg setiap hari tp sbb cuaca tk menentu skang ni so hasil pun tk menentu gk la.. market utk permulaan agak lembab memandang hasil tak leh nk maintain, so awal2 ni mmg banyak cendawan rosak tk sempat dijual,mmg sedih… sebab tu sye cadang dengan resepi sedara ni sye nak cuba wt cendwan goreng frozen… insyaallah jadi nanti… sye pos 13 peket utk sedare rase…

  17. zam Says:

    Terima kasih banyak terutamanya pada tips yang dibagi.Saya dah cuba memang sedap. Tapi nak kongsi sikit, saya ada masuk tepong Gogi atau tepong Tempura bersama dengan rempah “all spices” nak bagi sedap.Percubaan dengan memasukan Oregano bersama garam masala juga memberi sedikit kelainan rasa yang agak menarik. Anyway, Thanks again.

  18. EMA Says:

    terima kasih utk tips tersebut..

    jika anda ingin mengambil tempahan cendawan segar dari ladang sila dail eiskandar 017-7103602

  19. Ramlah Hussin Says:

    Bebanyak time kasih la weyyyy… tak saba den nak cubo… potang nih den terus nak poei pasa balik dari opis.. nak boli cendawan… paneh boto ati den selamo nih den goreng cendawan tak ponah menjadi… mokaseh la encik nasron… muaaaahhhhhh sayang kek kau…. heheheheh resepi goreng peria katak ada tak????

  20. mded Says:

    Patutla jadi xsedap.. ambe terbasuh cendawan tu seblum goreng… takpe.. kang beli sepeket lagik..

    Mekasih tuan rumah kerana sudi kongsi resepi..

  21. baby bun Says:

    salam..
    sy nk bekongsi resepi cendawan goreng yg lebih simple..

    bahan2 nye: (hidangan 2-3org)
    1. tepung goreng ayam adabi (kaler kunin tu)
    2. telur sebijik
    3. minyak masak
    4. cendawan yg paling penting sbb xde cendawan xjadik
    5. serbuk kari sesudu atau suke ati

    care2 nye:
    1. pecah telur dan pukul sket
    2. masukkan serbuk kari pastu kacau sket
    3. celup cendawan
    4. pastu masukkan lam tepung dan rate kan
    5.goreng

    sesuai tok suri rumah yg nk cepat…takut bby bangun ke ape..klu nk lagi spicy tambah lebih sket serbuk kari..

    selamat mencoba!!

  22. lin Says:

    cik nasron,terima kasih banyak2 bagi resepi tu,xsabar2 nak wat la..hhehehe..saya baru terbaca blog ne..thanks so much..semoga rezeki cik nasron bertambah murah..aminnn

  23. Liza Says:

    Saya baru terbaca blog ni. Rasa2 macam best je `cendawan goreng’ tuan ni. Saya nak masukkan kat laman web boleh? Moga dimurahkan lagi rezeki… amiiin.

  24. Nono Says:

    Saya suka juga kok jamur (cendawan) goreng..tapi kalau saya lebih suka ditumis atau dibuat sup. Lebih mak nyusss (lemak nian kata Wong Plembang)…

    Salam kenal dari Semarang

  25. iris Says:

    salam bro..

    saya mmg tgh cari resepi cendawan ne..nmpk mcm sedap jer..minta izin nk amik resepi yer..:)

  26. yati Says:

    nanti nak cuba buat. kalau menjadik harap2 niat awk nak buat pahala termakbul. aminnnnn

  27. merah Says:

    wehh… tq nasrul… nak cuba resipi awak dan mungkin later cuba yang lain2 tu gak…

  28. daisy Says:

    resepi cendawan yang paling detail saya jumper..menarik untuk mencuba dengan penerangan yang cukup jelas dan mampu membuatkan saya tergelak..:D

  29. siti hafizah Says:

    memang best giler???????
    bagi la resepi baru pllak
    hehehehe

  30. aini Says:

    yo bro!lu masak cendawan x bsoh ke??kalu ikut islam salah tu.apa-apa nak masuk ke perut wajib basuh ngan air bersih…ingat bro..kebersihan tu sebahagian dari IMAN.

