Mengapa Harus Membeli Emas & Perak Sekarang?

 

Ada banyak sebab mengapa kita harus membeli emas dan perak sekarang dan tidak boleh bertangguh lagi. Setiap orang mempunyai sebab masing-masing, namun begitu ada beberapa sebab atau alasan yang sangat munasabah, kuat dan penting hingga kita tidak dapat kita elakkan atau nafikan. Berikut adalah sebab-sebabnya;

1. Agama

Pesan Nabi
Jika anda seorang Islam, ada banyak hadis dan ayat Qur’an yang menceritakan berkaitan dinar/emas atau dirham/perak. Ia meliputi banyak aspek baik dari segi perniagaan, zakat, nikah kahwin, ekonomi negara dan sebagainya. Islam juga ada memberi amaran tentang betapa pentingnya dinar/emas dan dirham/perak pada kehidupan akhir zaman nanti. Kita sekarang termasuk dalam kehidupan akhir zaman tersebut.

Abu Bakr ibn Abi Maryam mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) [untuk digunakan].” – Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Elakkan Riba’
Islam adalah agama dan cara hidup yang selamat dalam berbagai aspek. Islam telah mengharamkan riba’ kerana riba’ itu membawa kemusnahan yang besar dalam kehidupan manusia. Penggunaan dinar/emas dan dirham/perak dapat mencegah dari kegiatan-kegiatan riba’ kerana nilainya tetap dan jelas bersandar kepada fizikal logam itu sendiri. Tidak seperti wang kertas / wang fiat yang tiada sandaran fizikal, mudah dimanipulasi dan sebenarnya haram dalam Islam.

Sila rujuk sini dan sini.

2. Nilai Yang Tetap – Tiada Inflasi
Tiada pengaruh inflasi pada emas dan perak. Harga seekor kambing pada zaman Rasulullah kira-kira 1400 tahun dulu ialah 1 dinar dan harga seekor ayam ialah 1 dirham. Cuba anda periksa berapa harga seekor kambing dan ayam pada ketika ini, pasti harganya sekitar harga 1 dinar dan 1 dirham. Ini menunjukkan bahawa nilai emas dan perak adalah tidak dipengaruhi oleh inflasi.

Cuba anda kaji sendiri harga Ringgit Malaysia kambing dan ayam sejak tahun 1980an hingga sekarang . Harganya berubah-ubah. Pada tahun 1980an harga seekor kambing tidak mencecah RM300.00 tetapi pada hari ini harganya sekitar RM650.00. Lihatlah betapa wang kertas (Ringgit Malaysia) telah mengalami penyusutan nilai daya beli. Inilah inflasi!

3. Nilai Fizikal Yang Selamat
Apa jadi jika duit kertas anda terbakar? Terbakar separuh atau terbakar hangus menjadi debu, kedua-duanya menyebabkan wang kertas anda itu tidak lagi laku, tiada nilai sedikit pun. Yang tinggal hanyalah kenangan dan kekecewaan. Bagaimana pula kalau emas dan perak anda terbakar? Paling teruk ia akan meleleh, rupabentuknya tidak seperti bentuk asal namun mustahil menjadi debu. Adakah ia masih bernilai? Sudah pasti logam itu tetap bernilai walau rupabentuknya sudah sompek, kemek, terbakar atau sebagainya!

4. Tak Boleh Dicipta – Mencegah Manipulasi
Siapa boleh cipta emas dan perak? Handal bagaimana pun tidak boleh mencipta emas atau perak. Semua logam itu didapatkan dari perut bumi. Emas dan perak hanya boleh diolah tetapi tak boleh dicipta. Tidak seperti wang kertas, pemerintah/kerajaan sesuka hati mencetak sebanyaknya mengikut kehendak mereka. Inilah antara faktor utama mengapa wang kertas mengalami penurunan nilai dan inflasi. Lihat apa telah terjadi dengan matawang Zimbabwe, Iraq, Rupiah dan yang pernah berlaku jelas di negara kita dulu ia “duit pokok pisang” Jepun pada waktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu ketika era Perang Dunia Kedua dulu.

5. Tak Boleh Dicipta – Mencegah Wang Palsu
Wang kertas palsu banyak beredar di seluruh dunia. Oleh kerana ada berbagai rupa wang kertas kerana setiap negara mengeluarkan wang mereka sendiri, maka hampir mustahil untuk mengetahui paslu atau aslinya wang setiap negara. Perkara ini tidak berlaku pada emas, kerana emas tidak boleh dicipta atau di tiru.