  31. akhil hoyy Says:

    umak aiii… sedap jer mulut kau cakap aini… lu jantan ke tina, tak ada attitude betul…

    lain kali baca dengan teliti… kalau tak faham, tanya… kalau musykil tanya dulu…

    apa fatwa lu pakai… mana ada hadis ke ayat quran yg kata apa2 (semua) nak masuk perut wajib kena basuh dulu dengan air? sunnah nabi, sunnah sahabiah, ijmak ulamak pun tak ada fatwa kabur macam tu…

    lu cakap pakai nama islam tapi lu sendiri pun tak tau hukum islam… cam wahabi jer…

    aini… sini wa nak tanya lu… dari nabi adam sampai ler nabi muhammad, ada ke depa makan buah kurma/tamar depa basuh dulu? hah amek kau sebijik… hahaha

    len kali lu kena tau cerita dulu… jangan main terjah aja… silap2 lu dah terbuat ajaran sesat… cam ayah pin la pulak…

    tu jer la wa nak komen… apa2 hal, wa peace jer baby… peace for all…

  32. mat hensem Says:

    aini ku sayang,

    cendawan tu bersih la. ni bukan cendawan dalam hutan atau dalam kebun. ini cendawan yang diternak. eh, betul ke bahasa aku ni? bantai jer la.

    cendawan pakcik nasron tu cendawan yang diternak dalam kandang/bilik/stor khas. semua bertutup. pakai atap lagi. semua binatang tak boleh masuk. kucing, anjing, tikus tarak… yillek… appa yillek, amma yillek, tambi yillek… yennadei…

    nak buat pembenihan kena masuk lab. pakai sarung tangan. bilik khas. kena sterilize dulu. punya la bersih. sabun fab pun kalah.

    menanam cendawan kalau tak bersih maka tak tumbuhlah dia. habuk kayu yang digunakan pun harus dikukus/stim dekat 12 jam. bukan cuma kuman, bapak kuman tok kuman, nenek kuman… semua dah gol!

    aini ku yang cantik jelita,

    jom kita bertemu muka. bolehlah kanda belanja aini makan sup cendawan dan cendawan goreng. jom sayang…

  33. hero malaya Says:

    salam smua,,,
    rilek la bro, (ayat ceta adnan sempit),
    jgn terjah mcm tu aje.. ada cara nya kta menegur org bkn main belasah aje..

    ayat kena baik bro..
    untuk aini… plz sblm komen tu cb kaji kesahihan ayat yg hendak di komen..

    utk mengorng cendawan ni.. mmg dah try dl..
    mmg sedap..cm kena pandai memilih cendawan..

    apa pon thz.. dgn sumber yg diberikan..

    salam

  34. syarqhawi Says:

    assalamualaikum….
    mungkin resipi awak ni bergna kpd saya…tapi,resipi ni macam ada 3 kekurangan padanya…

    Maaf…..

  35. penembak tepat Says:

    best22,sekarang juga pergi bikin!

  36. norharizah Says:

    thanks resepi cendawan goreng ni sodap anak2 yg x pandai makan sayur pun boleh habiskan 4 keping.

  37. nasron aljauhari Says:

    kepada semua yang telah mencuba dan berjaya membuat cendawan goreng berdasarkan resepi yang saya beri, tahniah saya ucapkan.

    terima kasih kerana telah sudi bertandang ke blog yang tidak seberapanya ini.

    terima kasih.

  38. salaz Says:

    Salam. Sebelum saya bertanya apa2, saya harap pertanyaan saya nanti dibalas oleh yang empunya blog, encik Nasron. Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi artikel yang sungguh informatif ini. Soalannya, berapa lamakah kerangupan cendawan ini boleh bertahan? Biasanya, jika dimakan sewaktu masih panas, ia masih dalam keadaan rangup, tapi bila beberapa minit selepas digoreng, ia mula menjadi kurang rangup. Adakah cara terbaik atau tips2 yang boleh mengawal kerangupan cendawan ini supaya bertahan lebih lama? Sekiranya cendawan yang telah digoreng tidak habis dimakan, bolehkah kita menyimpannya ke dalam bekas kedap udara semata-mata untuk mengekalkan kerangupannya? Saya harap encik Nasron dapat menjawab soalan saya tadi. Terima kasih sekali lagi.

  39. Cik Nor Says:

    Salam..
    Tq en nasron..sy da cuba..mmg sodap lar..pasai hal bsuh2 cendawn ni..sy pon da buat jgk..he3..Tp msih tetap rangup krn sy lalukn air jekk..dn keringkn. sy xbca perabis..

    To Aini yg mementingkn kebersihan..wlupn klu nk bsuh jgk cndawan2 pastikan anda mnjemur blik cendawan tersebut…ok?

    Kpd yg laen..jgn la mrh2, aini tercilap lar2..tegor elok2.

  40. lina Says:

    nk try jgak..izin kongsi resepi… sronok baca cara mmbuatnya… ada unsur2 humor.. smbil bca ..smbil gelak.. heheheh…timakasih..

  41. zura Says:

    hah..dah dapat resepi…petang nie nk try..
    result esok2 ea..
    semoga berkat resepi en nasron nie..
    tdpon dapat cendawan fresh..petik sendiri lagi..2 yg teringin nak buat cendawan goreng…mkan ngan family..nak tunjuk bakat memasak kat emak nie…huhuhuuu…

  42. zura Says:

    saya da try mmg best. sedap giler..
    x cukup makan sampai goreng second round..

  43. syabrie s Says:

    hello penggemar cndwan,sya tertarik dgn resepi2 yg korng bt,sy sedg mengusahakan tanaman cndwan tirm kelabu…,tma kaseh dgn resepi2 korng..akan ku coba smuanya..

  44. SITI Says:

    huh, tq…nak buat cendawan goreng lepas balik keje ni…

  45. Cendawan Goreng | blogwalking.web.id Says:

    […] Gorenghttps://nasron.wordpress.com/2007/11/20/resepi-terbaik-cendawan-goreng-yang-enak google_ad_client = "pub-5497089967964427"; /* 468×60, created 2/11/11 */ google_ad_slot = […]

  46. NORHANA MOHD ALI Says:

    saya nak try jgk… tadi dapat cendawan free dari pak din dan anaknya en zailan pengusaha cendawan tiram di chihi timur… mesti best punya…

  47. NORHANA MOHD ALI Says:

    saya nak try jgk… tadi dapat cendawan free dari pak din dan anaknya en zailan pengusaha cendawan tiram di chini timur… mesti best punya…

  48. acik roy Says:

    sy da cuba buat td..mmg meletop r..mabeles
    mertua sy xkering gusi puji sy…hiihihi
    en nasron boleh x bg resepi wat chicken chop? mana tau en nasron terer..hihihhi tq ye

  49. ana Says:

    sy tgah alahan/mabuk2 ngandg kali ke2 nih tetiba rasa nak makan sup cendawan..makanan lain seme dan kena out of list termasuk nasi,mak.bergoreng,bergulai,kari..skang xtau nak makan aper tp perut lapor..huuhuhu…terliur jek baca resepi cendawan goreng nih…tp xtau ler leh makan ker tak..huhuhu

  50. azimah Says:

    boleh ke dgn resepi tu, dah celup instead of goreng terus, di ‘freeze’ kn jadi frozen mushroom?

  51. aye Says:

    klakar btul lah nko nie… hehehe

  52. zaza Says:

    tabik spring! byk tol info bergune utk saya nk buat bisness cendawan goreng ni. Mga bertmbh lah rezki tujan kpd tuan punye bdn..mmg tak sia2 dan tak rugi! Terima kassiihhhhhh..

  53. yus Says:

    resepi dan tips pilih cendawan pun ade. memang terbaek tuan…

    Terima kasih atas perkongsian pintar . Berminat nak cuba tepung magik cendawan kami hasik RnD anak bumiputera kita. Tak perlu lagi telur nak bancuh tepung. Tepung kekal rangup berjam-jam.

    Nak detail boleh tengok link kat nama yer.

    Terima kasih sekali lagi.

  54. asmadi ibrahim Says:

    salam..

    ada sapa2 yg buat kursus kerepek cendawan tak..kalau ada email saya d studioasmadi@gmail.com..saya lebih suka cara praktikal n kalau en nasron sudi ajar saya lg bagus..t.kasih

  55. Rose Says:

    Dah cuba buat, memang sedap anak2 suka makan…terima kasih En. Nasron sudi kongsi resepi.

  56. http://bing.com Says:

    How much time did it require you to create “Resepi Terbaik
    Cendawan Goreng Yang Sodapppp! Apabila Nasron Menulis”?

    It offers quite a lot of superior info. Thank you ,
    Alejandra

  57. estespostcards.com » Blog Archive » Great Activities For Seniors And Grand-Kids To Share Says:

    […] more info can be found over at chairsandco.com or here at nasron.wordpress.com […]

  58. womensrunningshoesexpert.info » Blog Archive » Discover Ways To Battle The Effects Of Getting Older Says:

    […] more info can be found over at chairsandco.com or here at nasron.wordpress.com […]

  59. What No One Has Told You About Growing Older « alaina-whitaker.com Says:

    […] info can be found over at nasron.wordpress.com or here at […]

  60. free flash games Says:

    Yes! Finally someone writes about online games play.

  61. Passenger ships Ancona Patras Says:

    Hi, for all timne i used to check weblog posts
    here in the early hours in the morning, for the reason that i love to gain knowledge of
    more and more.

  62. σεξ Says:

    Hi there, I desire to subscribe for this website to
    take most recent updates, thbus wherre can i do it please help out.

  63. jms.besaba.com Says:

    Thanks for sharing your thoughts about Italy – Greece. Regards


Tinggalkan komen