6. Nilai Tanpa Sempadan
Sekiranya kita membeli sesuatu di Russia atau negara lain dengan menggunakan wang kertas Ringgit Malaysia, apakah penjual akan menerimanya? Tentu saja tidak! Cuba jika kita membayarnya dengan menggunakan emas, laku tak? Sudah tentu laku. Emas laku walau di mana sahaja di muka bumi ini hatta di alam jin sekali pun!

7. Nilai Waktu Aman & Waktu Darurat
Masih ingat waktu Saddam Hussien tumbang dan Iraq jatuh ketangan Amerika dan sekutunya. Apa jadi dengan wang kertas Iraq? Hancur lebur tidak bernilai! Cuba perhatikan senario contoh ini. Sebelum kejatuhan Saddam, Iraq$500 boleh beli seekor kambing. Setelah kejatuhan Saddam, Iraq$500 untuk membeli seekor ayam pun tak cukup. Perkara ini tidak akan berlaku dengan emas. Emas nilainya konsisten walau dalam apa jua keadaan malah bertambah nilainya apabila keadaan darurat berlaku. Wang kertas pula akan jatuh atau musnah nilainya apabila sesuatu kerajaan/pemerintah yang mengeluarkan wang tersebut sudah tidak berkuasa lagi. Dalam hal ini hanya emas yang konsisten pada kedua-dua waktu sama ada waktu aman atau waktu darurat.

8. Untuk Menghapus Monopoli & Penindasan Negara Kapitalis
Tahukah anda bahawa kejatuhan Empayar Khalifah Utsmaniah Turki antara sebab utamanya ialah kerana muflis gara-gara mengikut nasihat dan telunjuk Yahudi menggunakan wang fiat bagi menggantikan dinar dan dirham? Tahukah anda bahawa peperangan pada zaman dahulu tidak dapat berlangsung terlalu lama dan besar kerana faktor keterbatasan dana kerana pada zaman dahulu semua urusniaga menggunakan wang emas dan wang perak? Tahukah anda mengapa negara-negara kuasa besar sangat tidak suka negara-negara kecil menggunakan emas dan perak dalam urusniaga kerana mereka tidak boleh lagi memanipulasikan kewangan negara-negara kecil itu dengan mudah seperti ketika mereka menggunakan wang fiat? Tahukah anda, Amerika kerjanya mencetak sahaja wang dolar mereka untuk membiayai peperangan demi peperangan? Wang fiat dicetak sebanyak-banyaknya tanpa had sehingga tercapai cita-cita jahat mereka. Andai kata matawang emas dan perak sahaja digunakan, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana emas dan perak tidak dapat dicipta. Adanya keterhadan atau keterbatasan dalam hal ini.

Sila rujuk sini.

9. Harga Logam Semakin Naik
Sebenarnya ia lebih tepat bukan harga emas yang semakin meningkat, tetapi wang fiatlah yang mengalami penurunan nilai. Pada tahun 2001 1 gram emas 916 berharga RM36.00 tapi hari ini 1 gram emas telah meningkat pernah melebihi RM155.00. Semakin lambat anda membeli emas, kemungkinan untuk harganya bertambah naik sangat tinggi. Begitu juga dengan harga perak, harganya semakin meningkat dan terus meningkat. Pada tahun 2010, harga emas telah menaiki kenaikan mencapai 25%. Mengapa mahu bertangguh lagi?

Banyak alasan atau sebab yang kukuh untuk kita mengumpul emas dan perak dari sekarang. Sebagai muslim dan mukmin, saya percaya dan yakin terhadap janji-janji dan pesan-pesan Allah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Apa yang dikata pasti akan terjadi kerana Allah tidak pernah mungkir.

Koleksi Lagu-lagu A Ramlie

Saya sedang usahakan untok telah berjaya upload sebanyak 70 buah lagu A Ramlie ke 4shared.com dalam waktu terdekat ini bagi memudahkan para peminat allahyarham mendapatkan lagu-lagu yang mereka minati. Setakat ini cuma ada 70 buah lagu sahaja yang saya dapatkan dari convert dari Youtube, Enche’ Sesumpah dan entah siapa-siapa lagi saya tak ingat. Harap maklum ya tuan-tuan haji, saya ni dah sizen… benda-benda macam ni selalu lupa.

Ini dia senarai lagu-lagu yang dimaksodkan. Kalau ada sesiapa nak tambah, sila contact saya. Terima kaseh saya uchapkan tapi tiada bayaran ya. Hehehe…

Baca baki entri ini »

Pengumuman : Pemindahan Penstoran Ke 4shared.com

Assalamualaikum…

Apa khabar konco-konco? Semoga sehat wal-afiat dan berbahagia hendaknya. Saya dengan ini ingin mengumumkan perpindahan penstoran fail-fail untuk dimuat-turon ke 4shared.com berkuatkuasa hari ini. Ini bagi mengatasi masalah ramai konco-konco yang duka nestapa kechiwa hampa jiwa luka merana kerana tak dapat download lagu-lagu dari savefiles.com sebab savefiles.com dah bankrap – macham getah sekerap. Jadi semua fail2 mp3 di situ telah hilang untuk selama-lama-lamanya. Semoga konco-konco bergumbira dengan perkhabaran ini.

Saya sudahi dengan uchapan… kalao mau bertwist atau ber-agogo ria atau ber-pop yeh yeh atau ber-rock kapak atau ber-metal sekali pon ya silahkan – aiman tak kesah!. Asal saja jangan sampai lupa tanggungjawab dan kewajiban kepada Yang Maha Kuasa, keluarga, masyarakat dan negara.

Ini 3 artikel yang telah dikemaskini sana-sini fail mp3 nya.

Yang laen-nya akan menyusol nanti.

Sampai jumpa lagi.

Ikhlas tapi jaoh dari saya…

Nasron al-Jauhari dari Daerah Pasir Berdengung, Negri Ujong Tanah, Semenanjong Tanah Melayu

Mengurat Di Tanah Perkuboran

Minggu ini 2 kali saya chuti emergency. Pada 24 Mei, chuti sebab balek Batu Pahat, nenek sebelah bapa meninggal dunia. Semalam, 26 Mei, chuti pergi ke Felda Lok Heng, Kota Tinggi sebab bapa saudara pula meninggal. Nenek memang umor-nya sudah lanjut, mana-kala bapa saudara baru saja berumor 54 tahun (dia adek bapak saya yang nombor berapa saya tak ingat). Muda lagi orang kata… itu pon meninggal juga. Iya-lah,  sudah suratan takdir Ilahi. Tak boleh go-head, tak boleh gostan kata orang tua2.

Yang pergi, biar-lah pergi. Memang sudah ketentuan Ilahi. Kita yang hidop ini, banyakkan-lah sedekah atau hadiahkan al-fatihah untuk si-mati. Semoga roh-nya diterima Allah dan diberikan rahmat yang sebesar-besarnya oleh-Nya. Semoga masuk syorga dan dijauhi dari neraka. Baca baki entri ini »

Bila Tulang Sudah Reput

Syahdan tatkala ini tulang sudah reput. Minom susu banyak2 pon tulang reput juga. Reput sebab nak chari duit beli susu yg sekarang harganya mahal bebenor. Rambut pon sudah sedikit. Orang cakap sebab banyak makan ajinomoto. Itu semua fitnah, pa’chik makan nasi ajer. Gilo apo makan ajinomoto. Lagi pun pa’chik bukan Jepon.

Bila sudah tua dan sengkek pula, kesian anak2. Itulah… siapa suruh kawin lambat? Sesedap mulot orang mengata. Bukan sebab sengaja, tapi sebab tak sengaja. Tak sengaja sebab kumpol duit lambat cukopnya. Lagi pon kat sekolah dulu pa’chik cuma belajar bab nikah kahwin. Bab urat mengurat che’gu tak ajar. Che’gu simpan ilmu tu untuk diri sendiri saja. Sebab tu lah che’gu ada banyak bini. Tak apalah, che’gu gaji besar…

Sekarang katanya zaman kemelesetan ekonomi. Orang cakap, jomlah balik kampong, boleh tanam jagung. Pa’chik cakap, pa’chik mana ada kampong. Apa ingat semua rakyat Malaysia ada kampong, ada tanah? Itulah, kecik2 tak nak mati, besor jadi menteri, bikin susah rakyat sendiri. Tapi rakyat tetap beri undi, sebab dapat hadiah payung, kipas dan topi. Kalau bernasib baik dapatlah duit kopi sepuloh doploh ringgit.

Katanya minyak mau naik lagi?

Berkunjung ke Rumah Kawan Lama

Semalam lepas maghrib pa’chik berkunjong ke rumah kawan lama. Sudah 21 tahon tidak berjumpa. Wajah juga sudah berubah. Kalau dulu pa’chik sedikit hensem, sekarang bertambah-tambah lagi hensem apabila jerawat sudah tiada lagi, telah digantikan dengan sedikit kedot-kedot. Bukankah kedot-kedot itu terlihat “seksi” juga? Lihatlah artis2 perempuan muda2, banyak yang memilih laki2 berkedot sebagai pasangannya. Yang berkedot lebih romantis, yang berkedot lebih prihatin, yang berkedot lebih seksi poketnya! Tapi poket pa’chik tak seksi, seksa adalah… Hahaha… Hidup musti gumbira, baru awet muda! Baca baki entri ini »

Resepi Memasak Burger Ramly

Pakcik cek statistik pasal artikel berkaitan burger yang lalu, rupanya ramai yang tanya fasal resepi membuat burger yang sedap. Rupanya ramai yang masih belum tahu cara memasak burger Ramly dengan betul dan sedap. Oleh kerana pakcik mempunyai pengalaman dan ilmu itu, maka tak sampai hati nak pendam buat masuk kubor. Karang kena bantai dengan malaikat pula. Maka darihal yang demikian, kali ini pakcik ingin buka rahsia bagaimana membuat sebiji burger Ramly yang sedap. Kalau ada sesiapa yang nak buat berniaga, itu lagi bagus. Supaya pelanggan berpuas hati dan perniagaan kamu pun bertambah maju.

Jom kita start! Baca baki entri ini »

Streamyx Di Rumah Dan Di Ofis Sudah Ku Wirelesskan

Lama tak jumpa. Iyalah, saya lama tak update blog ini. Faktor kesibukan dan transisi usia menjadi alasan mengapa saya liat nak menulis lagi.

Minggu lepas ada PC Fair di JB. Saya sambar 2 biji router brand Belkin. Pertama jenis Belkin Enhanced Wireless Modem Router N150 untuk ofis dan kedua Belkin Enhanced Wireless Router N150 untuk rumah saya. Nampak tak bezanya? Bezanya ialah yang pertama tu modem+router manakala yang kedua pula sekadar router sahaja. Baca baki entri ini »

Guru Cantik… Selamat Hari Guru

Pa’chik minta maaf sebab terlambat tulis entri ini. Maklumlah, orang tua sizen macham pa’chik ni memang slow sikit. Tak boleh laju2, tulang dah tak kuat!

Ada sa’orang peminat A Ramlie kirim surat elektronik kepada pa’chik minta lagu Guru Chantek. Mungkin dia sa’orang pendidek atau sa’orang yang dididek. Itu pa’chik tak kesah. Tapi permintaannya itu membuatkan pa’chik teringat akan lagu yang membawa kenangan kepada zaman dulu2. Zaman di mana tulang pa’chik tak reput macham sekarang ini.

Tak mau cherita banyak, nanti anda bosan. Olih itu, ini pa’chik sediakan sambongan elektronik untuk anda dan orang kampong anda memuat turon lagu Guru Chantek nyanyian allahyarham A Ramlie. Baca baki entri ini »

Lamo Tak Jumpo

Assalamualaikum adik-adik, abang-abang, kawan-kawan, tuan puan, sedar sedari, makcik-pakcik dan tok-nenek sekelian. Semoga dalam sehat sejahtera lah adanye. Pakcik minta maap sebanyak-banyaknya. Lobih banyak dari uban yg ado kek kepala pakcik. Sebab lama tak update blog ni.

Seperti kata Mak Minah, memang betol komputer pakcik rosak. Tapi takler sampai meletup. Dia cuma bunyi… tuss… kemudian berasap dan sampai la ni ada kat bonet kereta burok pakcik tu. Maklum belum ada budget nak merepair. Pakcik tak kisah kalao korang kata pakcik sengkek. Memang sengkek pon! Kalau korang ada duit lebih, bak sini ler sponsor pakcik.

Sebanarnyo, dalam komputer banyak lagu2 yg telah dirancang nak diupload. Abih komputer tu rosak, tak dapatlah pakcik nak upload. Maka dari yg demikian, pakcik pon tak tulis artikel baru ler.

Tuan2 dan puan2 yg budiman tolongler doakan saya ada rezeki bulan ni untuk saya repair komputer tu. Kalau dah OK, saya akan upload lagi lagu2 best kat sini.

Sampai sini dulu. Jumpa lagi. Tata titi tutu.

Dikirim dalam Am. Label: . 5 Komen »

Irama 70an: Julie Remie – Koleksi Mp3

Olih kerana Julie Remie merupakan penyanyi wanita kegemaran saya dari dulu sampai kini, maka saya sanggup menchari dan menanti dengan sabar kalau-kalau ada orang muat-naik lagu-lagu-nya ke internet dalam format selain .ram. Sebab saya nak muat-turon dan menukar format ke mp3 agar boleh berkongsi dengan peminat-peminat-nya yang lain.

Setelah puas bertanyakan Pa’ Chik Google, maka saya telah di-hadiahkan dengan beberapa lagu Julie Remie. Sudah tentu ada yang saya terpaksa edit dan convert terlebih dahulu. Tapi tidak mengapa, asal puas rasa di-hati.

Yuk, kita nikmati suara merdu-nya dengan lagu-lagu yang begitu ashik dan sedap sampai bila-bila. Yuk!

Sila klik untok muat-turon dari Savefile.com; Baca baki entri ini »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 38 other followers